Dey Macha

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Januari 24, 2010

Suami Isteri Saman Pegawai Pendidikan Kedah RM1.5 Juta

ALOR SETAR, 24 Jan (Bernama) -- Sepasang guru menyaman dua bekas guru besar mereka dan seorang pegawai Jabatan Pendidikan Kedah berjumlah RM1.5 juta kerana mendakwa dianiayai menyebabkan mereka menghadapi masalah mental dan tekanan yang dahsyat.

Mohd Afandi Abdul Hamid, 39, dan isterinya, Roziaini Mohd Rozi, 38, menamakan Munajat Tamrin sebagai defendan pertama manakala Noriah Murad dan Abdul Aziz Hanifa, masing-masing defendan kedua dan ketiga.

Mohd Afandi selaku plaintif pertama munajat dan isterinya plaintif kedua mendakwa wujud konspirasi antara ketiga-tiga defendan untuk menyebabkan tekanan dan penderaan mental kerana ketidakpuasan hati mereka terhadap beliau dan isterinya.

Guru tersebut yang kini mengajar mata pelajaran Agama Islam di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Perdana selepas dipindahkan dari SK Iskandar, Alor Setar memf ailkan saman tersebut bersama peguamnya di Mahkamah Tinggi Alor Setar pada Ahad.

Mengikut writ saman, defendan pertama yang terlibat dengan pertukaran guru-guru sekolah di Kedah didakwa menghalang pertukaran plaintif kedua.

Bagaimanapun dengan bantuan kerajaan negeri pada masa itu, plaintif kedua berjaya dalam permohonan pertukarannya dan dipercayai menyebabkan defendan pertama merasa dirinya tercabar.

Selepas bertukar ke SK Alor Setar, plaintif kedua mendakwa defendan pertama dan defendan kedua yang merupakan Guru Besar sekolah beliau mengajar berkonspirasi untuk menganiaya beliau menyebabkan pergerakan gajinya ditahan.

Plaintif kedua yang kini mengajar di SK Tunku Raudzah, Alor Setar juga dikatakan dituduh oleh defendan kedua gila hanya kerana beliau pada masa itu mendapatkan rawatan pakar pskiatri.

Plaintif pertama pula mendakwa defendan pertama berkonspirasi dengan defendan ketiga iaitu Guru Besar SK Iskandar, tempat beliau mengajar untuk meneruskan 'serangan' terhadap mereka.

Selain itu plaintif pertama diarahkan oleh defendan ketiga untuk mengajar mata pelajaran yang tiada kaitan dengan bidangnya, dihalang melatih pasukan ragbi sekolah dan menahan pergerakan gajinya selama satu setengah tahun.

"Perbuatan ketiga-tiga defendan berpakat untuk mewujudkan suasana tekanan mental dan tekanan serta memburukkan kami tersebar luas khususnya di kalangan guru menyebabkan kami mengalami kemurungan yang dahsyat," kata Mohd Afandi.

Mereka menuntut ganti rugi sebanyak RM500,000 daripada defendan pertama dan kedua; ganti rugi teladan RM500,000 daripada defendan pertama dan ketiga; ganti rugi teladan RM500,000 daripada defendan pertama; permohonan maaf secara terbuka; faedah sebanyak 8 peratus sehingga kes selesai, kos dan lain-lain relif yang difikirkan wajar oleh Mahkamah.

-- BERNAMA



SAIFUL APEK & MALEK NOOR TELAH TURUT SERTA...ANDA PULA ????
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive