Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Januari 29, 2010

Tol dijangka naik lagi!

Menurut laporan kajian Maybank investment bank, terdapat 10 lebuh raya dalam negara yang akan dikaji semula harga tol-nya pada Januari tahun ini. Menurut kontrak konsesi lebuh raya, lapan lebuh raya sepatutnya menaikkan harga pada tahun 2009, tetapi ditangguhkan selama setahun.

Menurut jadual waktu, kadar tol lapan lebuh raya berikut akan dikaji semula pada Januari tahun ini, iaitu NKVE, Federal Highway R2, Kajang Ring Road, SPRINT, NPE, Besraya, Penang Bridge dan Ampang Elevated.

Selain itu, dua lebuh raya yang ditangguhkan kenaikan tolnya pada tahun 2008 dan 2009, dengan pampasan oleh kerajaan, iaitu PLUS’ North South Expressway dan East Coast Expressway 1, juga dijangka akan dikaji semula kadar tolnya pada tahun ini.

Antaranya, PLUS’ North South Expressway yang dijangka menaikkan kadar tol sebanyak 10% pada tahun 2008, telah ditangguhkan selama dua tahun, dengan pampasan daripada kerajaan sebanyak RM375juta (telah dibayar RM278juta). Di samping itu, East Coast Expressway 1 juga dibenarkan menaikkan tol pada kadar 10% tahun 2009 menurut perjanjian, tetapi ditangguhkan buat setahun.

Menurut laporan kajian bank pelaburan tersebut, hasil kaji semula kadar tol sepatutnya dihabiskan pada Disember tahun lalu, dan dijangka akan dibincangkan dalam mesyuarat kabinet seterusnya. Oleh kerana kadar tol isu yang "sensitif", yang perlu dikendalikan kerajaan secara berhati-hati, maka hasilnya diramalkan akan diumumkan pada akhir Januari atau awal Februari, tahun ini.

Seandainya kerajaan menyerap "penambahan" kadar tol tersebut, maka kerajaan perlu mencari keseimbangan, antara kesan kenaikan tol kepada ekonomi secara keseluruhannya, dengan mengurangkan subsidi untuk meringankan tekanan defisit (perbelanjaan melebihi pendapatan).

Kenaikan tol ringankan beban kerajaan

Kerajaan persekutuan terpaksa mengemukakan pakej ransangan ekonomi sebanyak RM67 bilion untuk berdepan dengan krisis ekonomi global. Lantaran itu, defisit belanjawan negara kita melonjak ke 7.4%, paras tertinggi dalam tempoh 22 tahun kebelakangan.

Kerajaan Najib telah menyatakan niatnya untuk menurunkan paras defisit kepada 5.6% dalam Belanjawan 2010, dengan keutamaannya untuk mengurangkan kos operasi dan subsidi. Penganalisis OSK Research meramalkan bahawa kerajaan akan memilih untuk menaikkan kadar tol, sebagai langkah mengurangkan defisit, berasaskan keputusan mengurangkan subsidi gula baru-baru ini.

Seorang lagi penganalisis menyetujui pandangan ini, menganggap kerajaan mungkin memilih "biar sakit sekaligus"-iaitu mengangguk kepada kenaikan harga tol, agar meringankan beban subsidi kerajaan dalam isu tol sewenang-wenangnya.

Sememangnya, kenaikan tol adalah satu dasar yang tidak popular dalam politik, terutamanya untuk parti pemerintah, Barisan Nasional. Kerajaan Persekutuan mungkin memilih untuk melanjutkan tempoh kontrak, sebagai syarat tidak menaikkan harga tol, atau membayar subsidi kepada syarikat konsesi, sebagai syarat mengekalkan keadaan asal, malah menurunkan kadar tol.

Bagaimanapun, syarikat konsesi akan terlindung di bawah perjanjian yang berat sebelah, walau apa pun keputusan. Syarikat konsesi kekal sebagai pihak yang mengaut untung bersih. Kerajaan persekutuan pula perlu berdepan dengan dilema, antara mengorbankan rakyat atau mengorbankan dirinya.

Seandainya kerajaan memilih untuk mengekalkan kadar tol dengan bayaran pampasan (daripada kerajaan), maka kerajaan perlu menanggung beban subsidi yang berat. Sekiranya diambil contoh PLUS’ North South Expressway, kerajaan telah membayar pampasan sejumlah RM2.8370 bilion, bersamaan puratanya RM1.4185 bilion setiap tiga tahun. Seandainya dikira berdasarkan skala ini, dari tahun 2010 hingga 2038 (tamatnya tempoh kontrak konsesi), kerajaan perlu membayar pampasan sekurang-kurangnya RM13.71217 bilion kepada PLUS.

Namun, seandainya kerajaan memilih untuk mengorbankan rakyat, memberi lampu hijau kepada kenaikan tol, maka akan menjurus kepada peningkatan kadar inflasi dan menghakis daya beli pengguna, dan mengurangkan pendapatan boleh guna rakyat.

Perlu diingatkan, punca utama kenaikan kadar tol bukannya berasal dari peningkatan kos atau tekanan inflasi, sebaliknya berasaskan haknya untuk menaikkan kadar tol setiap tiga tahun, sebagaimana yang termaktub dalam perjanjian. Syarikat konsesi tetap untung walaupun tidak dikira pampasan yang dibayar. Misalnya, untung selepas cukai syarikat PLUS pada tahun 2008 ialah RM1 bilion, setelah ditolak wang pampasan, masih meraih untung bersih sejumlah RM270 juta.

Pada hakikatnya, kewujudan perjanjian syarikat konsesi adalah salah satu punca inflasi. Kadar tol lebuh raya hanya mencakupi 0.86% dalam CPI (Consumer Price Index), yang menjadi kayu ukur inflasi. Seandainya dilihat dari angka, jelas kesan tol terhadap inflasi adalah lebih rendah berbanding makanan dan bahan api.

Namun, kenaikan kadar tol akan memberi kesan kepada kos pengangkutan, yang sememangnya akan membawa kesan rantaian. Peningkatan kos akan menimpa perkhidmatan penghantaran dan pengangkutan awam. Secara umumnya, pengusaha pengangkutan akan memindah kos tersebut kepada pengguna. Jadi, kita tetap gagal mengelakkan diri daripada kesannya walaupun bukan pengguna lebuh raya.

Rakyat yang baru melalui kenaikan harga gula dan roti kini berkemungkinan besar berdepan dengan kenaikan harga minyak dan kadar tol, malah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST, Goods and Services Tax) yang bakal diperkenalkan. Tekanan inflasi semakin memberat. Seandainya tiada jaring pengaman sosial (social safety net), atau pendapatan gagal mengejar rentak inflasi, maka rakyat mungkin terjerat dalam bingkai "working poor", meskipun survive dalam zaman inflasi tinggi ini.


MerdekaReview



darisungaiderhaka


SAIFUL APEK & MALEK NOOR TELAH TURUT SERTA...ANDA PULA ????
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

3 ulasan:

  1. Salam...biarkan semua barang, cukai, tol NAIK..BIARKAN.....ingatlah bukan setakat orang PR sahaja yang menggunakan lebuhraya, membeli barang keperluan, ORANG UMNO, PARA PENGAMPU UMNO, JKKK UMNO, PENCACAI UMNO, PEMASANG POSTER UMNO,tetapi tidak dikecualikan dari kenaikan perkara-perkara tersebut.

    BIARKAN SEMUA INI NAIK...MUDAH-MUDAHAN AKAN NAIK BERGANDA-GANDA LAGI....

    Kemudian kita lihat..bagaimana puak-puak yang memenangkan umno dalam pilihanraya dapat merasa betapa PERITNYA HIDUP DI DALAM NEGARA YANG DIPIMPIN OLEH MANUSIA YANG NAFSU SERAKAHNYA LEBIH GANAS DARI HAIWAN BUAS....

    BalasPadam
  2. Pemimpin WAJIB di taati jika MEREKA TAAT KEPADA ALLAH DAN RASULNYA.

    Kalau nabi HARAMKAN ARAK....tetapi pemimpin BERI LESEN ARAK untuk dijual secara terbuka(bebas)..patut ke kita taat?

    BalasPadam
  3. Bagaimana jika tajuk penulisan ini berbunyi TOL TURUN LAGI!!!Logikkah? Mungkin kali ini kerajaan BN akan menurunkan harga Tol. Ini dikira sangat bersesuaian demi menjaga hati rakyat yang ingin melihat kerajaan baik dan ikhlas untuk membantu rakyat. Agar Dapat dirasai dan dilihat sendiri oleh mata dan hati bahawa selama ini PAS/PKR dan DAP hanya berkata dongeng semata.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive