Ahad, Januari 17, 2010
“HARAPKAN PAGAR!, BUKAN SAHAJA PADI DIMAKAN PETANIPUN DITELAN “
HANTU….Polis keluar dari persembunyian cuba lari macam dikejar hantu. Pendakwaraya Sukor (gambar kanan)
Oleh: HAFIZ JAMAIL
“Itulah kiasan PDRM sekarang,” ujar Mantan Ketua Daerah Sandakan, OKK Hassnar Ebrahim sebagai mengulas tindakan ‘kurang ajar’ dan ‘pengecut’ Polis terhadap beliau.
Pada 13 Januari 2010, Mahkamah Majistret Kota Kinabalu telah mula mendengar pembelaan Hassnar yang didakwa di bawah Ordinan Kesalahan Kecil.
Mantan Ketua Daerah Sandakan itu telah diperintah oleh Majistret Puan Herlina Muse membela diri atas tuduhan mengaibkan dua anggota Polis dengan berkata; “anjing punya Polis dan Polis makan rasuah.“
Dalam penghakimannya pada 17 Disember 2009, majistret itu mendapati pihak pendakwa berjaya membuktikan terdapat ‘prima facie’ kes terhadap tertuduh.
Apabila disoal oleh Hj. Ansari Abdullah, selaku Peguam belanya Hassnar berkata pada hari kejadian dia sedang memeriksa dan berada di sebuah unit apartmen miliknya terletak lebih kurang dua minit berjalan kaki jauhnya dari Pejabat Zaharah Hotel Apartmen di Api Api Centre, Kota Kinabalu.
“Sedang saya memeriksa hotel saya menerima panggilan telefon dari seorang kakitangan mengatakan ada dua orang laki-laki memperkenalkan diri mereka sebagai Polis marah-marah di Pejabat. Saya memberi tahu kakitangan saya supaya memaklumkan kedua-dua individu berkenaan supaya tunggu hingga saya datang,” kata Hassnar.
“Setiba di pejabat lebih kurang dua minit kemudian saya dimaklumkan kedua-dua individu yang perkenalkan diri mereka Polis telah tergesa-gesa beredar keluar setelah seorang daripada mereka terlihat gambar saya yang bergantung di dinding sebuah bilik di Pejabat saya”
“Saya pun arahkan kakitangan saya bernama Suharto supaya ikut saya turun untuk kenalpasti dan tunjukkan mana kedua-dua orang tersebut,” sambung Hassnar kepada Majistret.
Apabila ditanya oleh Hj Ansari mengapa dia beria-ia benar mahu jumpa kedua-dua individu berkenaan, Hassnar memaklumkan kepada Mahkamah dia mengambil berat insiden sedemikian kerana perkerjanya sering saja dianiaya oleh individu yang mengaku mereka Polis tetapi merampas wang gaji mereka setelah perkerjanya ditahan
“Salah sorang perkerja Indonesia berbangsa bugis pasportnya masih ada pada saya. Gajinya dirampas kemudian dia ala kadar segera telah diusir keluar balik ke Indonesia”
Ditanya oleh Pegawai Pendakwa jika dia boleh buktikan dakwaan olehnya itu Hassnar berkata dia bersedia memanggil mangsa yang pernah dianiaya Polis ke Mahkamah.
Ketika rehat apabila ditanya oleh krew Sabahkini.net apa cadangannya menghadapi cabaran akibat tindakan Polis mendakwanya di bawah Ordinan Kesalahan Kecil, mantan Ketua Daerah Sandakan itu berkata dia tidak keberatan kemukakan bukti kepada Mahkamah tentang semua salah laku dan salah gunakuasa yang kerap dilakukan oleh anggota PDRM di Sabah.
“Saya sedia beri bukti kepada Mahkamah bahawa pendakwaan ini adalah konspirasi beberapa anggota Polis untuk mensabitkan saya dengan kesalahan jenayah dengan niat mewujudkan rekod saya sebagai penjenayah..”
“Pendek kata, saya sedia buktikan sebilangan besar anggota Polis yang bertugas di Negeri Sabah sekarang ini lebih tepat diibarat Harapkan Pagar, bukan saja Padi di makan malah Petani pun mereka telan,” kata Hassnar kepada krew Sabahkini.net di ruang legar Mahkamah Majistret 2, Kota Kinabalu.
Pada Februari 2009 Sabahkini.net telah melaporkan tindakan pihak Polis mengenakan tiga pendakwaan ke atas Hassnar.
“Pendakwaan ini berniat jahat. Ianya adalah tindak balas beberapa anggota PDRM kerana saya telah failkan saman terhadap mereka di Mahkamah Tinggi Sandakan,“ sambung Hassnar sambil menyerah satu salinan Writ Saman yng difailkannya di Mahkamah Tinggi Sandakan.
“Dengan menyalahguna kuasa Polis, mereka cuba ugut saya supaya menghentikan tindakan saya menyaman Polis yang tidak amanah serta mendedahkan salahlaku polis, yang kini integriti mereka dipersoal rakyat Malaysia” tambah Hassnar setelah Mahkamah berhenti rehat pada tengah hari.
Dalam perbicaraan yang dijalankan, pendakwaan dilaksanakan oleh Sukor Abu Bakar sementara Hassnar dibela oleh Hj Ansari Abdullah.
Krew Sabahkini.net menghadapi kesukaran mengambil gambar beberapa anggota polis yang hadir untuk memberi keterangan terhadap Hassnar kerana anggota PDRM terbabit telah menutup muka mereka untuk mengelak gambar mereka diambil.
Apa yang menghangatkan suasana ketika pendakwaan terhadap Hassnar berlangsung adalah cubaan beberapa anggota Polis bersembunyi di bilik bahagian bawah Mahkamah Majistret Kota Kinabalu setelah kes selesai didengar.
Jurugambar Sabahkini.net terpaksa menunggu hampir 40 minit selepas bicara selesai kerana tiga anggota Polis yang datang memberi keterangan telah bersembunyi di sebuah bilik di bahagian bawah Mahkamah apabila mereka tahu krew Sabahkini.net hendak mengambil gambar mereka.
Menyedari jurugambar enggan mengalah dan oleh kerana semua kakitangan Mahkamah telahpun pulang, Inspektor Hazlee, L/Koperal Hamid Paku dan Koperal Ahmad kemudian keluar dengan berjalan seperti orang dikejar hantu selaju mungkin untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa lensa kamera jurugambar Sabahkini.net.
Untuk rujukan pembaca, Sabahkini.net akan siarkan Writ Saman, difailkan oleh Hassnar pada Januari 2009, yang dipercayai telah menyebabkan pegawai atasan Polis Kontingen Sabah naik berang seterusnya mengenakan tiga saman terhadap Hassnar sebagai tindak balas.
sabahkini
SAIFUL APEK & MALEK NOOR TELAH TURUT SERTA...ANDA PULA ????
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
0 KOMEN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE
Blog Archive
-
▼
2010
(3200)
-
▼
Januari
(306)
- Writ Saman Khir ‘Ganggu’ Tugas Saya - Lau Weng San
- Aduka,lu dah top la bai
- Perbicaraan kes liwat Anwar Selasa ini?
- Takdak Pentas.. Meja pun boleh lah..
- PKR Pulau Pinang akui 4 MP mahu ‘dipikat’ BN
- Kempen PRK di Facebook, salah di mana wahai UPM!?
- Lawak Ahad: Rugi Tak Merokok
- Xavier: Polis Jangan Campur Dalam Politik
- Khaled Nordin tak matang, tak berperikemanusiaan -...
- Kecewa mungkin sebabkan Zahrain naik berang dengan...
- Keputusan TM Liga Super 30 Jan 2010
- Keputusan Semasa TM Liga Super 30 Jan 2010
- Harga getah naik, tidur malam di kebun
- Maut: Lori Kontena Gilis Kepala
- Lelaki main dengan ayam
- NIAT INSENG MATAKAJI SEMAR TILLEM?
- Datang ke Ipoh untuk terjun
- Demo: Pelajar UKM dicekup di masjid
- Enjin Jet : Laporan PAC Banyak Kesangsian
- Diperkosa 20 kali
- Menantu Nik Aziz letak Jawatan
- Keputusan TM Liga Perdana 29 Januari 2010
- DPPP Bidas Kelembapan Kerajaan
- MENCARI PENIPU BESAR DI SEBALIK ROYALTI MINYAK
- Jangan tunggu lama-lama...
- Tol dijangka naik lagi!
- Kepala Hancur Digilis Treler
- Khir Toyo saman ADUN Sekinchan
- ROH YANG KELUAR DARI JASAD
- Kelantan berhak terima royalti 5 peratus - Tengku ...
- Kempen Facebook, kemenangan dibatalkan
- Piala Dunia di KL
- Mari Buka Kilang Buat Rokok Tiruan
- Siaran Langsung Himpunan Menuntut Royalti Minyak
- SATU LAGI HELAH SPR
- DAP Buat Laporan Kepada SPRM Desak Wee Ka Siong Di...
- DO: Penyelewengan Wang Rakyat Berlaku Sejak 50 Tah...
- Pergolakan politik menjelang Februari
- Adun Morib Guna Wang Rakyat Biaya Jentera Umno
- Aduka dah jadi Anduka
- Sekitar PRK : Aspirasi Guna Pisau, Koyak Kain Rent...
- Rahsia Perut Buncit Kantoi
- Siasatan lawatan Khir Toyo ke Disneyland kini di t...
- Bapa saudara bapa haruan
- Projek Menternak Beruk
- Kepala babi dilontar dalam perkarangan dua masjid
- Beza PAS dan Umno dalam isu Allah
- TV3, TV9 Didesak Minta Maaf Dalam 24 Jam
- Biaq dia selak kainnya!
- Khutbah Masjid Negara mengelirukan
- Kes Anwar: Polis Soal Siasat Wan Azizah Selepas 2 ...
- Keputusan TM Liga Super 26 Jan 2010
- Live macha!!! Keputusan Semasa TM Liga Super 26 Ja...
- KENAPA YANG NI KAMU TAK KECOH?
- Zizie Tak Kisah Gambar Mesra Dengan Bung Tersebar ...
- Zulkifli Tidak Tarik Balik Laporan Polis Terhadap ...
- Pemimpin PR Sokong Nik Aziz Tolak Pelawaan Kerajaa...
- Pengumuman dari blog Aduka Taruna
- Wartawan buat laporan polis klip video hina Sultan
- Aduka Taruna: ‘Tajuk hina Sultan bukan saya punya’
- Aduka Beri Kerjasama Penuh Kepada Polis
- KETUA PKR TENOM LETAK JAWATAN?
- Keputusan pertikaian siapa MB Perak lagi 2 minggu
- Osama masih hidup, mahu terus serang AS
- Henti ceramah Anwar, Imej Polis Semakin Buruk - Ma...
- Blogger Aduka Taruna serah diri
- Anak kelisa bernilai RM1.5 juta dicuri
- Kerajaan Negeri Tidak Tunduk Kepada Tekanan Noh Om...
- 'Dalang komplot cuba bubar PKR Kuala S'gor gagal'
- Khalid tetap saman Nazree walaupun sertai PKR
- 25 Laporan Polis Terhadap Aduka Taruna
- Khalid Selar Tindakan Zulkifli Umpama Anjing Yang ...
- seks:CIKGU MAKAN LUAR:SUAMI DITINGGALKAN HMMM
- Al-Fatihah - Ghazali Shafie Meninggal
- Suami Isteri Saman Pegawai Pendidikan Kedah RM1.5 ...
- Media harian ganti Umno lawan Pakatan Rakyat
- Kenapa Beruk Baca Utusan Meloya
- Sah, bekas pengerusi Gerak sertai PKR
- DUN PERAK BUBAR ?
- KANAK-KANAK HILANG
- Lawak Ahad: Banjir Cikgu
- Rapat Umum Demokrasi Kampus : 9 ditangkap hari ini
- Osama Laden hidup atau mati?
- Keputusan TM Liga Super 23 Jan 2010
- Live: Keputusan Terkini TM Liga Super 23/01/2010
- Nada dering azan haram
- Imam sokong haramkan purdah
- SELESAI ISU KP SABAH SEBELUM LAKSANA MyID
- Polis: Surau Kg Jawa diserang lagi, kerja ‘kurang ...
- Tidak usik duit rakyat Selangor: Anwar
- Spa tawar seks diserbu
- Suhaimi: Subur Yang Tidak Subur
- Ustaz Hadi nafi laporan 'God bukan Allah'
- Kerajaan Selangor Tidak Bersekongkol Dalam Isu Pen...
- “PKR Kuala S’gor Bubar Tidak Benar” - Syed Syahir
- Sultan Johor Mangkat
- Keputusan TM Liga Perdana 22 Januari 2010
- Mempercepatkan Kiamat
- Bersedia untuk naik minyak
- Operasi SPRM Mencurigakan – Yaakob Sapari
-
▼
Januari
(306)