Jumaat, Januari 02, 2009
TEST MARKET SPRM
Laporan pertama dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Hrkh) - Satu dokumen setebal 60 mukasurat yang mengandungi pelbagai laporan rasuah lama dan baru telah diserahkan sempena dengan pemulan baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mula beroperasi 1 Januari tahun ini.
Laporan berkenaan diserahkan oleh Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) KeADILan Badrul Hisham Shaharin di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pagi ini.
Menurut Badrul dokumen berkenaan diserahkan adalah bagi menguji peranan SPRM yang telah ditubuhkan tanpa sebarang pindaan di parlimen ini mampu melakukan tugas dengan baik.
"Ini adalah laporan pertama kepada SPRM. Sekiranya SPRM gagal bertindak terhadapnya (dokumen yang diserahkan) maka rakyat akan terus kecewa kerana wang yang dibayar melalui cukai terbazir untuk memenuhi retorik politik perang rasuah yang hanya menangkap ikan bilis atau pendakwaan berdasarkan politik," katanya di luar Ibu Pejabat SPRM.
Dalam dokumen berkenaan turut mengandungi laporan rasuah bekas Ketua Menteri Melaka Abdul Tan Sri Rahim Thamby Chik dan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz yang pernah dibuat beberapa tahun dulu.
"Dokumen ini turut mengandungi laporan rasuah yang Rahim dan Rafidah serta laporan yang yang pernah Badan Pencegahan Rasuah (BPR) sahkan tertuduh bersalah, namun tidak ada satu pendakwaan dibuat keatas individu berkenaan," katanya yang dipetik daripada Suara KeADILan online.
Selain kes Rahim dan Rafidah yang kedua-duanya dalam perebutan jawatan didalam Umno, dokumen berkenaan turut mengandungi laporan skandal korupsi mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed, keluarga serta kroninya di dalam Perwaja dan Perlantikan Hakim dalam Skandal VK Lingam.
Skandal korupsi Perdana Menteri Abdullah Badawi, keluarga dan kroni dalam beberapa organisasi, antaranya, Scomi, ECM Libra, korupsi antarabangsa 'Oil For Food' serta agihan kontrak makanan tentera dan Mas turut diserta dalam laporan berkenaan.
Laporan skandal korupsi bakal Perdana Menteri Najib Tun Razak serta kroninya yang terlibat dalam kes pembelian kapal selam, eurocopter dan jet serta pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shariibuu turut diserahkan dalam dokumen berkenaan.
Kata Badrul lagi, BPR hanya membuat siasatan terpilih, malah menurut beliau, kuasa pendakwaan bukan ditangan BPR sebaliknya proses berkenaan hanya boleh dilakukan oleh Peguam Negara.
"Kuasa pendakwaan bukan ditangan BPR, kuasa pendakwaan di yangan Peguam Negara yang boleh dipengaruhi oleh orang atasan dan kepentingan politik," kata Badrul kepada Suara Keadilan. - azm _
KITA NAK TENGOK BERANI TAK KUCING TU NAK MAKAN TIKUS ATAU SELAMAT KE SI TIKUS DARI SI KUCING ATAU SI TIKUS YANG AKAN MEMBAHAM KUCING.
0 KOMEN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE
Blog Archive
-
▼
2009
(3025)
-
▼
Januari
(72)
- SAMAN FITNAH KHALWAT 40 JUTA
- GONG XI FA CHAI
- DULU CAMRY,KINI LEMBU DAN SELAMANYA TAK PUASHATI
- ARAH KIBLAT DAN BIBLE DALAM LACI
- SOLDADU UPAHAN
- DULU CAMRY KINI LEMBU
- Zahid Hamidi perlu di pantau
- MATI MENGEJUT
- MANA SATU BETUL? SIGNBOARD TU KE NAJIB?
- BIASA LA BEB...DAH LEPAS PILIHANRAYA
- RASUAH DAN SALAHGUNA JENTERA KERAJAAN
- UMNO DAH HABIS MINYAK
- KES SERBAN
- ALI RUSTAM HAIRAN ORANG LEBIH PERCAYA PADA PAS
- 7 PENGHARGAAN KHAS
- KT HILANG TIMBALAN MENTERI
- BRAVO PAS - 7 PENGHARGAAN KHAS
- DAULAT TUANKU
- BN MENANG ANUGERAH DOK ROK CETONG
- RASMI: PAS JUARA DI KT
- PAS 32883 BN 30252 BEBAS 193
- PASti MENANG LAH!!!!!!!
- ANUGERAH DOK ROK CETONG HAMPIR PASTI KE TANGAN BN
- PAS HAMPIR PASTI JUARA
- SAH PAS MENANG
- PAS SAPU BERSIH
- SIAPA BAKAL MENGGONDOL ANUGERAH DOK ROK CETONG MAL...
- Pengerusi Putera Umno 'ditahan' kerana menyamar, l...
- ASYIK KAJI BILA NAK GUNA?
- PAS Yakin Menang, 70% Sudah Keluar Mengundi
- Kehadiran Banyak Trak FRU Jadi Tanda Tanya
- ANUGERAH DOK ROK CETONG 2009
- "Kasi pecah you punya muka"
- PAS MENANG BESAR
- BIL API RUMAH ANWAR HANG ADA SIMPAN KA?
- CHEEYWAH!!!!...Kalah tiada dalam pilihan saya...
- AKHIRNYA TARIK DIRI
- BUS STOP BAPAK DEPA
- LAYAN KARTUN SAT
- PAKAK UNDI PAS
- ORANG KEDAH TETAP PANGGIL ALOQ STAQ
- DULU DIA BELI PENYAPU TAKDAK HAL PUN
- Secawan Starbuck Secawan darah Palestin
- GAMBAR LUCAH ORANG DAH MATI AKAN DIJUAL
- RTM PERLU ADAKAN FORUM PERDANA PERJELAS HUDUD, JEM...
- LAGI RAMAI LAGI BAGUS
- EEEZAM,HANG TAK TAU KA SAPA BERTANDING?
- PORT HANTU DISERGAH
- 11 TAHUN BARU DIA PIKIAQ
- Mengapa PM terlalu bersungguh pertahan jawatan Wan...
- Vigil anti perang, polis tahan 21 orang
- PAKEJ MERANGSANG UNDI
- SMS MURTAD
- DEMO RAKSAKSA HARI INI
- SERANGAN DI KT BERMULA
- Pembantu rumah dakwa dirogol, didera majikan
- JOM RAMAI-RAMAI KITA TURUN .......
- JANGAN MAKAN MAGGIE, LUPAKAN SAJA KFC
- WHY SO SERIOUS BRO?
- PRK KT : PENAMAAN BERJALAN LANCAR, PENYOKONG PR LE...
- MENTERI KEROPOK LEKOR
- Saya akan dedahkan 'pengkhianatan' Umno - Wahid
- DIARI SEORANG JANDA
- KEDAH BUANG BURUK
- JUARA TREBLE DIUJI MALAM INI
- PRIHATIN UNTUK PALESTIN
- TEST MARKET SPRM
- JAHANAM ISRAEL
- PESTA SEKS SAMBUT TAHUN BARU
- Abdul Wahid Endut calon PAS untuk PRK Kuala Tereng...
- Himpunan Aman Palestin di Masjid Negara esok
- Rakyat tetap menolak BN- Saifuddin Nasution
-
▼
Januari
(72)