Dey Macha

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Januari 26, 2010

Pemimpin PR Sokong Nik Aziz Tolak Pelawaan Kerajaan Pusat



Pimpinan Pakatan Rakyat menyokong pendirian Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang menolak tawaran rundingan dengan kerajaan pusat untuk menubuhkan satu jawatankuasa yang dianggotai wakil kerajaan Kelantan bagi membincangkan isu wang ihsan negeri yang menggantikan royalti minyak negeri itu.

Nik Aziz berkata jika kerajaan pusat hanya sekadar mahu membincangkan isu wang ihsan, pihak kerajaan negeri tidak akan menghantar wakil.

Sebelum ini Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Husein menyatakan hasrat kerajaan pusat akan melantik beberapa wakil kerajaan Kelantan untuk menduduki jawatankuasa pembangunan wang ihsan.

Namun cadangan itu ditolak Nik Aziz berpaksikan, rakyat Kelantan berhak menerima royalti minyak, bukan wang ihsan.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata pendirian Nik Aziz mencerminkan ketegasan beliau dalam memperjuangkan hak rakyat Kelantan.

"Kita kena sokong pendirian Kelantan. Sebab jika kita hanya wakil ke rundingan itu, ia memberi makna kita bersetuju bahawa Kelantan hanya layak dapat wang ihsan sahaja bukan royalti", uajra Mustafa.

Difahamkan kerajaan pusat akan membayar wang ihsan kepada Kelantan bermula Mac tahun ini.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar sinis berkata, cadangan yang dikemukakan Awang Adek itu jelas mencerminkan kerajaan pusat mulai cemas dengan sokongan padu rakyat yang diterima kerajaan negeri itu.

"Cadangan yang dibuat Awang Adek ini menggambarkan rasa cemas kerajaan berikutan Ku Li sendiri tidak bersetuju dengan cara pengendalian kerajaan ini menangani masalah ini. Dan Tun salleh Abbas yang merupakan orang yang bertanggungjawab terhadap penubuhan Petronas dan menggubal akta yang berkaitan dengan royalti ini" tambahnya.

Mahfuz juga berkata kerajaan pusat tidak konsisten dalam memperjelaskan status sebenar hak royalti negeri pengeluar minyak itu.

"Dulu mereka kata Kelantan tidak berhak. Kini mereka mahu bagi wang ihsan pula. Kalau betul Kelantan tidak berhak, maka wang ihsan pun negeri itu tidak berhak dapat."

Dalam pada itu, Nik Aziz memberi amaran kepada kerajaan pusat yang bertali arus melancarkan siri dolak dalih mereka dalam usaha menafikan hak rakyat negeri itu.

Beliau mengulangi pendiriannya, tindakan kerajaan pusat hanya mahu beri wang ihsan adalah satu pengkhianatan, dan tidak akan teragak-agak untuk meminta rakyat mendoakan kemusnahan pemerintahan kerajaan pusat.

Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli berkata kerajaan pusat bertindak tidak rasional jika mereka memutar belitkan isu amaran doa ini.

"Tok Guru suruh doakan ? Tok Guru tidak suruh bom kan ? Tok Guru tidak suruh pedangkan ? Dia hanya minta doa. Jadi apa takut dengan doa ? Apa ganasnya ? Doa orang- orang yang dizalimi akan dimakbulkan tuhan. Terpulang pada orang UMNO nak senyum ke...nak sengeh ke...yang penting rakyat Kelantan dapat balik hak mereka" ujarnya lagi.

Kelantan menyertai beberapa negeri pengeluar minyak yang dinafikan hak mereka oleh kerajaan pusat.

Tuntutan royalti minyak oleh Kelantan bermula Jun lepas, apabila kerajaan negeri itu menggerakkan tuntutan sebanyak RM1 bilion daripada kerajaan pusat untuk bayaran royalti minyak yang tertunggak sejak 2004.

Tuntutan tersebut turut disokong bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah melalui suratnya kepada Nik Aziz.

Ku Li dalam surat sokongannya itu menyifatkan ia sebagai hak kerajaan negeri Kelantan dan beliau sendiri yang menandatangani perjanjian itu dengan Muhamad Nasir, Menteri Besar Kelantan ketika itu.

Awal Ogos lalu, Kelantan menghantar jurutera pengukur mereka ke pelantar minyak Cakrawala bagi mengukur jarak sebenar pelantar tersebut dari perairan negeri itu.

Hasilnya, pelantar tersebut disahkan terletak hanya 153 kilometer dari pantai Pengkalan Kubur, Kelantan iaitu jauh lebih dekat berbanding pelantar minyak yang terdapat di Terengganu, Sarawak dan Sabah.

Selain itu, terdapat tiga lagi telaga minyak yang juga berhampiran perairan Kelantan. Kedudukannya hanya sejauh 68 batu dari perairan Tok Bali.

tvs


SAIFUL APEK & MALEK NOOR TELAH TURUT SERTA...ANDA PULA ????
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Komen

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive