Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Januari 25, 2010

Khalid tetap saman Nazree walaupun sertai PKR



Oleh Asrul Hadi Abdullah Sani

SUNGAI BULOH, — Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mengesahkan bahawa beliau tidak akan menarik balik kes saman fitnah terhadap bekas Pengerusi Gerak, Mohd Nazree Mohd Yunus yang menyertai PKR hari ini.

Bagaimanapun Pengerusi PKR Selangor ini mengalu-alukan penyertaan Nazree ke dalam parti itu memandangkan ia terbuka kepada sesiapa sahaja yang menyokong objektifnya.“Sesiapa yang menyertai PKR mesti memperjuangkan prinsip reformasi yang dijadikan keutamaan parti. Kita juga seharusnya terbuka dan tidak harus mengenakan halangan (menyertai PKR)



Tetapi kita harus ingat bahawa kerana reformasi parti ini lahir,” kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.
Nazree, yang menggantikan Ezam Mohd Noor yang menubuhkan Gerak tetapi kini dalam Umno, berkata beliau menyertai PKR kerana keterbukaan dan sifat futuristiknya.

Di bawah kepimpinan Nazree, Gerak antara lain pernah membuat aduan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terhadap bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr. Mohd Khir Toyo dan juga penggantinya Tan Sri Khalid Ibrahim.

Bagaimanapun Khalid menafikan dakwaan Nazree dan telah memfailkan saman terhadapnya yang didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah ke atas beliau.

Dalam samannya Khalid mendakwa dirinya difitnah ekoran kenyataan akhbar dibuat Nazree pada 21 Jan 2009, bertajuk ‘Amalan Rasuah dan Salah Guna Kuasa Menteri Besar Selangor’ dan ‘Laporan Salah Guna Kuasa Menteri Besar Selangor’ pada 3 Feb 2009 berhubung pengagihan lembu korban dan juga juga penyalahgunaan wang kerajaan untuk membiayai kereta peribadi.

Pada sidang media tengah hari tadi Nazree memberitahu beliau memilih PKR atas alasan merasakan ia platform paling sesuai untuk agenda membanteras rasuah yang sebelum ini digerakkan di bawah Gerak.

Nazree juga menolak tanggapan bahawa beliau menyertai PKR kerana kes saman Menteri Besar Selangor ke atasnya yang difailkan Mac lalu.

“Tidak. Saya akan menghadapi kes itu walaupun saya di PKR tetapi menyerahkan kepada pucuk kepimpinan dalam menentukan perkara itu,” katanya lagi.M/I

detikdaily


SAIFUL APEK & MALEK NOOR TELAH TURUT SERTA...ANDA PULA ????
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive