Kanak-kanak sekolah yang dijanjikan roti sandwich sardin tetapi hanya dibekalkan dua keping roti dengan marjerin.
Perkara itu didedahkan dalam laporan Ketua Auditor Negara 2009 yang mendapati Rancangan Makanan Tambahan oleh kerajaan tidak menepati apa yang serpatutnya seperti yang berlaku di SK Jeroco di Lahad Datu.
Selain sardin, sandwich yang dijanjikan itu sepatutnya juga mempunyai timun, tomato dan salad, tetapi kanak-kanak itu cuma dibekalkan dengan marjerin.
Selain SK Jeroco, pembekal makanan di lima sekolah rendah yang lainj sekitar Malaysia juga didapati membekalkan kualiti makanan yang jauh lebih rendah daripada menu yang dicadangkan mengikut Rancangan Makanan Tambahan di sekolah-sekolah.
"Selepas maklum-balas daripada pakar pemakanan daripada jabatan pemakanan, Kementerian Kesihatan, kami dapati makanan daripada menu yang dibekalkan boleh menyebabkan pemakanan yang tak seimbang dan akan membantutkan perkembangan fizikal dan mental kanak-kanak,” petik laporan Ketua Audit Negara itu.
Bernilai lebih rendah
Enam lagi pembekal didapati menyediakan makanan yang langsung berbeza dengan apa yang dicadangkan dalam program itu, lazimnya makanan berkenaan bernilai lebih rendah daripada sepatutnya.
Rancangan Makanan Tambahan diperkenalkan 30 tahun lalu bagi memberi kanak-kanak kurang berkemampuan makanan percuma pada nilai RM1.80 (di Semenajung Malaysia) dan RM2.05 (di Sabah dan Sarawak).
Namun, laporan Ketua Audit Negara mendapati beberapa kontraktor terus menipu dalam pembekalan makanan kanak-kanak.
Antaranya adalah apa yang berlaku di SJK(C) Choong Hua 2 di Bidor, Perak. Pembekal makanan kantin menyediakan bungkusan mee segera kepada kanak-kanak, di mana sepatutnya mereka dibekalkan dengan bihun goreng.
Antara alasan lazim yang dikemukan oleh sekolah dan juga pembekal adalah “kesukaran mendapatkan bahan mentah, khususnya untuk sekolah di kawasan pedalaman.
Laportan Ketua Audit Negara itu juga mendedahkan kualiti makanan yang rendah di beberapa hospital.
"Dalam persampelan, kami dapati Hospital Sultan Ismail Hospital membekalkan makanan yang berkualiti rendah. Ayam gorengnya masih berdarah, manakala Hospital Besar Pulau Pinang pula menyediakan sup sayur yang mempunyai rambut di dalamnya,” petik laporan itu.
MK
Ini cerita BASI. Dah lama dah anak-anak kita disekolah ditipu oleh kerajaan. Bermula dari program susu disekolah lagi perkara ini dah berlaku. Yang double mangkoknya rakyat... dah kena tipu masih nak undi bee end.
BalasPadamNak salahkan siapa... pembekal makanan dan pengusaha kantin sekolah tertekan dengan amalan disekolah2 yang meminta sponsor bila setiap kali aktiviti sekolah dijalankan. ini tak termasuk sponsor makanan untuk guru2. Tak termasuk duit 'undertable'. Jadi mana untungnya. Terpaksalah pengusaha2 ni kurangkan mutu makanan yang dibekalkan untuk menampung margin keuntungan yang telah 'disebat' oleh pihak sekolah. Kalau tak sponsor tak dapat tender atau diberhentikan serta-merta dengan berbagai alasan. Jadi mana nak. Inilah amalan yang telah bertahun2 berlaku disekolah2. Kementerian dan jabatan bukan tak tau... mereka lebih arif sebab mereka mentekedarah duit haram tu lagi banyak... kalau tak tak kan asyik tukar silibus pembelajaran..
Yang menjadi mangsa adalah murid2... cerit-berit, terkinchit, sakit perut, keracunan dan berbagai2 lagi.. dan magsa seterusnya adalah pengusahan/pembekal. Yang kenyang mentekedarah duit haram.... biasalah.
Bila ada guru2 yang cuba bersuara menyatakan pandangan di senarai hitamkan, diugut dengan SKT dan macam2 lagi...
Masalah ini tak akan ada kesudahannya sebab amalan kotor ini masih berterusan malah telah menjadi sesuatu yang tidak salah.
Mengapa pihak sekolah perlu memaksa pihak pengusaha ini sponsor aktiviti sekolah jika peruntukan yang cukup diberikan oleh pihak pemerintah. Dengar bajet bukan main hebat.. tapi yang mentekedarah duit rakyat lagi hebat..
Sama-samalah kita fikirkan, silapnya dimana? apakah kita masih redha untuk diperintah oleh puak2 yang sesat lagi menyesatkan ini... tunggulah bala yang lebih besar akan menjelang... Insyaallah..
bn kimak!
BalasPadam