Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Disember 27, 2009

Pemandu bas akui 'terlelap'



Pemandu bas dua tingkat Sani Express yang terbabas dan melanggar pembahagi jalan di KM272.8, Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara awal hari ini yang mengakibatkan 10 penumpang maut manakala dua lagi cedera, mengaku 'terlelap' sebelum kejadian.

Ketua Trafik Ipoh DSP Mohd Rodzi Rejab berkata siasatan awal polis mendapati pemandu berkenaan merancang untuk bertukar giliran memandu dengan pembantunya sebaik tiba di kawasan Rehat & Rawat Sungai Perak dekat Ipoh.

"Ujian alkohol dan dadah yang dijalankan ke atas pemandu berusia 38 tahun itu didapati negatif," katanya kepada pemberita hari ini, lapor Bernama

Beliau berkata pemandu berkenaan direman sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan yang dibuat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mohd Rodzi berkata bas ekspres tersebut tidak mempunyai rekod kesalahan trafik namun beliau enggan menyatakan rekod pemandu yang ditahan itu.

Sementara itu, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir meminta kerajaan pusat mempertimbangkan agar tidak membenarkan lagi bas ekspres beroperasi pada waktu malam.

Beliau berkata sekiranya langkah itu mampu melindungi nyawa pengguna perkhidmatan berkenaan maka ia amat wajar sekali dipertimbangkan.

Nyawa orang ramai adalah yang paling utama," katanya kepada pemberita selepas menemui dan menyampaikan sumbangan peribadi kepada anggota keluarga mangsa nahas berkenaan di luar Rumah Mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh hari ini.

Sementara itu, Sani Express Sdn Bhd sedia memberi pampasan kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Ipoh, pada awal pagi ini, bagi meringankan beban keluarga mangsa yang terlibat dalam kejadian itu.

Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu Abu Bakar Mohammad ketika dihubungi Bernama berkata sebagai tindakan segera, Sani Express akan menyediakan peruntukan khas buat setiap keluarga mangsa.

Beliau berkata pihaknya akan menghubungi keluarga mereka yang terlibat bagi tujuan penyaluran bantuan tidak lama lagi.

Katanya bas dua tingkat milik syrikat itu yang membawa 48 penumpang berada dalam keadaan baik sebelum ia memulakan perjalanan dari Klang, Selangor pada pukul 9 malam tadi menuju ke Kuala Perlis, Perlis.

"Bas berkeadaan baik dan diselenggara dengan baik. Bas itu juga dikunci had kelajuannnya pada 97 km/j dengan menggunakan alat khas yang dinamakan 'Speed Limiter'," katanya.

Abu Bakar berkata dengan menggunakan alat itu pemandu tidak boleh memandu melebihi had kelajuan yang ditetapkan atau mengubah alat terbabit untuk menambah kelajuan.

"Siasatan kami juga mendapati kelajuan bas yang dirakamkan sebelum kemalangan adalah 91 km sejam," katanya.

Mengulas mengenai tindakan yang akan diambil syarikat terhadap pemandu bas yang didakwa terlelap, beliau berkata tindakan susulan akan dibuat setelah laporan daripada polis berhubung punca sebenar kejadian diperolehi.

"Tindakan selepas ini bergantung kepada hasil siasatan polis. Jadi kena tunggu laporan (polis) itu dahulu," katanya.

Menurut Abu Bakar operasi bas milik syarikat itu juga masih berjalan seperti biasa.

Dalam kejadian pukul 1 pagi tadi, 10 penumpang bas dua tingkat Sani Express maut manakala dua lagi cedera dengan seorang daripadanya parah apabila bas itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan di KM272.8, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara.

malaysiakini


Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive