Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Januari 21, 2010

FAM wajar tanggung kesilapan



Oleh Lokman Zainal Abidin
lockman@nstp.com.my

2010/01/21 YANG dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Begitulah dilema Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), pada pandangan pengkritik sukan, Serbegeth Singh (gambar), selepas permohonan mereka untuk skuad Harimau Muda A beraksi dalam Liga-S ditolak Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS).


“Kesilapan itu harus ditanggung FAM kerana mereka tidak membuat pelan tambahan kepada skuad Harimau Muda A. Badan induk itu sepatutnya memikirkan alternatif lain sebelum mengambil keputusan menolak penyertaan mereka yang muncul juara Piala Perdana itu di dalam Liga Super.


“Kini, semua akibatnya perlu dipikul FAM. Saya simpati dengan pemain Harimau Muda A kerana mereka harapan bola sepak kita di masa depan. Sebelum memohon untuk menghantar Harimau Muda A ke Liga-S, FAM sepatutnya tidak terburu-buru menghalang mereka beraksi di dalam Liga Super.


“Siapa yang rugi selepas mereka tidak dapat beraksi dalam Liga-S dan Liga-M? Inilah skuad yang akan beraksi di Sukan Sea tahun depan dan sekiranya tidak ada sebarang pendedahan peringkat liga tempatan, bagaimana mereka mahu memantapkan persembahan? “Apa yang berlaku ini membuktikan FAM lemah dan bakat yang kita ada seolah-olah dipinggirkan. Pembangunan serta kesinambungan yang sepatutnya ada, hilang begitu saja dan inilah kesilapan terbesar dilakukan FAM,” kata Serbegeth atau lebih dikenali sebagai Shebbie itu.


Beliau yang juga bekas pemain kebangsaan itu mencadangkan semua pemain Harimau Muda A 'dipinjamkan' kepada skuad negeri masing-masing bagi membolehkan mereka terus merasai dan terdedah kepada aksi pertandingan.


Untuk beraksi sebagai satu pasukan, sudah boleh dianggap mustahil dan jika dipinjamkan kepada skuad negeri, ketua jurulatih, Mohd Azraai Khor Abdullah masih boleh memantau perkembangan setiap anak buahnya.


“Itulah cadangan saya. Setiap pemain Harimau Muda A perlu dipulangkan atau dipinjamkan kepada negeri mereka dan setiap enam atau lapan minggu, mereka ini perlu dikumpulkan untuk latihan pusat dan FAM perlu merangka perlawanan persahabatan antarabangsa dalam tempoh itu,” katanya.

hmetro


SAIFUL APEK & MALEK NOOR TELAH TURUT SERTA...ANDA PULA ????
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive