Rabu, April 21, 2010
‘Zaid kaki botol’: Berapa ramai dalam Umno bersih?
Oleh Mohd Zuharman
KOTA BARU, 20 April — Dalam kalut peribadi calon Pakatan Rakyat kerusi Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim (gambar) diserang sebagai “kaki botol tegar”, Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah membidas pemimpin Umno-BN sebagai cetek dengan permasalahan hukum.
“Masih cetek, malah masih terlalu jauh untuk mereka bercakap tentang hukum,” kata beliau semasa dihubungi.
Mohd Amar merujuk dakwaan sesetengah pihak mengatakan tidak wajar diberi undi kepada seseorang kaki botol seperti Zaid dengan mempersoalkan “kalau tak boleh undi Zaid kerana itu, bagaimana pula hakikatnya memberi undi kepada bukan Islam?”
“Ini... maksud saya kalau hendak bercakap pasal hukum.
“Dari sudut yang lain pula, kita hendak tanya berapa ramai dalam Umno itu sendiri yang bersih?” soalnya.
Mohd Amar bertegas, persepsi negatif terhadap Zaid tidak wajar diungkit memandangkan ia cerita lama dengan berkata “kalau betullah Zaid seorang kaki minum, tetapi dia sudah bertaubat, sedar dan insaf, dan tidak terlibat lagi dengan maksiat itu.
“Dari segi hukumnya ia tidak boleh dibangkitkan,” katanya.
“Pada zaman sahabat sebelum Islam dulu... berapa ramai perangai mereka yang lebih dahsyat dari itu, tapi bila sedar dan insaf, mereka masuk Islam, pada masa itu mereka boleh menjadi seorang pejuang yang baik,” jelasnya.
Zaid, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri diserang pesaingnya dari BN dengan isu peribadi kononnya sebagai seorang kaki botol tegar sejurus diumum sebagai calon mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor 25 April ini.
Susulan itu, secara professional Zaid tidak menafikan perkara itu berkata “saya berterus terang, itu dulu, dalam Umno pun ramai menteri macam saya dulu tetapi tidak menjadi isu pada waktu itu.
“Apa yang berlaku adalah sejarah lampau sudah lama ditinggal berbeza dengan sesetengah pemimpin Umno lain yang masih tidak dapat tinggal tabiat buruk itu” kata Zaid.
Mengulas lanjut Mohd Amar mendakwa sebab utama BN cuba memainkan isu peribadi untuk menyerang Zaid adalah kerana takut untuk berhadapan dengan calon pakatan itu.
Tambah Mohd Amar, Umno-BN memang dengan sedaya upayanya cuba untuk menghalang Zaid daripada berjaya dibawa masuk ke parlimen kerana bimbang ia akan menambah kuatkan lagi barisan pembangkang.
“Zaid bukan asing bagi BN, lebih-lebih lagi kepada Umno itu sendiri, mereka tahu keupayaan dan keberanian Zaid yang bukan jenis ‘yes man’ dalam konsep perjuangannya.
“Lalu kerana ketakutan dan kebimbangan itulah, maka BN seolah-olah terpaksa memilih pendekatan menyerang Zaid dengan isu peribadi,” antaranya sebagai kaki botol.
“Bagaimanapun, walau sebanyak mana dakyah dilontar oleh BN semata-mata untuk menjatuhkan Zaid, saya kira rakyat lebih arif untuk membuat segala penilaian.
“Rakyat sekarang cerdik-cedik belaka, mereka tahu apa itu topeng dan di mana nilai sebenar sesuatu pakaian,” ujarnya sambil menyifatkan Zaid adalah calon yang berkemampuan untuk meneraju perubahan rakyat di Hulu Selangor.
themalaysianinsider
0 KOMEN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE
Blog Archive
-
▼
2010
(3200)
-
▼
April
(304)
- Kurangkan Beban Wanita Bekerja
- M'sia mungkin dipaksa dedah butiran beli Scorpene
- Lubang mat sekodeng
- Ugutan Bunuh Nik Aziz
- Pakatan gesa menteri, IGP, KPN S'gor mohon maaf
- Skandal Kapal Selam Bakal Terbongkar
- Operasi saraf RM4 juta: PAS dakwa Kickdefella diup...
- Sungai di Dasar Laut Merupakan Bukti Kebenaran Al ...
- Hulu Selangor: Kalahkah PR?
- Langgan pelacur guna telefon
- K'jaan Kedah janji bantu bayar hutang rumah
- Dalam Kotak Ada Senator
- Wakenabeb: Kantoi Beromen Di Tangga Apartment
- Kes Aminulrashid : Cerita Dari Khalid Samad.
- SPRM LINDUNGI TEE KEAT?
- Dua beradik hamba seks Ayah Teh
- Rasuah 10 bilion setahun, apa cerita menteri-mente...
- Jangan Lindungi Polis Terlibat, Kezaliman Semacam ...
- Enjin Jet Hilang : Jeneral, Empat Pegawai saman AT...
- Pilihan Raya Kecil Kalau Berlaku PRK di Kota Siput...
- 'Jutawan Lebanon' ditangkap khalwat di Brickfields
- Seks ubat darah tinggi
- Bahtera Nabi Nuh ditemui
- Polis Dibidas Tembak Remaja Sesuka Hati
- Mohd Spr pemain terbaik Piala Hulu Selangor
- Janji-janji manis BN di Hulu Selangor
- Dia bukan seperti yang disebarkan dalam akhbar
- Undi rosak = undi protes?
- Pakatan Rakyat, BN Umum Calon Pilihan Raya Kecil P...
- MCA: Gesaan MP Pasir Mas hasutan, mahu BN jauhi Pe...
- Peguam Mahu Siasatan Telus, Bukit Aman Patut Kenda...
- Adegan Kung Fu di Hulu Selangor
- Maimunah...Oh Maimunah....Video Paling Hangat
- Patut la BN menang
- Gempar Bas Terbakar
- Kakak, rakan yakin remaja ditembak polis bukan pen...
- Menanti TV-TV Yang Tidak Celaka
- Pemindahan nama pengundi: Zaid patut kalah lebih 5...
- Ugut pijak kepala tok imam
- Terpikat godaan ‘janda’ asing
- Dey Macha!!! Lihat ini analisa
- AWAS!!! PENGUNJUNG KE SEJUTA
- Video 1Bontot
- Tewas dicumbu abang kandung
- Baik Hangpa Upah Bangla Je
- Hantu mana pulak rajin dok pi tolong pangkah ni?
- EKSLUSIF : PRK Berdarah, 2 AMK di pukul, 1 cedera ...
- Politik "Dajjal" di Hulu Selangor
- 3 Adun Selangor ‘panas hati’ khabar meninggal dunia
- Haram sertai polis jika besarkan kemaluan
- BN Menang TV3suku Tersengih
- KEPUTUSAN TAK RASMI PRK HULU SELANGOR 7:30PM
- kEPUTUSAN TAK RASMI PRK HULU SELANGOR 6:30PM
- Ibu tiga anak mati ditikam suami
- Tak dapat payment ke dik?
- Altantuya: Najib sumpah lagi ketika kempen pilihan...
- Depa kata kita,depa pun gunakan kanak-kanak
- Maut jatuh apartmen elak ditangkap khalwat
- Pergaduhan Tercetus Di Batang Kali, Zuraida Ditola...
- Pantun dari SPR
- Laporan Live dari PRK Hulu Selangor
- Pilih Pemimpin Berwibawa
- Lawak Ahad: Otak Taik Ayam
- Najib terlalu angkuh dengan kehebatan nya?
- KEMPEN DAH TAMAT : Laporan Sebenar dari 2 pusat pe...
- Jaga cabul murid dalam tandas
- Keputusan TM Liga Super 24/4/10
- 65 Buah Bas Dikenalpasti Bawa Pengundi Hantu
- Siaran Langsung TM Liga Super 24/4/10
- Gambar Beng Hock 'menghantui' SPR
- 1mongolia pulak dah
- Jadi Anak Jantan,Jangan Menyorok Di belakang Zahra...
- Mi segera ganti makanan ruji dunia?
- RTM,TV3 dicabar siar secara langsung debat malam ini
- P Kamalanathan Pengundi Setia Samy Vellu?
- Keputusan TM Liga Perdana 23/4/10
- Usul Nazri gamatkan Dewan
- Apasal baju putih je ramai?
- Pelacur bawah umur buka mulut
- Anwar: Allah takdirkan 'Projek 16 Sept' tak jadi
- Betoi Ka Kamalanthan Terlibat Nak Kalungkan Kasut ...
- Wow!!! sokongan terhadap BN semakin meningkat
- Najib di Hulu Selangor, rahsia penuh poket bila ma...
- Kempen: BN layan Orang Asli sampai mabuk
- Kapal selam: Najib disuruh bercuti
- Penerbit letak jawatan, dedah ntv7 menerima aduan ...
- Malam Tadi Gua Jumpa Hantu Di Hulu Selangor...
- Tanda-tanda kiamat
- Pegawai Dan Pemain Bola Sepak Piala FA Kedah Terim...
- Nasib Adun lompat ditentukan hari ini
- UMNO Heret Anwar Ke Jawatankuasa Parlimen
- Campurtangan politik: Penerbit ntv7 letak jawatan
- Kenapa saya cadang ditiadakan pilihan raya kecil
- Tuntut bangunan Umno, Zaid tahu undang-undang
- PR menang di Hulu Selangor jika tarik undi Melayu ...
- Anwar Cabar Najib Debat Di Hulu Selangor Pasal Apco
- Perkosa rakan dalam kelas
- Poyo la mamat ni
- Tengok TV nak termuntah
- Jika Digantung Saya Akan Bongkar Lebih Banyak Rasu...
-
▼
April
(304)