Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Januari 27, 2010

Biaq dia selak kainnya!

Oleh Penarik Beca

Tak kira siapa pun orang yang disuruh tutup mulut, saya tak berkenan langsung perangai gatal nak menutup mulut orang. Jangan rogol hak demokratik orang untuk bersuara.


Hari ini, bila jawatankuasa disiplin PKR menjerkah Zulkifli Noordin supaya menjahit mulutnya, adakah PKR nampak cerdik? Siapa yang nampak bodoh sekarang? Zulkifli atau PKR sendiri? Saya tak kenal Zulkifli. Pertama kali saya membaca tentang Zulkifli ialah selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dihambat dari Umno dulu. Saya tak peduli sangat

Tetapi, apabila ada laman web ketika itu yang sakan-sakan menonjolkan Zulkifli sebagai pengganti Anwar untuk memimpin perjuangan orang-orang yang pro-Anwar setelah Anwar ditangkap, saya mula rasa lain macam. Saya menanti kenyataan ala-ala disclaimer dari beliau. Tak ada.

Lagi la rasa semacam. Akhirnya, sehingga sekarang saya melihat buruk kelaku demi buruk kelaku.

Saya pernah jumpa seseorang. Bila tiba time solat berjemaah, dia seperti menggelejat nak jadi imam. Bila mesyuarat dan ada pemilihan untuk jadi ketua, dia kelihatan menggelejat sakan pulak nak jadi ketua.

Sama. Akhirnya, sehingga sekarang saya melihat buruk kelaku demi buruk kelaku.

Kadang-kadang, nak kenal seseorang, kita tak perlu banyak sangat hint atau isyarat.

Bagi saya, bodoh sangat kalau disekat kebebasan bersuara seseorang yang buruk kelaku. Biarkan dia menyalak. Lagi banyak dia bercakap, lagi banyak kita terasa dia sebenarnya jenis tak boleh pakai punya manusia.

Lagi banyak dia bercakap, semakin kuat keyakinan kita dia dipergunakan oleh celaka-celaka yang sudah banyak melanyak harta negara ini. Mengapa dilarang dia nak selak kainnya? Mampoih pi la!

detikdaily


SAIFUL APEK & MALEK NOOR TELAH TURUT SERTA...ANDA PULA ????
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

1 ulasan:

  1. Berani kerana benar tapi yang nak menjahit mulut YB ZUL tu takut kerana banyak juga dah buat salah.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive