Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Februari 27, 2015

WHATSAPP SAMBIL DENGAR KHUTBAH


Hukum Whatsapp Ketika Khutbah Jumaat | Whatsapp adalah trend terkini komunikasi. Di masjid ketika mendengar khutbah Jumaat pun, ada jemaah yang berbalasWhatsapp. Apakah hukum membaca atau membalas pesanan Whatsapp ketika khutbah?
Para ulama berselisih pendapat tentang hukum bercakap ketikakhutbah Jumaat. Kebanyakan mengatakan hukumnya haram, namun mazhab Syafii mengatakan hukumnya makruh. Kita disunatkan untuk diam dan mendengar khutbah dengan tekun.
Rasulullah bersabda: “Jika kamu berkata-kata kepada sahabatmu, ‘Diam!’, padahal imam berkhutbah pada hari Jumaat, maka sesungguhnya kamu telah berkata yang lagha.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Lagha dalam hadis ini ertinya melakukan perkara yang dapat merosakkan kesempurnaan ibadah solat Jumaatnya.
Membalas pesanan Whatsapp termasuk dalam larangan bercakap-cakap ketika khutbah. Ini kerana perbuatan tersebut melalaikan kita daripada memberi tumpuan mendengar isi kandungan khutbah dengan khusyuk. Begitu juga membaca risalah atau akhbar, atau membaca sesuatu dalam Facebook dan sebagainya. Semua perbuatan ini sangat tidak bersesuaian dan hendaklah dihindarkan.
Justeru, eloklah sekiranya para jemaah diingatkan agar mematikan telefon bimbit mereka sebelum khutbah agar tidak merosakkan tumpuan mereka mendengar khutbah.

Wallahuaklam.



Khamis, Februari 26, 2015

MELACUR DALAM SEMAK


SUNGAI PETANI – Seorang ibu muda yang mengaku janda antara yang ditahan di lokasi pelacuran dekat kawasan semak di Taman Kampian, Jalan Sekerat, jam 11 pagi semalam.

Turut ditahan dua wanita dan seorang lelaki yang berperwatakan seperti perempuan di port pelacuran yang hanya dilengkapi dengan khemah serta alatan lain dipercayai untuk aktiviti pelacuran.

Bagaimanapun, hasil soal selidik mendapati wanita berusia 22 tahun itu masih berstatus isteri orang dan mempunyai seorang anak perempuan berusia dua tahun.

Pemeriksaan ke sekitar lokasi pula mendapati ia seakan-akan lokasi perkhemahan dalam semak namun dipenuhi alatan kondom digunakan untuk pelacuran.


Kesemua mereka yang ditahan anggota Penguatkuasa Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) dengan kerjasama Pejabat Agama Daerah (PAD) Kuala Muda itu dibawa ke pejabat untuk soal siasat selain memanggil waris untuk tindakan selanjutnya.

Pegawai Agama Daerah Kuala Muda, Sheikh Alwi Osman berkata, dua perempuan ditahan mengikut Seksyen 19 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2014 iaitu melacur manakala seorang lagi wanita bukan Islam dilepaskan selepas diberi khidmat moral.

Menurutnya, jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan tidak lebih tiga tahun atau sebatan tidak melebihi enam sebatan atau mana-mana kombinasi hukuman itu.

“Manakala seorang lelaki berperwatakan perempuan ditahan mengikut Seksyen 26 iaitu mana-mana lelaki yang memakai pakaian perempuan dan berlagak seperti perempuan di tempat awam adalah melakukan suatu kesalahan.

“Jika bersalah, boleh dikenakan hukuman tidak melebihi RM1,000 denda atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Beliau berkata, operasi diketuai Pegawai Penguatkuasa MPSPK, Anil Aris manakala PAD diketuai Zaiferi Zainul Abidin.-Sinarharian


Rabu, Februari 25, 2015

MH370 DITERBANGKAN KE ANTARTIKA?



BUKTI baru mengenai kehilangan Pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 akan didedahkan dalam sebuah dokumentari menyiasat misteri kehilangan pesawat malang berkenaan.

Dalam dokumentari tersebut, pakar mendedahkan pesawat MH370 dikatakan telah sengaja dilencongkan oleh seseorang yang berada di dalam kokpit ke Antartika.

Ia juga akan mendedahkan maklumat data satelit yang menunjukkan pesawat berkenaan telah terbang selama berjam-jam selepas terputus hubungan dengan menara kawalan.

Pakar - pakar penerbangan akan membentangkan teori-teori mereka dalam siaran dokumentari National Geographic yang bertajuk Malaysia 370: What Happened? yang akan bersiaran pada 8 Mac ini.

Mereka percaya, pesawat berkenaan telah melakukan tiga lencongan selepas terputus hubungan dan bergerak menuju ke arah Antartika.

Pakar penerbangan, Malcolm Brenner, berkata kehilangan pesawat ini telah menarik perhatian dunia dan tidak pernah menyaksikan kejadian seumpama ini sepanjang kerjaya 40 tahunnya dalam penerbangan.

Pesawat Boeing 777 MH370 yang membawa 12 anak kapal dan 227 penumpang hilang daripada radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada pukul 12.41 tengah malam, 8 Mac tahun lepas.

Dalam pada itu, Pesuruhjaya Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) Martin Dolan yang mengetuai misi pencarian pesawat ini berharap dan menjangka akan ada penemuan terbaru menjelang bulan Mei.

"Seperti yang saya sering katakan, kami tidak ada kepastian tentang apa-apa, cuma ada keyakinan bahawa ia akan ditemui suatu hari nanti,” katanya.

"Ia adalah perkara yang agak kompleks sekarang dan kita menjangka untuk mempunyai maklumat terkini tetapi kami tidak meletakkan harapan untuk mengesan bangkai pesawat", katanya dipetik Mirror.uk

SH


LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive