Isnin, Disember 22, 2008
Kabel dasar laut rosak, perkhidmatan internet TM terganggu
KUALA LUMPUR: Perkhidmatan internet Telekom Malaysia Berhad (TM) kini terganggu akibat kerosakan sirkit sistem kabel dasar laut yang menghubungkan Malaysia dan Eropah.
TM berkata, kerja-kerja membaik pulih kerosakan sirkit Southeast Asia Middle Eastern and Western Europe 4 (SMW4) antara Palermo, selatan Itali dan Alexandaria, utara Kaherah sedang dijalankan dan perkhidmatan dijangka beroperasi seperti sediakala pada 31 Disember ini.
Berikutan dengan masalah tersebut, pelanggan perkhidmatan internet TM akan alami sambungan internet yang perlahan ketika melayari laman-laman web yang dihoskan di Eropah, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Katanya, sementara mereka yang menggunakan perkhidmatan Protokol Internet (IP) yang lain seperti Rangkaian Persendirian Maya (VPN) serta aplikasi perniagaan kritikal yang dihubungkan ke Eropah juga mungkin mengalami gangguan perkhidmatan.
Untuk mengatasi masalah tersebut, beberapa laluan internet telah dialihkan ke sambungan alternatif bagi mengurangkan kesesakan, katanya.
TM berkata, berikutan kerja membaik pulih, trafik ke Amerika Utara dijangka akan mengalami gangguan, sementara trafik ke negara lain adalah seperti sediakala.
Para pelanggan TM boleh menghubungi syarikat itu di talian 100 dan pilih "perkhidmatan internet" atau di help@tm.com.my untuk membuat laporan mengenai masalah perkhidmatan internet mereka, katanya. BERNAMA

0 KOMEN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE
Blog Archive
-
▼
2008
(159)
-
▼
Disember
(22)
- Kerajaan Kedah cadang kekalkan Proton Perdana
- Kenapa Samy mahu Anwar 'cerita' isu hudud?
- Hudud bukan tanggungjawab PAS sahaja, Umno halang ...
- Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan mangkat
- Zahar sertai PAS, kempen di KT
- Mahfuz menang lawan Utusan
- Tokoh Umno Akan Sertai Pas
- Kabel dasar laut rosak, perkhidmatan internet TM t...
- RONA-RONA DUNIA
- Logiknya Solat dalam Sudut Pandangan Sains
- BELUM SEMPAT BERBOGEL
- LAGI-LAGI SEKUPANG
- GEMPUR PENGUNDI HANTU
- NENEK LAIN PULA AKAN MASUK DAUN
- RONA-RONA DUNIA
- IBADAH KORBAN
- HARIMAU MALAYA DAH TAK DAK TARING
- SALAM AIDIL ADHA
- RONA-RONA DUNIA
- Cara-cara melakukan sembahyang Jamak dan Qasar
- TOK TAK DAK PITIH NAK BERTANDING
- HIDUP DR OSMAN !!!
-
▼
Disember
(22)