Khamis, Februari 05, 2009
PERHIMPUNAN MALAM INI DI KEDIAMAN MB
Perhimpunan sokong MB Perak
Abdul Rahim Sabri | Feb 5, 09 1:00am
Satu perhimpunan penyokong dan ahli Pakatan Rakyat akan diadakan di kediaman menteri besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin malam ini untuk menyatakan sokongan penuh kepada beliau dalam menghadapi situasi politik yang tidak menentu di negeri itu.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perhimpunan itu juga bertujuan untuk memberi penjelasan secara terus kepada rakyat berhubung isu-isu yang berlalu di Perak.
"Kamu (BN) bercakap tentang demokrasi, tetapi kamu tidak berani untuk berhadapan dengan rakyat.
"Kamu kalah di Permatang Pauh, Kuala Terengganu dan kamu takut untuk kalah lagi," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusi satu mesyuarat di ibupejabat PKR di ibunegara malam tadi.
Hadir sama ialah Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail; Timbalannya, Syed Husin Ali dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa Barisan Nasional (BN) Perak cukup majoriti untuk membentuk kerajaan baru selepas empat lagi ahli dewan undangan negeri (Adun) menyokongnya secara terbuka.
Timbalan perdana menteri berkata, dua bekas Adun PKR - Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) telah bersetuju menyokong pembentukan kerajaan BN itu.
'Situasi tidak menentu'
Kata Najib, begitu juga dengan Adun Jelapang, Hee Yit Foong yang keluar DAP hari ini. Ketiga-tiganya kini sebagai wakil rakyat bebas.
Manakala Adun Bota, Datuk Nasarudin Hashim - yang mengumumkan melompat kepada PKR selama 10 hari - kembali semula kepada Umno dan memberi sokongan kepada kerajaan BN negeri.
Mengulas lanjut mengenainya, Anwar berkata, PKR dan Pakatan berpandangan bahawa "kita harus tunduk kepada kehendak rakyat".
"Kita mesti bertegas dalam isu ini, kembalikan kuasa kepada rakyat, terutama dalam situasi yang tidak menentu di Perak.
"Cara mengugut, membeli dan melarikan Adun tidak boleh dipertahankan," tegasnya.
Ditanya mengenai kemasukan Nasarudin ke dalam PKR, Anwar berkata: "Dia datang dengan rela, saya tak jemput dia, dia datang sendiri ke rumah saya dengan isterinya. Dia bersetuju untuk bersama PKR.
"Dia tengok BN telah rosak. Umno sudah hilang idealisme perjuangan dan rosak sebagai sebuah parti," katanya.
'Kembali kepada rakyat'
Menurut Anwar lagi, Nasarudin turut menyatakan bahawa beliau telah hilang keyakinan terhadap Najib.
Mengenai kenyataan Najib bahawa BN sudah mampu memerintah Perak, Anwar membidas timbalan perdana menteri itu sebagai tidak bertanggungjawab
Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh menyifatkan alasan Jamaluddin dan Osman bahawa mereka bercuti sakit adalah sebagai satu pembohongan.
"Kenapa tidak memberitahu keluarga, pimpinan parti, menteri besar atau speaker. Kamu adalah exco, orang dij alanan pun tahu itu tanggungjawab awak," katanya.
Sehubungan itu, Anwar menggesa supaya kembali kepada rakyat untuk mendapatkan mandat baru daripada mereka.
"Serahkan kepada rakyat, biar rakyat tentukan, sekiranya BN berhak memerintah, maka biarkanlah
"Tapi saya yakin, kita akan mendapat majoriti yang lebih besar," tegas Anwar.
MALAYSIAKINI

0 KOMEN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE
Blog Archive
-
▼
2009
(3025)
-
▼
Februari
(93)
- Khir Toyo Terduduk…
- MB MANA YANG AKAN DAPAT GAJI?
- AKU BUKAN MENTERI
- Umno-BN tadbir negara dengan hasil judi
- KERAJAAN SANDIWARA PART 2
- SYOR BINA GELANGGANG GUSTI DI PARLIMEN
- SIDANG TERGEMPAR DUN PERAK
- Mereka cuba nak jadi 'hero' dan 'champion'
- KERAJAAN SANDIWARA
- SATU LAGI PROJEK KERAJAAN BARISAN NASIONAL
- RISALAH PROPAGANDA
- Alahai Menantu ku...
- KHIR TOYO HANYALAH SEKADAR BEKAS MB
- GERAK AKAN DIGERAK
- ANAK LEMBU KORBAN AKAN TUNTUT BELA
- PENDIDIKAN JASMANI DALAM BAHASA PORTUGIS
- 2 BUKIT 1 BATANG PERLU DIJAMAH SERENTAK
- PAK LAH TAK AKAN JADI BLOGGERS
- SPR KARTUN BETOI
- MENTER KANAN PERABIH BERAS
- KATAK SEPI DALAM RINDU
- Daghai tetap daghai
- NAFI PULAK DAH
- NO PLAT PULAK JADI MODAL
- KERETA LAMA JADI BARU
- VIRUS LEMBUJING
- SPRM GHAIRAH MEMPERJUANGKAN KES LEMBU KORBAN TS KH...
- DR M LUCU DENGAN PAK LAH
- SPR = SPRM
- PRK: KERAJAAN BN HANGUSKAN RM15 JUTA DUIT RAKYAT
- PENJENAMAAN SEMULA BIAQPILA
- MOTIF FOTO BUKIT TELANJAN
- ANTARA KERETA,LEMBU DAN SPRM
- TAHNIAH SPRM! CEPAT DAN PANTAS SEPERTI LEMBU DICUC...
- BIAQ RAKYAT TENTUKAN
- NASIB BAIK BARU ANGKAT SUMPAH 7 ORANG
- Elizabeth mahu undur. MB, Anwar nasihat cuti
- NAK KENA PILIHANRAYA JUGAK KE?
- HANG DAH TENGOK GAMBAQ TU KE?
- TV 3 SETENGAH MASAK DAPAT BAHAN
- ADUAN POLIS GAMBAR BOGEL EXCO
- Nizar masih Menteri Besar yang sah
- BLOG HADAPI MASALAH PAPARAN IMEJ
- SPR TAKUT BN KALAH LAGI?
- 2 BUKIT TUNGGU HABUAN
- PERTARUNGAN SERENTAK 7 APRIL
- TIADA PERMIT,TIADA GAS PEMEDIH MATA
- HUKUM BN
- MACAM-MANA NI GENG?
- TIADA ACARA LOMPAT DI SELANGOR
- MOOD PILIHANRAYA BERTERUSAN WALAUPUN BN TIADA MOOD...
- KERAJAAN PERLU TETAPKAN HARGA SYILING KATAK REBUS
- TAK KEY ELL LANGSUNG!!!
- AL-FATIHAH
- Anwar Berjasa Wujudkan Pakatan Rakyat - PKR P.Pinang
- Exco Kerajaan Negeri Kedah YB Arumugan ADUN Bukit ...
- KERAJAAN DIJANGKA MENAIKKAN HARGA KATAK REBUS
- KARPAL SILA BUAT UNDI TAK PERCAYA KEPADA ANWAR
- MUSIM LAPORAN POLIS KEMBALI
- DETIK MATINYA KUASA RAKYAT
- SOLAT JUMAAT DI MASJID UBUDIYYAH
- LUPAKAN KISAH BERUK-BERUK SEKEJAP
- BUAT MALU KAT BERUK PART2
- PAKAT PULAU ANGKAT SUMPAH
- BUNYIKAN HON KERETA ANDA!!!
- BUAT MALU KAT BERUK
- BEKALAN ELEKTRIK AKAN DIPOTONG BILA-BILA MASA
- RIBUAN RAKYAT MULA BERKUMPUL
- HUJAN LEBAT BESERTA ANGIN KENCANG DI IPOH
- PR BERKUBU
- FRU KAWAL BANGUNAN SUK
- Jam 4.20 pm di kediaman MB.
- MB, exco diarah kosong pejabat, serahkan kereta
- PULANG KUASA KEPADA RAKYAT
- IPOH TENANG MENANTI
- KURANG BIJAK SAMA LA DENGAN BODOH
- PERHIMPUNAN MALAM INI DI KEDIAMAN MB
- KUASA DI TANGAN SULTAN
- 2 ADUN HILANG DITEMUI DALAM KEADAAN SIHAT WALAFIAT
- KAMBING HITAM SIAPA?
- SYOR 2 MENTERI BESAR
- Terkini : Kenyataan Akbar MB Perak .
- BOIKOT SPESIS KATAK
- DEPA DAH KECUT TELOQ
- MUSIM LAPORAN POLIS KEMBALI
- ADUN Behrang keluar PKR, jadi wakil Bebas
- ADUN HILANG-ORANG BUNIAN TAK TERLIBAT
- GUA TAK BOLEH TIDOR INI MALAM
- TV3 TERLUPA SIAR BERITA NI?
- BELUM LETAK JAWATAN LA...
- BEHRANG DAN CHANGKAT JERING DESTINASI PERCUTIAN SE...
- 2 ADUN PERAK LETAK JAWATAN
- KAMI ADA STRATEGI
-
▼
Februari
(93)