Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Mei 04, 2009

Awas!!! jarum UMNO mula menusuk !!!!




Muktamar Agung PAS kali ke 55 makin terasa bahangnya. Bahangnya lebih terasa apabila berada di alam maya iaitu di dunia internet. Jika ditakdirkan Allah, pada awal jun nanti muktamar PAS ke 55 akan berlangsung di Stadium Melawati, selangor.

Dikatakan, bahang muktamar kali ini lebih panas dari sebelumnya. Saya pun tak pasti, apakah bahangnya itu. Mungkin isu pemilihan yang dikatakan agak panas. Setakat artikel ini ditulis, jawatan yang paling panas ialah Timbalan Presiden PAS. antara calonnya YB Ustaz Nasha penyandang sekarang , Abang Mat(Mat Sabu), Husam Musa dan YB Hassan Ali. Yang lain belum pasti.

Sokongan terbuka Dewan Ulama PAS Pusat suapaya jawatan no 2 itu mestilah di kalangan ulama hakiki bukannya golongan profesional mendapat reaksi yang berbeza dari pimpinan PAS. Tak ketinggalan para blogger yang sedang ‘preview’ untuk memanaskan blog-blog mereka. Saya yakin, para blogger ini kebanyakkan mereka tidak berada dalam organisasi PAS. Mereka hanya memerhati dari jauh lalu melontarkan hujjah akal mereka terhadap isu yang timbul. mereka sebenarnya tidak merasai roh perjuangan itu sendiri.

Jika isu tadi timbul dan ianya ‘kena’ dengan ‘citarasa’ mereka, maka akan keluarlah tulisan-tulisan yang menyokong dan mengkritik. Kekadang apa yang ditulis itu , dia sendiri pun tak mengetahuinya dengan lebih terperinci. Yang penting jika boleh ‘gomol’ , ‘gomol’ dulu. Yang boleh sanjung, sanjung dulu.

Contohnya isu ‘Unity Government’. Apa yang mereka dapat fahami darinya ialah ‘Masuk UMNO’, ‘Bergabung dengan UMNO’ dan seumpamanya. Maka keluarlah penulisan yang mengkritik Presiden.,Mursyidul Am PAS tak restu dengan Presiden, dan pelbagai lagi penulisan yang kebanyakkannya mengkritik Presiden PAS.

Begitu juga dengan isu muqobalah dan muzakarah. Penulis-penulis blog yang tak bertanggungjawab hanya pandai mengkritik dan menghentam. Apa yang mereka hemtam? entah!!…orang yang jahil(bodoh) sahaja suka menghentam sembrono. Apa salahnya jika ada muqobalah dan muzakarah? Tak baca sejarah Nabi SAW?…

Ini adalah antaranya isu yang masih belum reda.Kenapa? Kerana dalam jiwa anak adam ini ada seketul daging yang mulai dipenuhi titik-titik hitam.

Awas!!!! UMNO suka akan keadaan ini…janganlah kita menjadi bayangan UMNO yang sentiasa menanti untuk menusuk jarum munafiqnya..

bukitbesi



BARU!!!...KAIN SINTETIK.
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM20 sebulan >> email ke biaqpila@gmail
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive