Ahad, Mei 03, 2009
umno pas: SIDANG DUN UNTUK PERBAHARUI LESEN ADUN
Sidang DUN hanya untuk memperbaharui semula lesen wakil rakyat
Tahun 2009 adalah Tahun Melawat Perak. UMNO melalui MB DPulau telah membantu mempromosi Perak ke peringkat antarabangsa. Satu Malaysia telah sedia maklum perihal Perak. Sebagaimana popularnya Monggolia dengan kisah pembunuhan Altantuya, begitulah juga popularnya Perak dengan pembunuhan demokrasi. Kedua-dua ‘pembunuhan’ ini, begitu sinonim dan berani mengaitkan pemimpin Satu Malaysia.
Ketika tarikh 7 Mei 2009 dinanti, pelbagai andaian dan congakan dilemparkan secara maya oleh rakyat marhaen. Sidang DUN pasti berlaku di tempat yang diwartakan. Samada mendapat perkenan istana atau tidak, sidang ini tetap sah sebagaimana Sidang Bawah Pokok yang tidak memerlukan perkenan istana.
Saya tidak memikirkan sangat tentang usul untuk memecat speaker. Saya berpandangan bukan itu yang menjadi keutamaan MB DPulau. Tetapi sekiranya UMNO berjaya menyingkirkan speaker, itu satu bonus setelah empat bulan bermasalah dengan speaker. MB DPulau dijangka membiarkan MB Nizar dan speaker duduk di tempat asal mereka. MB DPulau dan exconya serta tiga lompat bersedia untuk keluar apabila dihalau oleh speaker. MB DPulau akan patuh kepada keputusan speaker. Satu Malaysia akan menyaksikan melalui bulletin atau berita di televisyen bahawa MB DPulau sedang dihalau keluar oleh speaker.Satu Malaysia akan menjadi saksi betapa baik, sopan dan sabarnya UMNO melayani kerenah speaker. UMNO menaruh keyakinan yang kebencian rakyat akan bertukar kepada simpati. Kemungkinan UMNO akan memprovokasi speaker supaya melayan UMNO secara ‘kurang ajar’.
Saya yakin MB DPulau sedang berusaha untuk mengurangkan suhu kemarahan rakyat. MB DPulau sedang memujuk rakyat terutama rakyat yang masih ‘pening dan bosan’ dengan politik Perak. MB DPulau sedang berusaha mencari jalan supaya kemarahan rakyat bertukar kepada simpati. MB DPulau mungkin berharap agar Sidang Dewan ini akan menyerlahkan emosi tidak terkawal ADUN PR. Oleh itu kepada ADUN PR serta speaker, berhati-hatilah dengan permainan UMNO ini. ADUN UMNO pula akan berlakon menjadi sabar serta alim di dalam dewan.
Saya berpendapat bahawa keutamaan sidang ini adalah untuk menyelamatkan 20 ADUN UMNO dan satu ADUN MCA. MB DPulau bimbang jikalau tetiba sahaja mahkamah mengistiharkan bahawa Sidang Bawah Pokok adalah sah, maka 21 ADUN ini akan tergugur sebagai ADUN kerana telah tidak menghadiri Sidang Dewan dalam tempoh enam bulan. Tujuh lagi ADUN UMNO dalam kedudukan selamat kerana mereka telah digantung daripada menghadiri Sidang Dewan. Kerana itulah MB DPulau beria-ia mahukan Sidang Dewan diadakan sebelum 13 Mei 2009. SUK DUN Perak yang telah digantung jawatannya oleh speaker telah digunakan sepenuhnya oleh MB DPulau. Konon sidang telah mendapat perkenan istana.
Dalam bahasa mudah, MB DPulau sedang membantu 21 ADUN ini memperbaharui lesen mereka untuk tempoh enam bulan lagi. Dalam tempoh ini MB DPulau dengan bantuan Satu Malaysia akan berusaha memujuk kembali rakyat supaya mengundi UMNO. Dan MB DPulau yakin dalam tempoh enam bulan ini, PR akan letih dan hilang fokus untuk meyakinkan rakyat bahawa MB Nizar adalah MB Perak yang sah. Andaikata MB DPulau mengundur diri, MB Nizar akan ditohmah merampas kuasa dengan membelakangkan istana. Derhaka lagi ..
Namun jauh di sudut hati MB DPulau ialah amat mengharapkan agar speaker tidak dapat hadir pada 7 Mei ini. Ketidakhadiran speaker akan memudahkan laluan bonus-bonus tambahan yang amat diperlukan oleh MB DPulau. Difahamkan MB DPulau sedang dan akan menggunakan khidmat bomoh untuk menjampi serapah 28 ADUN PR.
Insya Allah mereka yang berniat baik akan mendapat perlindungan Allah. Kita sebagai manusia boleh merancang. Allah juga merancang. Namun kita sebagai manusia ciptaan Allah mesti sedar dan yakin bahawa perancangan yang dizinkan oleh Allah sahaja yang akan berjaya.
jantantuya
BARU!!!...KAIN SINTETIK.
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM20 sebulan >> email ke biaqpila@gmail
0 KOMEN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE
Blog Archive
-
▼
2009
(3025)
-
▼
Mei
(363)
- PKR MENANG BERGAYA
- LIVE DARI PENANTI
- TERKINI DARI PENANTI
- PENANTI: JOM PAKAT PI MENGUNDI
- SPR BUANG TABIAT?
- LAWAK AHAD: TEH PANAS
- KEPUTUSAN LIGA SUPER 30 MEI 2009
- ATUK NENEK DAN CUCU CICIT UMNO SAMA KE?
- Lim Beri Keterangan, Gobala Pula Dipanggil Polis
- UMNO BN GUNA TAKTIK LARI KE TAIWAN
- UMNO BN Gerun Program Atasi Kemiskinan Tegar Pulau...
- Rayuan Zambry Diterima???
- Dana Awam Dibelanjakan Secara Culas, Pakej Ransang...
- Warkah Untuk Kak Min
- KATAK 2SEJOLI DAN SI TANGGANG
- Kemelesetan: Rakyat Kian Gusar, Umno Terkial-kial
- PKR Bantah Umno Ceramah di Penanti
- UPP rampas barangan seks dari China
- Nasihat tidak mengundi, seruan Khairy menghasut - ...
- Panduan dan Doa Mendapat Pasangan yang Soleh.
- UMNO Halalkan Apa Yang Haram
- Umno Cuba Perdaya Pengundi Penanti, Anjur Lawatan ...
- Umno Penanti Bawa Lari Pengundi Ke Padang Besar
- PRK M.U 14 JULAI 2009
- GAMBAR TERKINI DARI PENANTI
- PENANTI: UMNO BN TURUT PERANG BENDERA
- TARIKH PRK M.U DITENTUKAN HARI INI
- ADUN Bebas Terima RM3 Juta Daripada Najib?
- MARI KITA LIHAT SIAPA YANG KENA...
- LAWAK PAGI RABU: Tersasar Lagi
- Mufti Perak dicabar letak jawatan, bertanding pili...
- KEDAH TEWAS LAGI
- DEBAT ZAMBRY VS NIZAR: RAIS TUNGGU
- Ketua-Ketua Kampung Saman "Menteri Besar Mahkamah"
- RAKAMAN SEMBANG KOSONG?
- Nizar : Zambry kena bubarkan DUN kalau dia anak ja...
- LELAKI MENGAMUK MAUT KEMALANGAN
- KEPUTUSAN LIGA SUPER 26 MEI 2009
- 14 Tahanan Dibebaskan
- Kedah hutang RM2b ketika Pakatan ambil alih
- NIZAR MENANG DI HATI RAKYAT,ZAMBRY MENANG DI HATI ...
- UMNO: HANGPA BUAT ROMBONGAN TAK AJAK AKU YE
- Hangpa Jangan Dok Peleceh Umno BN
- UMNO: OOO BUAT ROMBONGAN TAK AJAK AKU EK??
- TERKINI : WAKIL RAKYAT TURUT DITAHAN
- PR MAHU BAWA PERUBAHAN BUKAN DABIK DADA
- Polis ganggu majlis puasa sunat/mogok lapar, lima ...
- Kejayaan Umno 2004 tak mungkin berulang
- Puasa sunat Nizar diputar belit media
- Nizar vs Zambry: NAK BERDEBAT PULAK
- Mogok lapar di Perak - Ustaz Ahmad Awang beri penj...
- ZAMBRY BUAT LAWAK
- Pas ajak rakyat berpuasa
- Anwar: Jauhi politik perkauman, sokong pemimpin be...
- Siri Lawak Badut Nasional Sudah Bermula
- CATATAN PENANTI DS ANWAR
- Pilihan Raya Kecil lebih aman tanpa BN - Nizar
- Hadi: Pakatan mahu bawa rakyat keluar dari kemelut...
- JANGAN MAIN-MAIN DENGAN KUASA RAKYAT
- Jumlah undi, indikator pada sokongan Pakatan Rakyat
- HANG JANGAN DOK BUAT LECEH
- Tanda Jelas Umno BN Akan Berkubur
- Nizar vs Zambry: KOMEN SPONTAN PROF. DR AZIZ BARI
- WABAK PERAK BERJANGKIT PPP?
- Keputusan mahkamah satu skrip dan matinya demokrasi
- UMNO BN HARAP MAHKAMAH,PR HARAP KUASA RAKYAT
- Penanti: Jentera Pakatan Rakyat turun ke kampung
- UMNO PAS: BERCITA CITA INGIN JADI CALON PRK DUN MA...
- Rampasan Kuasa Umno-BN Di Perak Ala Lanun Somalia
- LAWAK AHAD: TELUR AYAM
- KEPUTUSAN LIGA SUPER 23 MEI 2009
- Umno Pas: Manik Urai Jadikan Hadiah Untuk Najib
- PENANTI: SIAPA DIA AWEK NI?
- Nizar: Kalah Di Mahkamah Rayuan, Menang Di Mahkama...
- KEMPEN PENANTI: SAKSIKAN DRAMA DI KACA TV
- umno fobia: ADEGAN YANG DIRINDUI DI PENANTI
- PENANTI: AMINAH NAK DEDAH BUKTI
- umno fobia: PENANTI 4 CALON BERENTAP
- umno fobia: LIVE DARI PENANTI
- umno fobia: SEKITAR PENAMAAN CALON PENANTI
- UMNO BN AKAN KALAH TERUK DI M.U
- MAHKAMAH RAYUAN KETEPIKAN DOKTRIN RAJA BERPERLEMBA...
- UMNO BN JANGAN TERUJA LEBIH-LEBIH SANGAT
- LIVE DARI MAHKAMAH RIMBARAYA
- KEPUTUSAN LIGA PERDANA 22 MEI 2009
- Nizar vs Zambry: ENDING YANG MEMUALKAN
- umno pkr: JOM PAKAT PI PENANTI HUJUNG MINGGU INI...
- Nizar vs Zambry: Adakah wujud unsur diatur dalam k...
- Nyanyi Happy Birthday To You Dalam Black Maria
- Nizar vs Zambry: ZAMBRY MENANG
- Nizar vs Zambry: LIVE DARI MAHKAMAH
- Nizar vs Zambry: NIZAR AKAN MENANG PETANG INI
- SIDANG MEDIA NIZAR
- ADUN Manek Urai Kelantan meninggal dunia.
- NIZAR ZIARAH KELUARGA JAFRI
- Nizar Zambry : Pilihanraya Perak Akan Diadakan Bil...
- MIMPI SEORANG GADIS
- Najib bawa UMNO BN ke hujung senja
- Nizar vs Zambry: ESOK MILIK SIAPA?
- Umno usah degil pertahan kubu rapuh di Perak
-
▼
Mei
(363)