Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Januari 20, 2010

Gangguan Bekalan Air di Kuala Lumpur dan Hulu Langat


Gangguan bekalan air akan berlaku di beberapa kawasan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Hulu Langat ekoran kerja-kerja menaik taraf kemudahan bekalan air di sekitar kawasan berkenaan.
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam satu kenyataannya memaklumkan gangguan bekalan air akan berlaku di Kuala Lumpur pada 27 hingga 28 Jan ini bermula pukul 10 malam hingga 4 pagi.

Menurut Syabas, gangguan itu disebabkan kerja-kerja memasang, menjalankan ujian dan mentauliah dua unit pam baru serta kerja-kerja yang berkaitan di Rumah Pam Bukit Ceylon.

Kawasan-kawasan yang terlibat adalah Jalan Alor, Jalan Bukit Ceylon, Jalan Ceylon, Persiaran Raja Chulan, Jalan Nagasari, Jalan Bendera, Jalan Berangan, Jalan Berami, Jalan Mesui, Jalan Angsoka, Lorong Ceylon, Changkat Raja Chulan, Changkat Bukit Bintang, Jalan Tong Shin, Tengkat Tong Shin, Jalan Rambia, Jalan Sahabat, Jalan Bukit Mahkamah dan Jalan Pudu Lama.

Bagi kawasan Hulu Langat pula, gangguan bekalan air akan berlaku pada 23 Jan mulai 10 pagi hingga 7 malam ekoran kerja-kerja kecemasan untuk membaik pulih tamatan kabel di Loji Rawatan Air Cheras Batu 11 oleh pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Antaranya kawasan yang akan terjejas adalah Taman Sejati, Taman Bukit Sungai Long, kawasan perindustrian Balakong, Kampung Baru Balakong, Taman Tanming Indah, Taman Seri Kenangan, Rumah Kebajikan Seri Kenangan, Jaya Jusco, Econsave dan Taman Kasturi.

Syabas menasihati pengguna agar menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan itu.

Maklumat lanjut mengenai gangguan itu boleh diperolehi dengan menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (Puspel) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip PUSPEL -jarak - dan taipkan aduan atau pertanyaan sebelum dihantar ke 39222.

-- BERNAMA


SAIFUL APEK & MALEK NOOR TELAH TURUT SERTA...ANDA PULA ????
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive