Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Januari 23, 2010

Imam sokong haramkan purdah

PARIS 23 Jan 10: Seorang imam menyokong pengharaman purdah di kalangan wanita Islam di Perancis kerana menganggap ia tidak sesuai dipakai di negara itu.

PARIS: Seorang imam menyokong pengharaman purdah di kalangan wanita Islam di Perancis kerana menganggap ia tidak sesuai dipakai di negara itu.


Hassen Chalghoumi yang menjadi imam di Drancy, utara Paris, berkata wanita yang ingin terus berpurdah wajar berpindah ke Arab Saudi atau negara lain yang membenarkan pakaian itu.


“Ya, saya menyokong undang-undang itu kerana ia tiada tempat di Perancis, negara yang membenarkan wanita mengundi sejak 1945,” katanya semalam.


Selain menjadi imam, Hassen, 36, aktif menganjurkan dialog di antara penganut Islam dengan Yahudi dan pernah diancam bunuh kerana pembabitannya itu.


Parlimen Perancis dijangka meluluskan cadangan itu walaupun dibantah kebanyakan pemimpin Islam negara itu.


Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy, menganggap purdah menghina wanita dan tidak diperlukan di negara didiami kira-kira lima juta penganut Islam itu.


Hassen berkata, purdah bukan tuntutan Islam dan menjadi amalan tradisi segelintir penganutnya.


“Purdah seperti penjara wanita dan alat diskriminasi,” katanya. - Reuters

hmetro


SAIFUL APEK & MALEK NOOR TELAH TURUT SERTA...ANDA PULA ????
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive