Dey Macha

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Januari 23, 2010

Nada dering azan haram



KAHERAH 23 Jan 10: Mufti Mesir, Ali Gomaa mahukan masyarakat Islam menjawab azan yang dilaungkan di masjid, bukan apabila ia berdering menerusi telefon bimbit.

KAHERAH: Mufti Mesir, Ali Gomaa mahukan masyarakat Islam menjawab azan yang dilaungkan di masjid, bukan apabila ia berdering menerusi telefon bimbit.


Beliau semalam mengeluarkan fatwa mendesak masyarakat Islam berhenti menggunakan bacaan ayat suci al-Quran atau azan sebagai nada dering. Menurutnya, ia tidak sesuai, mengelirukan dan mencemari kata-kata Tuhan.


“Kata-kata Allah itu amat suci. Allah mengarahkan kita menghormati dan mengagungkanNya,” kata Ali.


Menurutnya, penganut Islam diwajibkan bersolat lima kali sehari dan masa itu diumumkan hanya dengan azan dari masjid.


“Azan adalah untuk mengumumkan waktu solat. “Menggunakannya untuk nada dering membawa kepada kekeliruan.” Nada dering Islamik begitu popular di Mesir, Arab Saudi, Tebing Barat dan negara Islam lain.


Sekumpulan ulama Saudi baru-baru ini juga merayu rakyat negara itu supaya tidak menggunakan ayat suci sebagai nada dering.


Di Mesir, azan atau ayat al-Quran bukan setakat popular sebagai nada dering.


Ia juga dijadikan skrin saver dan pesanan teks dalam ucapan sempena sambutan hari kebesaran.


Nada itu boleh dimuatturunkan dari Internet, laman web syarikat telefon bimbit dan disiarkan menerusi stesen televisyen.


Majoriti penduduk Mesir berfahaman Sunni dan terdapat hampir 50 juta pengguna telefon bimbit.


Mereka yang mahukan nada dering Islamik, mufti itu mencadangkan mereka menggunakan nasyid. — Reuters

hmetro


SAIFUL APEK & MALEK NOOR TELAH TURUT SERTA...ANDA PULA ????
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

2 ulasan:

  1. Salam Tuan;

    Tapi PAS kata tak apa Kristian Katholik gunakan perkataan "Allah" untuk mengelirukan orang antara Allah Maha Esa dengan "Allah" tiga serangkai.

    Bagi PAS alat telefon sama saja dengan Pakiam Kristian Katholik itu. Kalau sama kenapa Mesir larang handset tapi PAS benarkan pendakwah Kristian gunakan 'Allah'.

    Bagi saya handset tak sama dengan Kristian Katholik, tapi PAS sama dengan Kristian Katholik itu.

    BalasPadam
  2. http://mran3238.wordpress.com/2010/01/14/blog-dengan-nama-islam-menghina-islam/

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive