Ahad, November 14, 2010
Sepasang kekasih dicekup ketika tidur
Operasi Cegah Maksiat Masjid Al-Azim, Pandan Indah KL
PANDAN INDAH - Sepasang kekasih yang sedang lena dibuai mimpi terkejut apabila Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu di salah sebuah unit kondominium di Pandan Perdana, awal pagi semalam kerana disyaki berkhalwat.
Pegawai Masjid Al-Azim Pandan Indah, Ahmad Nawi Osman berkata, operasi kira-kira jam 3 pagi itu dilakukan setelah pihaknya menerima maklumat serta aduan orang awam.
“Setibanya di lokasi, didapati pintu rumah tidak dikunci dan keadaan ruang tamu agak gelap. Setelah lampu rumah dibuka, kami mendapati pasangan tersebut tidur di ruang tamu.
“Anggota penguat kuasa terus memperkenalkan diri setelah mengejutkan pasangan terbabit,” katanya.
Menurutnya, sebelum pihaknya menyerbu rumah dipercayai disewa teman wanita pasangan itu, pegawai Masjid Al-Azmin mendapati pintu rumah itu ditampal ‘angpow’ Tahun Baru Cina dan beberapa tanglong bertujuan bagi mengaburi jiran tetangga dan pihak penguatkuasa.
Ahmad Nawi berkata, ketika tangkapan, lelaki berkenaan tidak berbaju dan hanya berseluar pendek, manakala teman wanitanya berpakaian lengkap dan berseluar pendek.
“Pasangan terbabit dibawa ke Balai Polis Pandan Indah untuk membolehkan pihaknya membuat laporan.
“Kami hanya menjalankan tindakan di bawah Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabitkan kesalahan mereka boleh di denda sebanyak RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.
Pada masa sama, pegawai Masjid Al-Azim turut menjalankan Operasi Cegah Maksiat yang bermula pada jam 12.30 malam hingga jam 7 pagi di beberapa kawasan tumpuan seperti di Bukit Langat, Bukit Permai dan pihaknya turut memantau di beberapa kawasan sekitar taman permainan dan padang di Pandan Indah, Pandan Jaya dan Pandan Perdana dalam usaha memerangi aktiviti tidak bermoral.
“Seramai 90 remaja ditahan di dalam operasi itu di beberapa lokasi berasi- ngan, pihak kami turut berhadapan dengan beberapa remaja yang ‘keras kepala’ ketika kami melakukan operasi di Bukit Langat.
“Bagaimanapun perkara tersebut berjaya dikawal setelah kami memberi penerangan dan taklimat ringkas kepada mereka,” katanya.
Sementara itu, Ahmad Nawi berkata, pihaknya telah mengambil maklumat kesemua remaja terbabit dan mereka perlu menghadiri sesi kaunseling di Masjid Al-Azim Pandan Indah.
“Tindakan tegas akan diberikan jika mereka ingkar dan tidak menghadiri sesi kaunseling tersebut,” katanya.
Menurutnya, operasi tersebut dijalankan di bawah Seksyen 31, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabitkan kesalahan mereka boleh didenda RM1,000 atau enam bulan penjara.
“Kami tidak teragak-agak menyerahkan mereka kepada pihak Jais untuk dikenakan tindakan lanjut apabila didapati melakukan perbuatan yang sama berulang serta ingkar menghadiri sesi kaunseling tanpa memberi alasan kukuh.
”Saya berharap mereka dapat memberi kerjasama atau berhadapan tindakan tegas daripada Jais,” katanya.
SH
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE
Blog Archive
-
▼
2010
(3200)
-
▼
November
(186)
- Third party: Menteri tidak rasai kesusahan rakyat
- Mati dihempap pokok reput di Jalan Bukit Nanas
- Khalid:Raja-Raja Melayu Perlu Awasi 'Si Kitol' Mod...
- Lakukan seks 'bersaksi' mayat
- AMK - Perkasa Pelacur Murahan
- Tidak menjadi 'tuan' selepas 53 tahun
- Kemaluan Dilekat Gam
- Muhyiddin pun ajak saya balik, dakwa Mustaffa
- Mari Makan Kek
- Amaran Kit Siang Pakatan boleh hilang Selangor di ...
- BN hanya fikir selamatkan parti bukan negara
- Nurul Izzah undi tertinggi Naib Presiden PKR
- Pasangan dibelit ular ketika berzina
- Anwar: Saya tetap bertahan walaupun terus diserang...
- Harga rokok naik, perokok turut bertambah
- Nenek bernikah suami pula lari
- Lawak Ahad: Restoran
- Media arus perdana sengaja burukkan PKR
- Rela bunuh anak kerana Farmville
- Penonton Malu Mengaku Tonton Filem 2 Alam
- KERAJAAN BN ‘SEMBELIH’ RAKYAT MISKIN?
- Ibu diperkosa di depan anak gadis
- Berita yang tiada di tv3suku dan suku-sakatnya
- Maxis diminta prihatin penyebaran gambar lucah
- Aku tak percaya utusan rugi 10 juta..serius!!!
- "Saya bekas MD Harakah; mereka silap kalau nak ken...
- Hamba seks abang,kakak bongkar rahsia
- Rakyat Selangor Dijemput Iringi MB Serah Memo Pada...
- Strategi terbaru ‘Halang dan Sekat’
- KELEBIHAN UMAT NABI MUHAMMAD S.A.W
- Antara Televisyen dan Internet
- PAS buat laporan polis isu kain rentang
- Remaja lelaki dirogol 4 wanita
- Live: UAE vs JEPUN (Final Bolasepak Sukan Asia 2010)
- Live TV1 : Malaysia vs Pakistan (Final Hoki Sukan ...
- Kes liwat: Karpal ingatkan hakim ada ‘hukuman’ jik...
- Tahniah MB Selangor, Tahniah PR Selangor
- Padah Beronani Dengan Kerusi
- Projek Ternak Beruk Berkemahiran Tinggi
- Antara kebebasan media dan kebebasan berbohong
- Kemaruk Politik UMNO
- Mesti Tonton: Majalah 3
- Wanita Pemburu Air Mani
- Gaji RM22,826.65 Sebulan
- Liwat II: Anwar mohon hakim undur diri
- Boleh pandang2,Jangan pegang2
- Bumbung Parlimen bocor lagi
- Kenapa Najib nak panggil pilihanraya?
- ROS Mainkan PR
- Live: IRAN vs JEPUN (Semi Final-Bolasepak Sukan As...
- Jangan sampai rakyat naik angin
- Pekerja seks berkahwin lelaki tempatan untuk kesen...
- Lim Guan Eng telan tanah melayu pulau Pinang?
- Tabung Budi: Lesen Syabas dirampas jika langgar pe...
- Laporan pemilihan: Ada 'campurtangan serius' Anwar
- Media BN terima arahan fokus ‘gambaran positif’ ha...
- Negeri Pakatan tidak akan bersama dalam PRU 13?
- Bapa ayam 'ghaib' lacur wanita
- Nurul, Tian, Fuziah, Mansor naib presiden baru PKR
- Fitnah Anwar, siasat APCO
- Dakwa dirogol kerana mahu halang suami ke Thailand
- 6 Tahun Bernikah Tapi Masih Dara
- Parti ‘Pokko’ Dan ‘Perut’ tak layak perintah negara
- Desak DSAI Letak Jawatan Angkara Siapa?
- Lawak Ahad: Ludah letak kat kepala...(40sx)
- Daripada hidup bercerminkan bangkai ...
- Siapa nak keluar PKR, keluarlah
- Baru sekarang Umno terhegeh-hegeh ‘bela’ Melayu Pu...
- Nabil tersentak gambar cium mulut
- Nak main gitar,dia dirogol bergilir-gilir
- Upgrade Kepala Hotak (Siaran Ulangan)
- Pengkisahan Memali imbau insiden 25 tahun
- Pengacara TV wanita tawar Presiden tidurinya
- MAKAN buah pala untuk elakkan insomnia.
- Rusuk patah kereta rempuh batu
- Wajibnya Ikhlas
- Hikayat Monyet & Harimau Jadi-Jadian
- Jerat gadis tebus dosa
- Komputer riba rendahkan kualiti sperma lelaki
- Gambar bekas Permaisuri Agong tersebar di blog
- RM1.3 Trilion Wang Rakyat Dibazirkan Kerajaan BN
- Pru-13. Angka Sial Buat BN?
- Hayati pengorbanan Siti Hajar laksana amanah Allah
- Nikmat berhenti merokok
- Khutbah Idul Adha: Menolak Syari’ah Menuai Bencana
- Salam Aidil Adha
- Kumpulan Facebook Anti-Menara Warisan Anjur Jamuan...
- Beli nombor ekoq bawa anak
- Zaid Terus Mencari “Kapal” Untuk Jadi Juragan
- Upgrade Kepala Hotak
- Tuntut telefon hingga diperkosa
- Zaid Sahkan Diri Berundur
- Keputusan Bolasepak Sukan Asia 2010 (15/11/10)
- Live: Malaysia vs Iran (Bolasepak Sukan Asia 2010)
- 53 Tahun Rompak Hasil Negara, Kini Umno-BN Minta T...
- Bapa melampiaskan nafsu ke atas anak sendiri
- 'Haram' media di DUN Kedah tetap berjalan
- Nafi sumbangan negeri, Sultan Kedah dukacita
- Terima Kasih Referee Kayu
- Gimik Mustafa Kamil Tidak Menjadi...
-
▼
November
(186)
Aidil Adha bertemu lagi
BalasPadamhttp://relaxkedaikopi.blogspot.com/2010/11/haji-dan-korban-tahun-ini-bertemu-lagi.html
Salam,
BalasPadamIni pula gelagat anak melayu yang memalukan dan menjijikkan di khalayak ramai.
http://www.facebook.com/video/video.php?v=169148946448063&comments