Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Januari 22, 2010

Buaya di Port Dickson


Kat Port Dickson ada buaya la beb. Korang yang rasa nak pergi PD tu, better cari tempat lain lah. We all rasa, we all faham kenapa perkara ni tidak di’dedahkan. Ikan besar konon. Ialah kalau didedahkan, maka musnahlah perniagaan yang mengaut keuntungan dari pengunjung kat sana. Apepun, pedulik ape. We all kat Oh! Tidak nak dedahkan juga yang PD tu ada buaya. Demi keselamatan orang ramai. Oich! Takut nyee!!


Berikut adalah pengakuan dari seorang pengunjung forum Cari. We all tak survey tapi ada yang kirimkan kepada Oh! Tidak melalui email.


Kawan aku bersama keluarganya pergi menghabiskan cuti persekolahan di Corus Paradise Rasort Port Dickson hari Sabtu lepas, pada petang itu dia bersama dengan anak perempuannya mandi manda ditepi pantai berdekatan resort, ketika sedang mandi tiba tiba kakinya seakan digigit sesuatu dan menariknya ke laut. Beliau melepaskan anaknya dari pelukan sambil menjerit meminta tolong. dan anak tersebut sempat diambil oleh ibu kawan aku itu. Dengan pantas seorang lelaki pergi mendapatkan kawan aku nih yg terus dibawa ke laut. Dalam keadaan cemas itu, lelaki tersebut terus menarik kawan aku itu dengan kuat, kemudian dia sempat melihat apa yg telah menarik kaki kawan aku itu…seekor BUAYA!!


Kawan aku terus dibawa ke klinik (tidak ke hospital port dickson kerana gak jauh dan kakinya mengalami pendarahan teruk) selepas itu kawan aku terus dibawa balik Hospital Melaka. Di hospital Melaka beliau dimasukkan ke ICU. Sekarang keadaan kaki beliau agak serius kerana urat kaki byk yg putus dan jari2nya tidak dapat digerakkan. Persoalannya disini…macamana buaya boleh ada ditepi pantai, kalau seorang dewasa boleh ditarik kelaut, apa cerita pulak kalau budak2?? bila aku dapat tau cerita ini..hati jadi kecut untuk mandi manda di pantai port dickson.. Ada sesiapa lagi yg tahu cerita ini? Dengarnya perkara BUAYA bukan perkara baru di pantai Port Dickson..kenapa perkara2 ini perlu disembunyikan?


Tapi apa yang kita dapat lihat di surat khabar?



Digigit ikan besar

Oleh Mohamad Yatim Latip

am@hmetro.com.my


MELAKA: Percutian seorang posmen bersama 15 anggota keluarganya di pantai peranginan Port Dickson, Negeri Sembilan menjadi mimpi ngeri apabila dia dipercayai digigit seekor ikan besar ketika mandi berhampiran sebuah apartmen di situ, Sabtu lalu.Susulan kejadian itu, mangsa, Mohamad Helmi Leman, 25, yang menetap di Kampung Air Limau, Masjid Tanah di sini, terpaksa menerima 50 jahitan dan kini masih dirawat di Hospital Melaka (HM) selepas ahli keluarganya meminta dia dipindahkan ke sini kira-kira jam 3 petang hari kejadian dari Hospital Port Dickson. Mohamad Helmi berkata, kejadian berlaku ketika dia sedang mandi bersama 10 anggota keluarganya kira-kira jam 8.30 pagi pada hari kejadian.


Menurutnya, ketika itu, mereka sudah menghabiskan masa selama setengah jam bermandi-manda di situ. Katanya, ketika asyik mandi di dalam air paras dada, tiba-tiba dia terasa pergelangan kaki kanan serta bahagian tapak kakinya itu direnggut seekor binatang yang disangkanya buaya.


“Ketika itu saya terasa suatu objek tajam dan bergigi merenggut kaki kanan saya menyebabkan saya amat terkejut. Sejurus itu, saya cuba merentap kaki saya tetapi haiwan berkenaan tidak melepaskan gigitannya dan sama-sama ‘bertarung’ selama tempoh kira-kira dua saat,” katanya ketika ditemui di wad HM di sini semalam.


Menurut Mohamad Helmi, gigitan berkenaan menyebabkan pergelangan pangkal bawah buku lali sehingga tapak kaki kanannya mengalami luka teruk dan mengeluarkan banyak darah. Katanya, sebaik anggota keluarga lain menyedari dia digigit sesuatu, mereka terus membawanya ke darat sebelum menghubungi ambulans.


“Meskipun mengalami kecederaan parah dan dalam kesakitan, namun saya masih sedar ketika dibawa ke Hospital Port Dickson. Bagaimanapun, ahli keluarga saya terutama isteri, Sabariah Karim meminta supaya saya dipindahkan ke HM bagi memudahkan mereka melawat,” katanya. Sementara itu, Mohamad Helmi berkata, orang kampung di kawasan itu mengesyaki kejadian terbabit disebabkan ikan yu memandangkan ketika ini mereka mendakwa musim ikan berkenaan berkeliaran di situ,










Ps: Ini salt water crocodile ni. Amat berbahaya. Jadi hati-hati lah ye kalau nak mandi manda tu. Hidup Port Dickson!!


Yang pasti bukan ikan kat bawah ni gigit ye.. Sebab kalau dia gigit, memang no problem punyoo.. hehehe..



+ Thanks f y x dan Lan Doz.



ohtidak


SAIFUL APEK & MALEK NOOR TELAH TURUT SERTA...ANDA PULA ????
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive