Isnin, Mei 04, 2009
pas umno: Antara Kebenaran dan Pertimbangan Politik
Jika akhbar arus perdana atau berita TV 3, RTM dijadikan sandaran, maka hubungan PKR dan PAS kini mengalami keretakan yang amat serius akibat soal parti mana yang harus bertanding pada pilihanraya kecil Penanti.
Sememangnya akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian, New Straits Times, Sinar Harian, TV 3 dan RTM hanya menunaikan “tanggungjawab” mereka kepada Barisan Nasional apabila cuba memberi gambaran sedemikian.
Hari ini Akhbar Star turut memperlihatkan bahawa ia juga sebuah akhbar yang bertanggungjawab….malangnya kesetiaan itu juga kepada Barisan Nasional, khususnya UMNO.
The Star memilih untuk memainkan kenyataan Timbalan Pengerusi PAS Pulau Pinang bahawa pihaknya tetap mahu meletakkan calon untuk pilihanraya kecil Penanti. Tajuk utama mukasurat 4.
Yang tidak mendapat tempat langsung dalam akhbar milik MCA ini ialah hasil mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat semalam di mana PRESIDENnya Abdul Hadi Awang berikrar parti itu akan memberi sokongan penuh kepada calon PKR Dr Mansor Othman.
Abdul Hadi berkata arahan sudah diberikan kepada PAS negeri untuk menggerakkan jentera parti bagi memastikan kemenangan untuk calon PKR pada 31 Mei.
Juga tidak dinyatakan oleh Star ialah Penasihat DAP Lim Kit Siang telah turut memberi komitmen sama kepada ketua umum PKR Datuk Seri anwar Ibrahim pada mesyuarat itu..
Apabila media mula memanipulasi berita…memain dan memutarbelitkan sesetengah laporan dan memadam, menutup yang lain, ia sendirinya menghakis kepercayaan umum terhadap media arus perdana.
Sebagai akhbar milik MCA, the Star tentunya di bawah telunjuk parti itu. Justeru, akhbar itu telah menyenaraihitamkan pendirian dan pandangan Timbalan Presiden parti Datuk Dr Chua Soi Lek yang bertelagah dengan presiden parti Datuk Ong Tee Keat.
Sejak Najib Razak mengambil alih pemerintahan negara, The Star kini cenderong pula untuk memutarbelitkan berita yang dilihat akan memberi kelebihan kepada UMNO dan Perdana Menteri.
Dalam keghairahan untuk menggambarkan Pakatan Rakyat, khususnya PAS dan PKR bertelagah, akhbar itu menutup beberapa kebenaran:
1) Demokrasi adalah subur dalam Pakatan Rakyat dan pemimpin-pemimpinnya peringkat negeri dan nasional bebas bercanggah pendapat sebelum sesuatu keputusan muktamad dibuat oleh pucuk pimpinan tertinggi. Ini berlainan dengan politik Barisan Nasional-UMNO yang tidak langsung memberi ruang untuk sesuatu isu dibahas secara terbuka. Manakala mereka yang mengambil pendirian bercanggah dengan UMNO menghadapi risiko dicantas.
Dalam kes Penanti, adalah lumrah untuk parti-parti politik mencadangkan mereka diberi hak untuk bertanding (hanya UMNO yang agak berlainan dalam kes ini).
PAS Pulau Pinang berhak dan telah mengemukakan pendiriannya berhubung Penanti, sebagaimana PKR Terengganu dahulu menuntut untuk diberi mandat bertanding kerusi Kuala Terengganu pada pilihanraya kecil awal tahun ini. Tetapi semua pihak akhirnya menyerahkan kepada kebijaksanaan pimpinan tertinggi untuk membuat keputusan muktamad.
Itu yang berlaku di Kuala Terengganu dan itulah kesudahannya di Penanti. Perbahasan memang “panas” di peringkat negeri setiap kali soal kerusi pilihanraya dibincangkan. Itu perkara lumrah dan pada masa sama , itulah bukti demokrasi subur dalam Pakatan Rakyat.
Tetapi ketelusan gagasan itu dimanipulasikan oleh akhbar-akhbar seperti The Star dalam cubaan untuk mengabui mata rakyat akan hakikat sebenar.
Setidak-tidaknya Star boleh meneladani Utusan berhubung komitmen yang diberikan oleh Hadi mengenai Penanti. Siarkan saja dalam muka surat dalam (mukasurat 9) sebagai berita kecil dalam konteks politik nasional.
Jangan menutup terus berita yang mempunyai implikasi besar terhadap isu berkenaan semata-mata kerana ia tidak memihak kepada Najib dan UMNO.
Bersempena dengan Hari Kebebasan Media Sedunia minggu ini, The Star harus bertekad memastikan tidak semua pihak akan menerima layanan sebagaimana yang dihulurkan oleh akhbar itu kepada Chua Soi Lek.
Kebenaran harus melangkaui pertimbangan politik.
TVantara
BARU!!!...KAIN SINTETIK.
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM20 sebulan >> email ke biaqpila@gmail
0 KOMEN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE
Blog Archive
-
▼
2009
(3025)
-
▼
Mei
(363)
- PKR MENANG BERGAYA
- LIVE DARI PENANTI
- TERKINI DARI PENANTI
- PENANTI: JOM PAKAT PI MENGUNDI
- SPR BUANG TABIAT?
- LAWAK AHAD: TEH PANAS
- KEPUTUSAN LIGA SUPER 30 MEI 2009
- ATUK NENEK DAN CUCU CICIT UMNO SAMA KE?
- Lim Beri Keterangan, Gobala Pula Dipanggil Polis
- UMNO BN GUNA TAKTIK LARI KE TAIWAN
- UMNO BN Gerun Program Atasi Kemiskinan Tegar Pulau...
- Rayuan Zambry Diterima???
- Dana Awam Dibelanjakan Secara Culas, Pakej Ransang...
- Warkah Untuk Kak Min
- KATAK 2SEJOLI DAN SI TANGGANG
- Kemelesetan: Rakyat Kian Gusar, Umno Terkial-kial
- PKR Bantah Umno Ceramah di Penanti
- UPP rampas barangan seks dari China
- Nasihat tidak mengundi, seruan Khairy menghasut - ...
- Panduan dan Doa Mendapat Pasangan yang Soleh.
- UMNO Halalkan Apa Yang Haram
- Umno Cuba Perdaya Pengundi Penanti, Anjur Lawatan ...
- Umno Penanti Bawa Lari Pengundi Ke Padang Besar
- PRK M.U 14 JULAI 2009
- GAMBAR TERKINI DARI PENANTI
- PENANTI: UMNO BN TURUT PERANG BENDERA
- TARIKH PRK M.U DITENTUKAN HARI INI
- ADUN Bebas Terima RM3 Juta Daripada Najib?
- MARI KITA LIHAT SIAPA YANG KENA...
- LAWAK PAGI RABU: Tersasar Lagi
- Mufti Perak dicabar letak jawatan, bertanding pili...
- KEDAH TEWAS LAGI
- DEBAT ZAMBRY VS NIZAR: RAIS TUNGGU
- Ketua-Ketua Kampung Saman "Menteri Besar Mahkamah"
- RAKAMAN SEMBANG KOSONG?
- Nizar : Zambry kena bubarkan DUN kalau dia anak ja...
- LELAKI MENGAMUK MAUT KEMALANGAN
- KEPUTUSAN LIGA SUPER 26 MEI 2009
- 14 Tahanan Dibebaskan
- Kedah hutang RM2b ketika Pakatan ambil alih
- NIZAR MENANG DI HATI RAKYAT,ZAMBRY MENANG DI HATI ...
- UMNO: HANGPA BUAT ROMBONGAN TAK AJAK AKU YE
- Hangpa Jangan Dok Peleceh Umno BN
- UMNO: OOO BUAT ROMBONGAN TAK AJAK AKU EK??
- TERKINI : WAKIL RAKYAT TURUT DITAHAN
- PR MAHU BAWA PERUBAHAN BUKAN DABIK DADA
- Polis ganggu majlis puasa sunat/mogok lapar, lima ...
- Kejayaan Umno 2004 tak mungkin berulang
- Puasa sunat Nizar diputar belit media
- Nizar vs Zambry: NAK BERDEBAT PULAK
- Mogok lapar di Perak - Ustaz Ahmad Awang beri penj...
- ZAMBRY BUAT LAWAK
- Pas ajak rakyat berpuasa
- Anwar: Jauhi politik perkauman, sokong pemimpin be...
- Siri Lawak Badut Nasional Sudah Bermula
- CATATAN PENANTI DS ANWAR
- Pilihan Raya Kecil lebih aman tanpa BN - Nizar
- Hadi: Pakatan mahu bawa rakyat keluar dari kemelut...
- JANGAN MAIN-MAIN DENGAN KUASA RAKYAT
- Jumlah undi, indikator pada sokongan Pakatan Rakyat
- HANG JANGAN DOK BUAT LECEH
- Tanda Jelas Umno BN Akan Berkubur
- Nizar vs Zambry: KOMEN SPONTAN PROF. DR AZIZ BARI
- WABAK PERAK BERJANGKIT PPP?
- Keputusan mahkamah satu skrip dan matinya demokrasi
- UMNO BN HARAP MAHKAMAH,PR HARAP KUASA RAKYAT
- Penanti: Jentera Pakatan Rakyat turun ke kampung
- UMNO PAS: BERCITA CITA INGIN JADI CALON PRK DUN MA...
- Rampasan Kuasa Umno-BN Di Perak Ala Lanun Somalia
- LAWAK AHAD: TELUR AYAM
- KEPUTUSAN LIGA SUPER 23 MEI 2009
- Umno Pas: Manik Urai Jadikan Hadiah Untuk Najib
- PENANTI: SIAPA DIA AWEK NI?
- Nizar: Kalah Di Mahkamah Rayuan, Menang Di Mahkama...
- KEMPEN PENANTI: SAKSIKAN DRAMA DI KACA TV
- umno fobia: ADEGAN YANG DIRINDUI DI PENANTI
- PENANTI: AMINAH NAK DEDAH BUKTI
- umno fobia: PENANTI 4 CALON BERENTAP
- umno fobia: LIVE DARI PENANTI
- umno fobia: SEKITAR PENAMAAN CALON PENANTI
- UMNO BN AKAN KALAH TERUK DI M.U
- MAHKAMAH RAYUAN KETEPIKAN DOKTRIN RAJA BERPERLEMBA...
- UMNO BN JANGAN TERUJA LEBIH-LEBIH SANGAT
- LIVE DARI MAHKAMAH RIMBARAYA
- KEPUTUSAN LIGA PERDANA 22 MEI 2009
- Nizar vs Zambry: ENDING YANG MEMUALKAN
- umno pkr: JOM PAKAT PI PENANTI HUJUNG MINGGU INI...
- Nizar vs Zambry: Adakah wujud unsur diatur dalam k...
- Nyanyi Happy Birthday To You Dalam Black Maria
- Nizar vs Zambry: ZAMBRY MENANG
- Nizar vs Zambry: LIVE DARI MAHKAMAH
- Nizar vs Zambry: NIZAR AKAN MENANG PETANG INI
- SIDANG MEDIA NIZAR
- ADUN Manek Urai Kelantan meninggal dunia.
- NIZAR ZIARAH KELUARGA JAFRI
- Nizar Zambry : Pilihanraya Perak Akan Diadakan Bil...
- MIMPI SEORANG GADIS
- Najib bawa UMNO BN ke hujung senja
- Nizar vs Zambry: ESOK MILIK SIAPA?
- Umno usah degil pertahan kubu rapuh di Perak
-
▼
Mei
(363)