Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Januari 24, 2010

Rapat Umum Demokrasi Kampus : 9 ditangkap hari ini

Oleh Mohd Ali Bakri


KUALA LUMPUR 23 Jan 10 : Cita-cita ratusan siswa membuat rapat umum di Dataran Merdeka hari ini tidak kesampaian apabila sembilan dalam kalangan mereka ditahan polis ketika mengedarkan risalah berhubung perkembangan demokrasi kampus mutakhir ini kepada orang-ramai di sini, hari ini.

Antara yang ditahan, Hilman Idham, Aizat Salleh, Mohammad Za'im Mustapha, Ahmad Shukri Kamarudin, Ahmad Syukri Abdul Razak, Mohammad Idris Yusoff, Fikhri Harun, Syahriul Ismail dan Ridhuan Jamil.

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Hilman Idham, menerusi khidmat pesanan ringkas (sms) sekitar 9:30 pagi tadi kepada erapakatan.com berkata, mahasiswa akan mengadakan himpunan dan perarakan di Dataran Merdeka pada 10 pagi ini.

"Himpunan dan perarakan ini merujuk kepada tuntutan mengembalikan demokrasi kampusdan kebebasan akademik di kampus. Perhimpunan hari ini adalah sekitar 500 orang," sms beliau dipetik.

Bagaimanapun, antara 11:30 pagi sehingga 12:00 tengah hari tadi, sembilan orang dalam kalangan mereka ditahan di depan pasaraya membeli belah Sogo.

Sementara itu, menurut kenyataan rasmi Suara Rakyat Malaysia (Suaram) hari ini, kesemua mereka telah dibawa ke IPD Dang Wangi pada 1:45 tengah hari tadi.

"Kami menyeru semua pihak menelefon Balai Polis Dang Wangi 03-20702222 untuk memberikan tekanan kepada pihak penguatkuasa," kata kenyataan Suaram tersebut.

Rapat mahasiswa itu bertujuan menuntut demokrasi kampus, kebebasan akademik, menuntut ketelusan pentadbiran universiti dan menegakkan autonomi universiti.

Sekitar 5:32 petang ini, erapakatan.com menerima kiriman sms bahawa mereka masih belum dibebaskan.

"(Kami) sedang menunggu I.O mengambil kenyataan kami," kata mereka melalui sms.

erapakatan


SAIFUL APEK & MALEK NOOR TELAH TURUT SERTA...ANDA PULA ????
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive