Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, September 01, 2009

SPIDERMAN CARI APA KAT KLCC? | pkfz



Barangkali jikalau anak sesumpah terbaca berita mengenai seorang spiderman telah berjaya menakluk KLCC hari ini,beliau(anak sesumpah itu) tentu terkejut. Apa yang hendak dicari oleh spiderman itu di atas menara KLCC di bulan puasa ini.Takkan nak skodeng kot,hingga sanggup panjat KLCC sebelum masuk waktu imsak lagi.Tak haus ka beb? Oh ya spiderman mana posa bai...Kita tertanya-tanya apa yang dicari oleh spiderman ini? Mungkin dia nak protes pasal harga minyak naik kat menara Petronas tu kot? Mana tau hati dah panas,orang boleh buat apa saja...

Sedangkan anak sesumpah yang lahir di Malaysia pun belum berkesempatan memanjat menara yang pernah mendapat gelaran tertinggi di dunia itu.

Spiderman ini juga boleh dikatakan beruntung,kerana pernah ditangkap dua kali oleh pihak polis Malaysia namun dibebaskan tanpa didakwa.Untungnya spiderman ni macam juga untungnya perarakan kepala lembu hari tu.Spiderman ni orang umno ke bai?
Kita dah boleh bayangkan hukumannya jika spiderman ni orang pakatan rakyat....hehehe



'Spiderman' akhirnya tawan Menara Petronas

Alain Robert, 'Spiderman' dari Perancis ditangkap hari ini selepas berjaya memanjat Menara Petronas, percubaan ketiganya untuk menawan menara tertinggi di negara ini, kata polis.

Robert, 46, mula memanjat menara setinggi 88 tingkat itu sebelum Subuh dan sampai ke kemuncaknya, sebelum disedari oleh pegawal keselamatan di situ, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Muhammad Sabtu Osman kepada AFP.

"Kita telah membawanya ke balai polis untuk disoal dan memeriksa pasportnya.

"Beliau boleh didakwa atas tuduhan menceroboh," katanya.

Percubaan pertama Robert untuk memanjat menara itu ialah pada 20 Mac 1997, dan percubaan kedua pada 2007, selepas dia dibebaskan tanpa didakwa.

Beliau yang digelar 'Spiderman' pernah memanjatkan Eiffel Tower di Paris dan Golden Gate Bridge di San Francisco.

Menara Berkembar Petronas setinggi 452 meter itu, yang siap dibina 1998, merupakan bangunan tertinggi di dunia sebelum diatasi oleh antaranya Taipe 101.

Panjat dua jam

Sementara itu, Bernama pula melaporkan Robert yang memakai kemeja T gelap dan berseluar jeans, mula memanjat Menara Dua pada jam 6 pagi dan sampai ke puncaknya dalam masa dua jam.

Bagaimanapun, dia ditahan polis dan disiasat kerana kesalahan
menceroboh kerana tidak mendapatkan permit.

"Dia ditahan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan atas kesalahan menceroboh kawasan larangan dengan memanjat tanpa permit," kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zulkarnain Abdul Rahman.

Robert dipercayai memasuki Malaysia pada 25 Ogos lepas dan tinggal di Hotel Mandarin Oriental yang berdekatan menara Petronas itu.

malaysiakini



E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
SEMUA KAMI LELONG!!!
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

1 ulasan:

  1. Tanpa Nama2/9/09 9:26 PG

    contoh manusia yang tak mengenal erti putus asa...:D

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive