Dey Macha

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Januari 24, 2010

Osama Laden hidup atau mati?



KEWUJUDAN Osama Laden masih kekal menjadi misteri hingga mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai situasi sebenar suspek pengganas paling dikehendaki Amerika Syarikat (AS) itu.

Osama sebelum ini dilaporkan sudah meninggal dunia akibat serangan udara AS di Tora Borta, Afghanistan ataupun penyakit buah pinggang yang dihidapinya.

Namun, situasi sebenar pemimpin tertinggi kumpulan militan al-Qaeda itu masih menjadi tanda tanya dengan pelbagai teori konspirasi muncul.

Teori mengenai kewujudan Osama sudah dikemukakan sejak insiden 11 September selepas pengganas meletupkan Pusat Dagangan Dunia (WTC), New York dan bangunan Pentagon sembilan tahun lalu.

Menurut teori itu, agensi perisikan pusat AS adalah pihak yang bertanggungjawab mereka-reka kenyataan Osama untuk mewujudkan situasi teruk yang sedang dihadapi dunia ketika itu.

Ia dicipta bagi mewajarkan operasi ketenteraan AS, kononnya atas dasar perang menentang keganasan, di Afghanistan dan Iraq.

Namun, apakah lelaki paling dikehendaki di dunia itu masih hidup?

Hakikatnya, Osama masih gagal diburu AS walaupun negara kuasa besar dunia itu melancarkan operasi besar-besaran dalam sejarah manusia untuk menangkap atau membunuh suspek selepas hampir sedekad masa berlalu.

Pengerusi semakan dasar Afghanistan dan Pakistan bagi pentadbiran Presiden Barack Obama, Bruce Riedel mengakui tidak ada maklumat kukuh diperoleh untuk menjejaki Osama.

"Kami tidak ada petunjuk di mana dia (Osama) berada," katanya.

Kegagalan agensi perisikan mengesan Osama menyebabkan kewujudan sebenar suspek diselubungi misteri dan khabar angin.

Banyak kenyataan video dan audio yang didakwa daripada Osama disiarkan, tetapi ketulenan bahan bukti itu masih dipertikaikan.

Kebenaran semua rakaman tersebut diragui bekas pakar teologi dan juga anggota Gerakan Kebenaran 9/11, David Ray Griffin yang menjalankan kajian khas mengenai serangan pengganas ke atas WTC.

"Tiada siapa boleh mengesahkan keaslian rakaman itu dan hampir semua bahan bukti tersebut adalah palsu," katanya.

Pakar juga melakukan penelitian terhadap pelbagai imej Osama, di mana video pertama dikaji adalah pengakuan Osama yang dikeluarkan Jabatan Pertahanan AS pada Disember 2001.

Griffin mencurigai bukti yang dikeluarkan itu dengan mendakwa al-Qaeda amat jarang sekali membuat pengakuan mengenai serangan pengganas yang dilancarkan mereka.

Beliau turut mendakwa wajah Osama sangat berbeza berbanding rakaman terdahulu, di mana suspek kelihatan gemuk dan bentuk jarinya lebih pendek berbanding biasa, termasuk menulis menggunakan tangan salah.

Banyak kenyataan Osama yang disiarkan adalah rakaman audio dan hanya dua rakaman video dikeluarkan sejak 2001.

Griffin juga mempertikaikan video disiarkan pada Oktober 2004, beberapa hari sebelum pilihan raya Presiden.

Osama dalam video itu kurang memuatkan ucapan retorik keagamaan berbanding kenyataan terdahulu.

Sebaliknya, kewujudan video itu memberi laluan kepada George W Bush untuk meneruskan pemerintahan penggal kedua AS.

sinarharian


SAIFUL APEK & MALEK NOOR TELAH TURUT SERTA...ANDA PULA ????
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Komen

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive