Khamis, Ogos 04, 2011
Siapa Yang Bohong??? JPN atau SPR!!!!
Berapa Ratus Ribu Mismah Di Malaysia?
PENDEDAHAN dibuat oleh sebuah portal berita yang dilabelkan pro-pembangkang oleh media taksub kepada pemerintah mengenai ‘salah teknik’ berhubung status seorang insan bernama Mismah (mungkin pendatang tanpa izin – (Pati) dari Indonesia) yang dikorek dan digali didapati dengan mudah mendapat hak kerakyatan di negara ini, telah mengaluributkan kantor Jabatan Pendaftran Negara (JPN).
Apa yang anih lagi dalam siasatan protal berita berkenaan Mismah dinaikkan taraf sebagai warganegara ini dari status sebagai penduduk tetap kepada waganegara dalam tempoh empat jam saja.
Empat jam sebelum itu (menurut pengesanan menerusi online JPN) menunjukkan Mismah adalah pemegang Mykad sebagai penduduk tetap dengan MyPR (merah) bernombor: 640704715238, tetapi empat jam kemudian telah dinaikan taraf sebagai pemegang Mykad berwarna biru sebagai warganegara Malaysia yang layak mengundi. Fantastik dan hebat sungguh sistem pendaftaran JPN negara ini.
Mungkin juga dikala portal berita berkenaan membuat penyiasatan proses mengup-gradkan penduduk tetap sedang diproses!
Paling mengejutkan lagi dia telah disahkan sebagai pengundi berdaftar di negara ini. Malahan pengesahan beliau sebagai pengundi baru masih lagi dalam edah beliau pemegang MyPR berwarna merah. Apabila beliau sudah berdaftar sebagai pengundi dalam erti kata lain Mismah akan menjadi seorang pemilih setaraf dengan warganegara asal negara ini. Inilah yang menajkubkan dan menyebabkan sesuatu yang tidak kena kepada keselamatan negara.
Hari ini Ketua Pengarah JPN, Jariah Mohd Said telah membuat penjelasan agak penjang lebar juga. Kepantasan penjelasan itu semacam pengarah itu dalam ketakutan kini seolah-olah kerja jahat dilakukan oleh jabatannya terbongkar.
Jangan main-main kalau proses berkenaan 'terlalu' salah teknik kemungkinan Jariah akan dikenakan tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Memberi atau meluluskan pendatang asing atau warganegara asing menjadi warnegara ini tanpa prosuder yang betul satu kesalahan. Satu maklumat dalaman yang sampai kepada saya memang ada kegiatan memproses pendatang haram untuk diberikan kad pengenalan dan didaftarkan sebagai pengundi.
Jariah menafikan yang taraf dan status Mismah dari pemegang kad merah kepada kad biru berubah dalam masa empat jam.
Jelasnya, Mismah telah memegang kad merah, menjadi penduduk tetap (PR) sejak 17 Julai 1982 manakala permohonannya menjadi warganegara diluluskan pada 31 januari 2011 setelah 29 tahun menjadi penduduk tetap. Jadi menurut Jariah dari catatan rekodnya adalah tidak betul kalau taraf kewargangeraan Misamah berubah dalam tempoh empat jam.
Persoalan kini siapa yang betul dan berbohong dalam hal ini. Siasatan protol berita berkenaan bersumberkan kepada online JPN sendiri dan juga online SPR yang bohong? Apakah online berbohong? Kalau portal berita itu berbohong maka tindakan tegas perlu diambil kerana apa didedahkan memalukan negara. Kejadian itu seolah-olah pentadbiran kita macam pentadbiran di zaman sebelum merdeka yang menggunakan semuanya dibuat secara manual.
Bagi memberi penjelasan berhubung perkara itu Jariah juga turut memberitahu sejak 9 April 2009 hingga 15 Julai 2011 Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang dikepalai oleh Hishamuddin Hussein telah meluluskan 29,290 orang daripada 72,334 orang pemohon untuk mendapat wargenegara ini dalam tempoh tersebut. Ini bermakna purata dalam tempoh lebih kurang dua tahun itu seramai 1,126 orang menjadi warganegara ini pada setiap bulan.
Sayang Jariah tidak mengecerkan jumlah berkenaan mengikut rupa paras atau pun ethnik para pemohon yang diterima sebagai warganegara itu. Kalau tidak kita boleh kira kaum atau ethnik mana yang ramai diterima sebagai warganegara ini. Kalau boleh beliau juga perlu perincikan mengikut ethnik atau bangsa yang memohon untuk menjadi warganegara ini daripada jumlah terbaki dari 72,334 orang itu.
Kelulusan permohonan itu menurut Jariah dibuat mengikut Perkara 19 Perlembagaan Negara di mana mereka adalah warga asing yang bermastautin di Malaysia tidak kurang 12 tahun.
Berbalik kepada kes Mismah tadi ia sungguh memalukan. Walaupun ia adalah salah teknik tetapi kejadian itu menunjukkan kelemahan sistem keselamatan kita terutama menerusi talian online. Tidak seharusnya kesilapan itu berlaku sehingga ia akan dijadikan hujah atau bukti bagi menunjukkan beberapa kepincangan dalam pentadbiran khusunya JPN dan juga SPR berlaku.
Mungkin ramai yang berfikiran seperti saya, soal teknikal atau kesilapan manusia dalam kes Mismah itu hanya alasan saja. Mungkin sesuatu yang buruk sedang berlaku dalam kedua agensi itu JPN dan SPR. Boleh jadi juga selain Mismah itu masih banyak "Mismah" di Malaysia yang sudah diproses permohonan mereka. Apa dibimbangkan apakah selepas ini akan ada pula parti MISMAH. - Malaysia Ini sudah Mahu Hancur!
Adalah sesuatu yang mendukacitakan kalau kelajuan proses terhadap Mismah-Mismah menjadi warganegara itu kemudian didaftar sebagai pengundi ia dibuat berselindung angenda tertentu yang berpaksakikan kepada nafsu amarah. Malang sungguh. Perkara ini perlu dibimbang oleh semua rakyat negara ini. Setiap dari kita perlu berjaga-jaga dan kakitangan kerajaan yang diberitanggung hendak bertanggungjawab dan kalau perlu membantah, bantahlah. Ingat masa depan negara dan bangsa.
Kita tidak menolak untuk menerima mereka yang layak untuk menjadi waranegara ini, luluslah jika mereka sudah memenuhi syarat-syrat yang ditentukan. Tetapi kalau mereka diproses hanya untuk memenuhi kehendak golongan tertentu - menjadi pengundi hantu alangkan malangnya.
Demokrasi negara kita sudah buruk dan sudah cemar. Pilihan raya kita sudah kotor dan sudah busuk. Kalau kekotoran dan kecemaran itu ditambah dengan kejadian-kejadian yang tidak sepatutnya, semisalnya mendaftarkan pendatang asing sebagai pengundi, ia sesuatu yang sungguh jijik dan satu kemalangan kepada negara ini.
Mungkin keburukan dan kejahatan lain boleh dimaafkan tetapi kalau membenarkan orang asing bagi menentukan nasib dan masa depan negara ini sungguh celaka jawabnya. Ini bermakna masa depan negara dan pemimpin kita turut ditentukan sama oleh orang luar. Apalah bezanya keadaan dengan zaman penjajah yang mencampuri semua urusan hidup kita satu masa dulu? Merdeka ini yang kita banggakan tidak membawa apa-apa makna kalau kita tetap memperhambkan kepada kuasa asing.
Dengan mengambil kes Mismah yang dianggap terpencil itu ia boleh mengesahkan beberapa perkara yang diragui dan dipertikaikan sebelum ini. Antaranya;
1. Mengesahkan memang ada pendaftaran pengundi di kalangan Pati untuk menjadi pengundi, 2. Keselamatan negara sudah tidak terjamin lagi, dan
3. JPN dan SPR sedang berganding bahu membantu ke arah kebusukan dan kekotoran.
Rumusan dari segala itu, jelas tuntutan dan desakan Bersih terhadap lapan perkara itu ada kebenarannya dan semua rakyat perlu memberi sokongan dan kerajaan pula untuk tidak makin pupus wibawaanya perlu sedar dan mengambil peduli atas desakan bersih itu.
Apapun hujan Abdul Aziz Yusuf kononnya biometerik sebagai option terbaik untuk membersihkan pilihan raya ia adalah satu helah dan dalih mentah saja dalam usaha SPR yang dianggap sebagai salah satu komponan BN untuk mempertahankan BN dalam pilihan raya ke-13 nanti.[wm.kl.10:30 am 03/08/11] - MSO
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE
Blog Archive
-
▼
2011
(1908)
-
▼
Ogos
(154)
- Terpacak
- Najib Hilang Sokongan, Rakyat Mahu Kjaan Baru
- Lihat Teks Penuh Ucapan Mat Sabu, Utuseks memandai..
- Sikit Punya Hal Tetapi Besar Kesannya
- Derita model seluar dalam
- Tahap puas hati terhadap Najib jatuh enam mata
- AIDILFITRI - Antara Ibadah dan Adat
- Pesanan Hari Raya dari Tuan Guru Nik Abd Aziz
- SALAM AIDILFITRI
- GUNA KANAK-KANAK JUAL MERCUN
- Penerbit cabul wanita diarah bayar RM9 juta
- Blogger UMPORNO salah fakta pasai tak faham Bahasa...
- KECOH!!! Ceramah politik di Masjid Alor Mengkudu
- Safiq Rahim ke Eropah
- LOKASI SPEEDTRAP SEMPENA HARI RAYA 2011
- LAWAK AHAD: OUTSTATION
- Berita 'murtad' TV3 palsu, kata NGO
- 'Burukkan' MP, TV3 Digesa Mohon Maaf
- Pemohon PR dikesan pula di daftar pemilih
- Kes Liwat II – Buat Saja Macam Filem Tamil
- Naik berahi dalam bas
- UMNO terdesak hingga tersedak
- Apa ada pada puasa ?
- Liwat Fasa 2: Anwar Ibrahim Sedang "Perangkap" Naj...
- Ketua Wanita KEADILAN Bukit Gelugor peluk Islam
- Garuda Periksa Payudara Calon Pramugari
- Bukan anak kite je mati andeh!
- Wartawan TV3 dakwa kena gangguan seksual
- Mengapa Hujah SPR Ada Kepincangan?
- Najib, Rosmah Akan Beri Keterangan Di Mahkamah
- 4 hari kurung kekasih suami
- Solat Dalam Keadaan Mengantuk
- Lebih ramai Melayu sertai DAP, makin susah UMNO ma...
- PENGARAH JPN BERKEMPEN UNTUK BN?
- POLIS GUNA PATUNG MONYET
- Tungging terbalik Najib untuk kekal berkuasa
- BAPA TOLAK 3 ANAK KE DALAM KOLAM
- ARTIS KOMEDI NEGARA DIGILAI WANITA?
- Lawak yg kena keluaq modai
- Umno Semakin Hilang Punca,Saat Terbaik Tawan Putra...
- PAS akan dedah bukti, Umno main peranan operasi Jais
- Anwar kemuka bukti dakwaan Saiful palsu, jalin hub...
- LAGI BLOG BERTUKAR MENJADI LUCAH (U)
- Harga barang naik tapi kerajaan boros
- Jari Kaki Saya Pun Ketawa Dengar SPR Kata Kesilapa...
- Penemuan 50 kubur dalam hutan
- PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT JGN TIDOQ!!!
- TANDA-TANDA KECIL NAK PILIHANRAYA
- LAGI BLOG BERTUKAR MENJADI LUCAH
- UMNO dah mula retak?
- Maut kena petir waktu guna telefon
- LAWAK AHAD: BUDAK DI DALAM
- Tak Ada Makna Umum Laksana Reformasi Kalau Tidak D...
- Wanita dakwa dicabul 11 polis
- Sidang DUN Perak Seperti Main-Main
- Lima Polis Didakwa Rompak Warga Bangladesh
- How to use your Samsung Galaxy S2 as a portable Wi...
- LINK BACAAN AL-QURAN DAN TERJEMAHAN
- MALAYSIA TANAH AYAQ KU
- PATUTLA BN DOK MENANG SELAMA NI...KAH! KAH! KAH!
- Rasullulah SAW Pengsan Dengar Siksaan Neraka
- Wawancara di TV3: Hakim mesti bertindak, kata Karpal
- Kes Qazaf - Anwar di Mahkamah Syariah Tolak wakil ...
- 3 beranak maut nahas selepas beli baju raya
- Dipenjara rakam wanita buang air kecil
- Kes Fitnah Liwat II : Bekas IGP Juga Enggan Jadi S...
- PENGAKUAN BBC bakal talkinkan umno apco.. kah kah kah
- Lebih banyak penyelewengan Felcra akan didedah
- Dakwa dibogelkan, ahli PSM serah memo ke Bukit Aman
- APA KEJADAH BERPAKAIAN SEKSI DEPAN MASJID?
- PKR Dakwa Ada Bukti BN Seludup Pengundi
- VIDEO: POLIS CARI MAKAN
- Sejarah Nuzul al-Quran
- Imam kecewa selepas ditangkap dalam BERSIH
- Zaman tipu lembu berkaca mata hijau sudah berlalu
- Talian hayat Umno terlondeh satu persatu
- BLOG POLITIK BERTUKAR JADI BLOG LUCAH
- Bongkarr..Maklumat "Dalaman" JAIS,Umno Terlibat..?...
- Pemimpin Umno BN takut bahas, sidang DUN Perak cum...
- LAWAK ANTARABANGSA; MCA DAN GERAKAN DAH TAK RELEVE...
- Jawapan SPR macam Pak Pandir
- Di London Rakyat Mengamuk. Di Malaysia Polis Yang ...
- BERSIH 2.0: SAPA2 YANG TAK DAPAT RM50 SILA TANYA R...
- Panas!! Cara SPR Membantu BN Menipu
- LIN DAN TEWASKAN LIM CHONG WEI
- Zahid Hamidi Jahil hukum agama ?
- Isu larang guna mikrofon baca al-Quran, Zahid Hami...
- LAWAK AHAD: KISAH DUIT UNTUK RENUNGAN SEMUA
- BN tak tahu beza rusuhan, himpunan aman
- Blog Webmarhaen Melucah Di Bulan Posa?
- Campak kaki bapa luar rumah
- Jangan sempitkan Islam dengan politik kaum
- Bekas komando TUDM pula dedah penipuan undi pos
- Kemaruk Seks: Belasah isteri waktu sahur
- Simbah asid selepas perkosa
- Gerakan Cegah Murtad ditubuh
- Belum Ada Petunjuk Bila Boleh Temubual Najib, Rosm...
- Banduan penjara di Kelantan dakwa dibogelkan
- Kelebihan Bersahur
- PM ada 11 pegawai media mengejutkan
-
▼
Ogos
(154)
Dua-dua berlidahkan syaitan amno. Marilah kita beramai2 berdoa kehadrat Allah S.W.T dibulan yang anat nukia ini semoga negara kita dan anak cucu kita dilindungi dari musibah pengkhianatan pemimpin kita sendiri. "Ya Allah Tuhan Yang Maha besar Dan maha Gagah Perkasa, kami hamba-hamba Mu yang lemah ini berlindung dengan Mu dari segala pengkhianatan dan kezaliman pemerintah kami yang jahat dan zalim. Selamatkanlah negara kami dan anak cucu kami serta hamba rakyat yang tidak berdosa dari kezaliman pemimpin-pemimpin dikalangan kami. Kami bermohon Ya Allah agar ditimpakan balasan yang setimpal dengan pengkhianatan mereka dan mereka yang bersubahat melakukan pengkhianatan ini agar menjadi pengajaran. Ya Allah gantikanlah kami dengan pemerintah yang baik dan adil serta pemerintah yang menjaga Agama Mu agar mudah untuk kami mentaati Mu Ya Allah.
BalasPadamDiatas keberkatan bulan yang mulia ini dan diatas ibadah puasa kami hamba rakyat yang teraniaya dan anak-anak kecil yang tidak berdosa, kami memohon agar dimakbulkan doa kami Ya Allah. Hanya Engkaulah sebaik-baik pemberi pertolongan dan pemberi pembalasan