Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Mac 20, 2011

Warga asing 'bersesak' tinggalkan Jepun


Tiket penerbangan habis dan syarikat-syarikat jet privet dibanjiri tempahan semalam kerana warga asing cuba keluar dari Jepun setelah dinasihati pemerintah negara masingmasing agar berbuat begitu.

Ini berikutan tragedi gempa bumi, tsunami dan kerosakan nuklear yang sejauh ini telah menyebabkan hingga 15,000 orang mati atau hilang, kata polis semalam.

Mesin-mesin ATM tergendala dan kemungkinan gangguan bekalan elektrik memburukkan keadaan di Tokyo, yang penduduknya semakin tertekan dan kini berebut-rebut menyimpan bekalan beras dan keperluan lain, mengurung diri dalam rumah atau memenuhi lapangan terbang dengan harapan dapat lari dari negara yang dilanda krisis berlipat ganda itu.

Di tengah-tengah kekhuatiran krisis nuklear di Jepun bertambah buruk, negara-negara seperti Britain dan Australia menasihati warga mereka supaya meninggalkan Tokyo sementara Amerika Syarikat pula telah menempah beberapa penerbangan khas.

Sedang pekerja di loji nuklear Fukushima, yang terletak 250 kilometer ke timur laut Tokyo, bertungkus lumus mengelakkan satu peleburan nuklear, orang-orang berada mengambil langkah drastik untuk melarikan diri.

Seorang pengarah urusan Jet Aviation Hongkong, Cik Iris Riesen, berkata syarikat-syarikat pesawat jet privet di wilayah China itu telah mendapat banyak sekali tempahan daripada mereka yang ingin keluar cepat dari Jepun.

'Kami dibanjiri permintaan,' katanya kepada AFP, sambil menambah satu penerbangan ulang-alik antara Hongkong dan Jepun berharga antara AS$90,000 (kira-kira $115,000) dengan AS$140,000, bergantung pada saiz pesawat.

Sedang ramai warga asing pergi ke negara Asia lain, ada berkata mereka akan meninggalkan rantau itu sama sekali.

'Saya tahu kami berada jauh dari loji nuklear itu dan saya tidak rasa terancam secara langsung, tetapi saya mahu selamat,' kata seorang ibu dua anak asal Sweden, Cik Jeanette Hoch, 37, yang baru berpindah ke Hongkong tahun lalu.

Kekhuatiran semakin meningkat di sebalik jaminan pihak berkuasa Jepun bahawa Tokyo kini tidak ada sebarang risiko, mentelah lagi di tempat lain, walaupun kebocoran radiasi di loji itu sendiri mencapai peringkat bahaya buat beberapa jam.

Jabatan Negara Amerika telah menempah penerbangan bagi warganya yang hendak meninggalkan Jepun, dan memberi kuasa kepada kakitangan kedutaannya dan keluarga mereka keluar dari negara itu, selepas pengawal nuklear Amerika mempersoal langkah-langkah keselamatan yang diambil oleh Jepun.

Seorang ahli perniagaan Perancis yang mempunyai pejabat di Jepun berkata syarikatnya sedang 'mencari-cari satu persetujuan' kerana jika syarikatnya membawa keluar kakitangan warga asing, ia harus juga membantu pekerja setempat yang turut khuatirkan keselamatan mereka.

'Terdapat satu jurang pendapat antara warga Jepun di Tokyo dengan pengurusan kumpulan ini di Perancis,' kata lelaki yang enggan dinamakan itu kepada AFP.

China telah memindahkan beriburibu warganya ke Tokyo untuk dibawa keluar Jepun. Perancis berkata ia sedang menghantar dua pesawat pemerintah bagi membawa keluar rakyatnya.

Menteri Luar Australia, Encik Kevin Rudd, berkata 'gangguan pada khidmat-khidmat asas', dan bukan hanya kebimbangan akan berlaku radiasi, yang mendorong amaran pindah oleh pemerintahnya.

Jika ramai warga asing berebut-rebut hendak keluar dari Jepun, warga tempatan pula terpaksa menghadapi kemungkinan bekalan elektrik terputus dan mesin-mesin ATM tergendala.

Orang ramai yang gelabah untuk mengeluarkan wang menyebabkan ribuan mesin ATM Mizuho Bank tergendala.

Mizuho berkata hal itu ekoran jumlah transaksi naik mendadak di beberapa cawangannya.

Amaran pemerintah bahawa bekalan elektrik mungkin terputus meningkatkan lagi tekanan ke atas rakyat yang sudah terbiasa dengan keadaan teratur dan cekap.

Angka kematian rasmi tragedi Jepun itu kini 5,457orang, sementara angka rasmi yang hilang 9,508.

Sejumlah 2,409 orang pula cedera, kata Agensi Polis Negara.

Namun laporan-laporan membayangkan angka itu mungkin naik lagi.

Datuk bandar pekan pelabuhan Ishinomaki di Miyagi berkata lewat kelmarin bahawa angka orang hilang mungkin mencapai 10,000, lapor Kyodo News. -- AFP, Reuters.

BO

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

1 ulasan:

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive