Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, April 09, 2009

MENUNGGU KEJUTAN ANWAR



AKAN ADA KEJUTAN ATAU TIDAK SEBAB PR HANYA MENANG 2 DARI 3 KAWASAN PILIHANRAYA? ATAU AKU YANG TERLEPAS PANDANG DENGAN KEJUTAN TU.TAPI KALAU DAH UMUM KEJUTAN TU MESTI AKU TERKEJUT JUGA SEBAB AKU TIAP-TIAP HARI TIDOQ PUKUL 3,4 PAGI MELAYARI BLOG-BLOG SATU DUNIA.MAKLUMLAH SIANG KERJA MANA BOLEH LAYAN BLOG.KALAU LAYAN TAK JALAN LA KERJA.

ANWAR KATA SELEPAS MENANG 3-0 BARU AKAN ADA KEJUTAN.MAKNANYA KALAU MENANG 2 DARI 3 MUNGKIN TAK DAK KEJUTAN KOT.TAK TAU LA AKU ADA KA TAKDAK.KALAU TAKDAK KEJUTAN BAHAYA BEB.DAPAT KAT MEDIA PEMUTAR BELIT KANTOI LA.

SUSPEN WOOO MENUNGGU KEJUTAN.


-------------------------------------------------------------------------------------
Ahad April 5, 2009

Kejutan Anwar hanya selepas 7 April?

Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB

SUNGAI PETANI: Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih membiarkan rakyat berteka-teki apabila tidak mengumumkan 'kejutan' yang didakwa beliau amat penting dalam ceramahnya sempena pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau malam tadi.

Anwar berkata, beliau hanya akan mengumumkan perkara itu pada 7 April ini selepas Pakatan menang di tiga pilihan raya kecil termasuk juga di Parlimen Bukit Gantang dan DUN Batang Ai.

"Saya harus menggunakan majlis ini untuk menambah satu pengumuman yang penting.

"Kita bincang semalam dan kita tahu, kalau kita bagi pengumuman itu malam ini, risikonya terlalu besar.

"Oleh yang demikian, saya nak tunggu sampai 7 hari bulan (April).

"Kita menang di Bukit Selambau, menang di Bukit Gantang, menang di Batang Ai dan kita sambung pengumuman penting kepada rakyat Malaysia semua," katanya di hadapan kira-kira 3,000 orang di Dewan Hock Seng, Sungai Lalang di sini.

Jumaat lalu, Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution menyatakan Anwar akan mengumumkan satu kejutan yang didakwa beliau akan memberi ‘nilai tambah’ kepada Pakatan Rakyat dan impak besar kepada pilihanraya kecil tersebut.

Pada majlis itu juga, seramai 6,000 ahli PPP daripada lapan bahagian di Kedah telah meninggalkan parti itu dan menyertai PKR termasuk Naib Presidennya, V. Nadarajan.

Tindakan itu didakwa telah menyebabkan enam bahagian parti itu termasuk Kubang Pasu, Kuala Kedah, Pokok Sena, Kulim, Baling dan Merbok dibubarkan.

Nadarajan dalam ucapannya berkata, PKR telah memberi nafas baru kepada mereka menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk meninggalkan PPP.

Dalam reaksi segera, Pengerusi Perhubungan PPP Kedah, R Daass pula berkata, tidak ada mana-mana ahli yang meninggalkan parti itu kerana pihaknya tidak menerima sebarang surat keluar parti.

"Kami tidak menerima sebarang surat. Mereka boleh dakwa apa yang mereka mahu tetapi sepanjang pengetahuan kami, tidak ada yang meninggalkan parti kerana mereka tidak memulangkan kad keahlian," katanya.


sumber: mstar online

description: pas,keadilan,umno,dsai,anwar,nizar,nik aziz,najib,zambry,ismail,umno,bn,pas,pkr,dap,bukit selambau,bukit gantang,batang ai,pilihanraya kecil,parlimen,dun,sg.petani,kedah,perak,sarawak,polis,fru,altantuya

2 ulasan:

  1. saya memang teramat setuju dengan anda. memang itu yang saya yakin apa anwar akan cakap.

    anwar kan bapa segala putar belit. tapi jangan takut. akan ada orang percaya juga bila dia bagi excuse ini.

    BalasPadam
  2. Tu Politik la bai...Kalo nak lurus,jgn masuk politik..pergi belajar dulu la bai...

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive