Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Ogos 26, 2009

Kalau Bagi 'Emas ' Pun Orang Tak Mau Nak Bagi Apa Lagi? | Nizar News



TPM Muhyidin Yasin akur dengan kekalahan Umno di Permatang Pasir dan berkata punca Umno kalah ialah kerana Permatang Pasir kubu kuat Pas dan faktor Anwar sendiri yang masih relevan di kawasan tersebut.Muhyidin juga kata faktor calon Umno yang ada macam2 skandal yang di mainkan Pas turut menyumbang kepada kekalahan Umno. Macam2 analisis dah aku dengar daripada tokoh2 hebat tentang macam2 faktor Umno kalah dan Pas Menang di Permatang Pasir.

Itu pendapat orang lain yang bijak2 belaka, tapi siapapun ada hak nak bagi ulasan yang tak semestinya sama dengan orang lain. Muhyidin yang tidak serik dengan politik ugutan dan pembangunan di Manek Urai terus berjanji kosong di Permatang Pasir dengan hendak menjadikan Permatang Pasir 'anak emas' kerajaan Persekutuan jika Umno menang, tapi tetap tidak diterima janji seperti itu di Permatang Pasir. Para pengundi tidak percaya dengan janji 'anak emas ' kerana para pengundi berfikir bagaimana pula dengan dun2 yang dimenangi Umno selama ini kenapa tidak turut dijadikan 'anak emas' oleh Umno. Anak orang jamu milo anak sendiri jamu air suam!

Isu 'anak emas ' di Permatang Pasir turut diulas oleh Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang dalam kempen prk di Permatang Pasir dengan berkata-" Anak emas' nak buat apa, kalau anak soleh dan solehah boleh selamat dunia akhirat."

Berkata seorang kuat Pas yang pergi kempen di prk Permatang Pasir jika peratus pengundi berada pada paras 82 % undi majoriti Pas akan dapat tak kurang 6000 undi. Isu Anwar pengkhianat Melayu yang dimainkan oleh Muhyidin Yasin turut tidak diterima oleh pengundi di Permatang Pasir. Umno tak perlu lagi janji 'emas' kepada mana2 pilihanraya selepas ini sebab 'dua ketul emas' Umno di dua prk tidak diterima pengundi. Di luar emas di dalam tembaga.

MISAIMERAH


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

5 ulasan:

  1. Tanpa Nama26/8/09 7:22 PG

    anak emas konon.emas ape zulian ke......

    BalasPadam
  2. zam2 alakazam26/8/09 7:32 PG

    ia x ye jugak ye emas zulian kan perhiasan je.tapi cantik juga kalau dipakai tambah lagi kalau dapat percuma.

    BalasPadam
  3. KALAU DAH TAK SUKA EMAS PUN JADI BATU TAPI KLU DAH SUKA KENTUT PUN WANGI KAN?

    BalasPadam
  4. Aku kira kalah tapi upanya menang....kalau dah menang jangan lupa bela nasib rakyat yg masih menderita....masih ramai warga emas & ibu tunggal tak lupa juga bapa tunggal yg di tinggal....jgn dah menang terus mrk ini tertinggal....dok kalut nak buat harta pulak!!!!

    BalasPadam
  5. Tapi aku punya pendapat kalau Pmtg Pasir dpt kat BN tak mustahil depa boleh bagi emas pasal depa kan lubok emas, tapi bila PAS menang habuk pun tak dak !!!! Aku harap Guan Eng jgn pandai ckp aje...bagi la jawatan kat PAS ne.....dok jadi tukang sapu & angkat aje nak wat ape!!! Ha..ha..aa

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive