Dey Macha

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Januari 27, 2010

Rahsia Perut Buncit Kantoi

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin


TANGKAP...dua rakyat Malaysia diberkas pihak berkuasa Indonesia di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai Denpasar, Bali.

KUALA LUMPUR: Rahsia ‘perut buncit’ luar biasa dua lelaki menyamar sebagai pelancong terbongkar apabila polis Indonesia menemui lilitan bungkusan dadah terlekat pada tubuhnya.


Difahamkan, syabu berbentuk hablur itu yang diikat pada perut kedua-dua ‘keldai dadah’ warga Malaysia itu mampu mencecah harga lebih AS$200,000 (RM688,000) mengikut harga pasaran negara berkenaan.


Sumber polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman berkata, kedua-dua suspek itu ditahan Rabu lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai Denpasar, Bali, selepas cuba menyeludup dadah jenis methamphetamine seberat 2.2 kilogram (kg).


Difahamkan suspek ditahan sebaik tiba di lapangan terbang itu jam 3.30 petang waktu tempatan dengan menaiki pesawat dari Hong Kong.


“Difahamkan pihak kastam Indonesia yang melakukan pemeriksaan mendapati mangsa cuba menyembunyikan bungkusan dadah terbabit yang sengaja dibalut ketat sebelum diikat pada perut.


“Taktik penyeludupan dadah terbabit adalah kaedah lama yang cuba diguna pakai semua dua lelaki terbabit kerana beranggapan ia selamat,” katanya.


Menurutnya, suspek mungkin menyangka menyeludup dadah yang disembunyikan di dalam bagasi lebih berisiko dihidu pihak berkuasa sebelum menggunakan taktik lama terbabit yang popular sekitar 90-an.


“Namun, cubaan kedua-dua suspek terbabit gagal berikutan ‘bahasa’ tubuh pelik selain gerak geri mereka yang menarik perhatian pihak berkuasa lapangan terbang itu.


“Difahamkan suspek diserahkan kepada polis negara berkenaan bagi tujuan siasatan lanjut. Siasatan awal mendapati suspek mendakwa diarahkan ‘bos’ mereka di Hong Kong untuk membawa dadah itu ke Bali,” katanya.


Sementara itu, tiga lelaki warga Malaysia turut meringkuk di penjara apabila cuba menyeludup pelbagai jenis dadah ke Singapura dengan berpura-pura menyamar sebagai pelancong ketika melepasi pemeriksaan di Pusat Imigresen dan Kastam (CIQ) republik berkenaan.


Sumber polis berkata, dalam kejadian jam 10.40 pagi Khamis lalu, tiga lelaki tempatan berkenaan cuba membawa masuk dadah jenis ketamin, heroin dan syabu melalui pusat itu di Woodlands.


Difahamkan, pihak berkuasa yang melakukan pemeriksaan bagaimanapun menemui satu kilogram dadah ketamin, 700 gram dadah heroin dan 50 gram dadah jenis syabu yang dianggarkan bernilai lebih RM300,000.


Ketiga-tiga suspek berusia 30-an itu ditahan dan diserahkan kepada polis. Difahamkan jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman mati mengikut undang-undang negara berkenaan.


Penahanan rakyat Malaysia terbabit adalah kes terbaru selepas seorang wanita Malaysia turut ditahan di Kepulauan Riau, Indonesia Selasa lalu, selepas disyaki cuba menyeludup pelbagai jenis dadah termasuk bahan membuat pil khayal yang dianggarkan bernilai RM2 juta ke republik itu.


Suspek yang berusia 45 tahun ditahan di Pelabuhan Karimun, Tanjung Balai sejurus tiba dari Pelabuhan Kukup, Pontian menggunakan bot ekspres, MV Marina Baru 5, selepas mesin pengimbas mengesan objek mencurigakan dalam bagasi dibawanya.

hmetro


SAIFUL APEK & MALEK NOOR TELAH TURUT SERTA...ANDA PULA ????
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Komen

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive