6 Safar 1431H
Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 20 Jan: PAS menyifatkan cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memperluaskan hak pengundi pos kepada mereka yang berada dalam perkhidmatan-perkhidmatan penting sebagai mengarut dan tidak masuk akal serta tindakan undur ke belakang.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, langkah itu undur ke belakang kerana sistem undi pos yang ada sudah banyak menimbulkan masalah dan mahu dibuang apatah lagi dengan tindakan mahu menambahkan golongan yang layak mengundi pos.
"Saya mengesyaki ada agenda tersirat dalam langkah ini jika benar SPR bercadang berbuat demikian," kata beliau kepada Harakahdaily.
Ketua Pengarah Pilihanraya PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman pula berkata, prinsip PAS jelas untuk memansuhkan undi pos di kalangan anggota polis dan tentera dan tidak akan bersetuju jika ianya mahu diperluaskan kepada pengundi selain mereka.
"Ini cadangan yang mengarut. Pada dasarnya PAS memang tidak bersetuju sebab kita berjuang selama ini untuk hapuskan undi pos di kalangan polis dan tentera, tiba-tiba SPR nak luaskan hak pengundi pos," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, sebentar tadi.
Ahli Parlimen Pengkalan Chepa itu juga berkata, cadangan itu hanyalah rancangan politik Barisan Nasional (BN) untuk meningkatkan jumlah undi mereka.
"Ini rancangan politik Kerajaan BN untuk mengawal pengundi supaya mengundi mereka, tidak lebih dari itu. Tidak munasabah SPR membuat cadangan itu," katanya.
PAS, katanya akan meminta penjelasan daripada SPR berhubung perkara itu dan bersedia mengadakan pertemuan untuk berdialog.
"Kita akan dapatkan maklumat terperinci dan minta penjelasan dari pihak SPR berkenaan perkara ini. Kalau perlu kepada pertemuan, kita akan bertemu mereka," katanya lagi.
Sementara itu, salah seorang jurucakap Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih), Mohamad Sabu berkata, cadangan itu merupakan satu lagi cara yang membolehkan Umno/BN memanipusi undi pos untuk kemenangan mereka.
"Kita memang tidak setuju. Kalau semua orang boleh mengundi pos, lagi banyak berlaku manipulasi undi pos," katanya yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.
Beliau juga menegaskan, cadangan SPR itu menunjukkan mereka sedang cuba menghapuskan kebebasan para pengundi kerana undi pos memang diragui ketelusannya.
Sebelum ini, salah satu daripada empat tuntutan Bersih ialah menghapuskan undi pos.
"Lagi teruk demokrasi kalau laksanakan cadangan ini. Ini usaha ke arah nak tutup ruang kebebasan dan demokrasi dalam pilihan raya," tegasnya.
Semalam, Pengerusi SPR, Tan Sri Abd Aziz Mohd Yusof berkata, doktor, jururawat dan wartawan mungkin dipertimbang untuk dibenarkan mengundi secara pos pada pilihan raya umum akan datang.
Ia akan dibuat menerusi pindaan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981 yang sedang diteliti oleh SPR.
Harakahdaily.net/-
SAIFUL APEK & MALEK NOOR TELAH TURUT SERTA...ANDA PULA ????
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Khamis, Januari 21, 2010
Perluas hak undi pos karut, undur ke belakang
0 KOMEN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE
Blog Archive
-
▼
2010
(3200)
-
▼
Januari
(306)
- Writ Saman Khir ‘Ganggu’ Tugas Saya - Lau Weng San
- Aduka,lu dah top la bai
- Perbicaraan kes liwat Anwar Selasa ini?
- Takdak Pentas.. Meja pun boleh lah..
- PKR Pulau Pinang akui 4 MP mahu ‘dipikat’ BN
- Kempen PRK di Facebook, salah di mana wahai UPM!?
- Lawak Ahad: Rugi Tak Merokok
- Xavier: Polis Jangan Campur Dalam Politik
- Khaled Nordin tak matang, tak berperikemanusiaan -...
- Kecewa mungkin sebabkan Zahrain naik berang dengan...
- Keputusan TM Liga Super 30 Jan 2010
- Keputusan Semasa TM Liga Super 30 Jan 2010
- Harga getah naik, tidur malam di kebun
- Maut: Lori Kontena Gilis Kepala
- Lelaki main dengan ayam
- NIAT INSENG MATAKAJI SEMAR TILLEM?
- Datang ke Ipoh untuk terjun
- Demo: Pelajar UKM dicekup di masjid
- Enjin Jet : Laporan PAC Banyak Kesangsian
- Diperkosa 20 kali
- Menantu Nik Aziz letak Jawatan
- Keputusan TM Liga Perdana 29 Januari 2010
- DPPP Bidas Kelembapan Kerajaan
- MENCARI PENIPU BESAR DI SEBALIK ROYALTI MINYAK
- Jangan tunggu lama-lama...
- Tol dijangka naik lagi!
- Kepala Hancur Digilis Treler
- Khir Toyo saman ADUN Sekinchan
- ROH YANG KELUAR DARI JASAD
- Kelantan berhak terima royalti 5 peratus - Tengku ...
- Kempen Facebook, kemenangan dibatalkan
- Piala Dunia di KL
- Mari Buka Kilang Buat Rokok Tiruan
- Siaran Langsung Himpunan Menuntut Royalti Minyak
- SATU LAGI HELAH SPR
- DAP Buat Laporan Kepada SPRM Desak Wee Ka Siong Di...
- DO: Penyelewengan Wang Rakyat Berlaku Sejak 50 Tah...
- Pergolakan politik menjelang Februari
- Adun Morib Guna Wang Rakyat Biaya Jentera Umno
- Aduka dah jadi Anduka
- Sekitar PRK : Aspirasi Guna Pisau, Koyak Kain Rent...
- Rahsia Perut Buncit Kantoi
- Siasatan lawatan Khir Toyo ke Disneyland kini di t...
- Bapa saudara bapa haruan
- Projek Menternak Beruk
- Kepala babi dilontar dalam perkarangan dua masjid
- Beza PAS dan Umno dalam isu Allah
- TV3, TV9 Didesak Minta Maaf Dalam 24 Jam
- Biaq dia selak kainnya!
- Khutbah Masjid Negara mengelirukan
- Kes Anwar: Polis Soal Siasat Wan Azizah Selepas 2 ...
- Keputusan TM Liga Super 26 Jan 2010
- Live macha!!! Keputusan Semasa TM Liga Super 26 Ja...
- KENAPA YANG NI KAMU TAK KECOH?
- Zizie Tak Kisah Gambar Mesra Dengan Bung Tersebar ...
- Zulkifli Tidak Tarik Balik Laporan Polis Terhadap ...
- Pemimpin PR Sokong Nik Aziz Tolak Pelawaan Kerajaa...
- Pengumuman dari blog Aduka Taruna
- Wartawan buat laporan polis klip video hina Sultan
- Aduka Taruna: ‘Tajuk hina Sultan bukan saya punya’
- Aduka Beri Kerjasama Penuh Kepada Polis
- KETUA PKR TENOM LETAK JAWATAN?
- Keputusan pertikaian siapa MB Perak lagi 2 minggu
- Osama masih hidup, mahu terus serang AS
- Henti ceramah Anwar, Imej Polis Semakin Buruk - Ma...
- Blogger Aduka Taruna serah diri
- Anak kelisa bernilai RM1.5 juta dicuri
- Kerajaan Negeri Tidak Tunduk Kepada Tekanan Noh Om...
- 'Dalang komplot cuba bubar PKR Kuala S'gor gagal'
- Khalid tetap saman Nazree walaupun sertai PKR
- 25 Laporan Polis Terhadap Aduka Taruna
- Khalid Selar Tindakan Zulkifli Umpama Anjing Yang ...
- seks:CIKGU MAKAN LUAR:SUAMI DITINGGALKAN HMMM
- Al-Fatihah - Ghazali Shafie Meninggal
- Suami Isteri Saman Pegawai Pendidikan Kedah RM1.5 ...
- Media harian ganti Umno lawan Pakatan Rakyat
- Kenapa Beruk Baca Utusan Meloya
- Sah, bekas pengerusi Gerak sertai PKR
- DUN PERAK BUBAR ?
- KANAK-KANAK HILANG
- Lawak Ahad: Banjir Cikgu
- Rapat Umum Demokrasi Kampus : 9 ditangkap hari ini
- Osama Laden hidup atau mati?
- Keputusan TM Liga Super 23 Jan 2010
- Live: Keputusan Terkini TM Liga Super 23/01/2010
- Nada dering azan haram
- Imam sokong haramkan purdah
- SELESAI ISU KP SABAH SEBELUM LAKSANA MyID
- Polis: Surau Kg Jawa diserang lagi, kerja ‘kurang ...
- Tidak usik duit rakyat Selangor: Anwar
- Spa tawar seks diserbu
- Suhaimi: Subur Yang Tidak Subur
- Ustaz Hadi nafi laporan 'God bukan Allah'
- Kerajaan Selangor Tidak Bersekongkol Dalam Isu Pen...
- “PKR Kuala S’gor Bubar Tidak Benar” - Syed Syahir
- Sultan Johor Mangkat
- Keputusan TM Liga Perdana 22 Januari 2010
- Mempercepatkan Kiamat
- Bersedia untuk naik minyak
- Operasi SPRM Mencurigakan – Yaakob Sapari
-
▼
Januari
(306)