
Yayasan Warisan Johor iktiraf Mat Indera
Saya  tidak perlu membuat rujukan daripada pelbagai sumber untuk  membuat  pendirian bahawa Mat Indera ialah seorang pejuang kemerdekaan,  seperti  yang disebutkan oleh Mat Sabu. Saya hanya merujuk kepada buku  biografi  Pengukir Nama Johor yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor  pada  tahun 2004. Di dalam buku ini terdapat 22 biografi ringkas  tokoh-tokoh  ternama Johor dan salah seorang daripadanya ialah Mat Indera  sendiri. 
 Jangan tak percaya, Yayasan Warisan Johor  meletakkan nama Mat  Indera sebaris dengan Almarhum Sultan Ismail dan  Tun Sulaiman Ninam  Shah, bekas pengerusi tetap UMNO. Malah foto Mat  Indera juga menjadi  sebahagian daripada kulit hadapan buku ini. Buku  ini adalah hasil karya  pelbagai penulis, tetapi biografi Mat Indera  ditulis oleh Ismail Adnan,  bekas guru kanan yang pernah menjadi  Timbalan Pengarah, Institut  Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato' Onn.  Buku ini juga telah disunting  oleh Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid,  bekas Profesor di Jabatan  Pengajian Media, Universiti Malaya dan Md  Ismail Zamzam, Tokoh Guru  Berjasa Johor 2002. Prakata buku ini pula  ialah daripada Menteri Besar  Johor sendiri, Dato' Abdul Ghani Othman.  Pendek kata, penerbitan buku  ini mendapat restu kerajaan Johor. Nah,  saya tak pasti adakah selepas  ini nama-nama ini pula akan dilabelkan  sebagai pengkhianat tetapi  merekalah yang bertanggungjawab mengangkat  ketokohan Mat Indera sebagai  pejuang kemerdekaan.
 Siapa Mat Indera
Mat  Indera, atau Ahmad bin Indera lahir di Kampung Gombak, Peserai,  Batu  Pahat, Johor pada tahun 1920. Beliau pernah bertugas sebagai guru  agama  di Parit Setongkat, Muar pada tahun 1937. Diceritakan juga Mat  Indera  pernah berguru dengan Haji Yassin, ayah kepada Tan Sri Muhyiddin  Yassin  yang menggesa Mat Sabu supaya bertaqwa baru-baru ini. Di dalam   peperiksaan Darjah Khas untuk guru-guru agama, Mat Indera pernah   menerima anugerah butang perak daripada kerajaan Johor di atas   kecemerlangannya di dalam peperiksaan tersebut. Selepas lulus   peperiksaan Darjah Khas, beliau bertugas di Sekolah Agama Bandar Pontian   sebagai guru agama.
 Sewaktu pendudukan Jepun, Mat  Indera bekerja sebagai peniaga beras.  Setelah British kembali, Mat  Indera bertugas pula sebagai ketua  pengangkut beras di Pelabuhan Muar.  Di waktu inilah Mat Indera  membabitkan diri di dalam perjuangan  menuntut kemerdekaan. Pada awalnya,  Mat Indera dilantik menjadi  Setiausaha Angkatan Pemuda Insaf (API)  daerah Muar sewaktu API dipimpin  oleh Ahmad Boestamam. Ketika British  menguatkuasakan undang-undang  darurat pada tahun 1948, semua parti  politik berhaluan kiri diharamkan,  termasuklah API (UMNO masih halal  ketika ini dan hanya pernah haram  sekali sahaja pada tahun 1988). Secara  tidak langsung, Mat Indera  menjadi buruan penjajah British. Oleh kerana  hanya komunis sahaja yang  berjuang menentang British di dalam hutan,  tidak dapat tidak Mat Indera  terpaksa menjalinkan hubungan dengan  komunis. 
 Tindakan Mat Indera bersatu tenaga dengan  komunis mencetuskan  kemarahan British yang menawarkan hadiah sebanyak  $25,000.00 kepada  sesiapa yang berjaya menangkap Mat Indera. Ibu bapa  Mat Indera, adiknya  Johan Shah serta datuk dan nenek Mat Indera  terpaksa keluar masuk  penjara selama beberapa bulan kerana disoal  siasat oleh pihak British,  namun Mat Indera masih gagal diberkas oleh  penjajah.
 Mat Indera dan Bukit Kepong
Peranan  Mat Indera di dalam tragedi Bukit Kepong juga hangat  diperdebatkan.  Banyak teori yang dikemukakan, ada yang mengiyakan, tapi  tak kurang  juga yang menafikan. Namun hampir kesemuanya bersetuju Mat  Indera  terbabit secara langsung menyerang Rumah Pasung Bukit Kepong.  Misalnya,  anggota polis marin yang terselamat di dalam tragedi itu, Abu  Bakar  Daud menafikan bahawa Mat Indera turut menyerang anggota polis,   sebaliknya Mat Indera melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota   polis daripada menjadi mangsa pihak komunis. 
 Seorang komunis Melayu,   Shahran Abdul Ghani yang pernah aktif di kawasan Yong Peng mengesahkan   bahawa serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong diarahkan oleh Mat   Indera. Adik Mat Indera, Johan Shah pula mendedahkan bahawa abangnya   mengaku bahawa beliau (Mat Indera) bertanggungjawab mengarahkan serangan   ke atas Rumah Pasung Bukit Kepong tetapi tidaklah sehingga ke tahap   membunuh dan membakar balai polis. Apa yang berlaku ialah orang-orang   bawahannya yang berbangsa Cina telah melanggar arahan Mat Indera dan   membuat pakatan rahsia tanpa pengetahuan Mat Indera.
 Apa pun peranan sebenar Mat Indera dalam  tragedi Bukit Kepong itu,  pihak British telah melabelkan Mat Indera  sebagai pengganas dan tawaran  dinaikkan kepada $75,000.00 untuk sesiapa  yang berjaya menangkap Mat  Indera. Rancangan demi rancangan diatur,  akhirnya pada 1952, Mat Indera  tertangkap setelah diperdayakan oleh  rakan yang dipercayai olehnya.  Beberapa pemimpin Melayu, antaranya Kadi  Haji Ahmad Shah Haji Abdul  Jabar cuba memujuk Mat Indera supaya  bertolak ansur dengan penjajah  sewaktu perbicaraan di mahkamah untuk  melepaskan diri daripada hukuman  mati, tetapi semua ini ditolak oleh  Mat Indera. Akhirnya, Mat Indera  didapati bersalah dan dihukum gantung  sampai mati pada 30 Januari 1953.
 Tafsiran sejarah bukannya pengkhianatan
Buku  ini turut memuatkan biografi tokoh yang terlibat secara langsung   menangkap Mat Indera iaitu Bajuri Haji Siraj atau Sarjan Bajuri. Beliau   merupakan pegawai yang terlibat untuk memberkas Mat Indera dan menerima   habuan $75,000.00 seperti yang ditawarkan oleh pihak British. Beliau   pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Pontian dan pernah   bertanding sebagai calon bebas setelah tidak terpilih sebagai calon   Perikatan di dalam pilihanraya kecil Dun Pontian Kecil pada tahun 1961.
 Di bahagian Pendahuluan buku  ini, Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid  menyifatkan bahawa kedua-dua  versi cerita (Mat Indera dan Sarjan Bajuri)  merupakan subjek yang amat  menarik untuk terus diperbincangkan dan  dibuat kajian lebih lanjut. Ada  yang menganggap Mat Indera sebagai wira  dan ada pula yang menganggap  Sarjan Bajuri sebagai wira. Menurut beliau,  sejarah ialah apa yang  ditafsirkan dan dikemukakan oleh para sejarawan  berdasarkan bukti yang  mereka dapati. Katanya lagi, "proses pembuktian  dan pentafsiran ini  berjalan terus menerus tanpa henti selagi manusia  mampu menggali dan  berfikir untuk mencari 'kebenaran'".
 Kebenaran inilah yang dicari oleh setiap  pengkaji sejarah. Apa yang  dipohon oleh Mat Sabu ialah pihak parti  pemerintah memberikan gambaran  yang seadil-adilnya kepada para pejuang  kemerdekaan dan tidak hanya  memberi fokus kepada UMNO sahaja. Golongan  kiri, golongan alim ulama'  dan golongan yang "bukan UMNO" turut  terbabit memperjuangkan  kemerdekaan, hatta Dato' Onn Jaafar yang pernah  dicop oleh UMNO sebagai  boneka British juga turut berhasrat  memperjuangkan kemerdekaan.  Berikanlah kepada mereka penghormatan yang  sewajarnya berdasarkan neraca  intelek, bukan bidasan jelik. Tidak dapat  difahami mengapa tafsiran  sejarah yang berbeza berasaskan hujah-hujah  akademik boleh dilabel  sebagai pengkhianatan, petualang dan entah  apa-apa lagi.
 Rasional bukan emosi
Apabila  seorang tokoh politik seperti Mat Sabu memberi tafsiran  sejarahnya  (yang bukannya tiada asas), mengapa reaksi-reaksi yang timbul  langsung  tidak ilmiah malah disulami kecaman demi kecaman yang penuh  emosi?  Berfikirlah secara rasional dan selak kembali lembaran-lembaran  sejarah  yang mungkin kita terlepas pandang.
 Bacalah biografi Mat Indera di  dalam buku ini, betapa keperibadian  Mat Indera disanjung. Latar  belakangnya juga mengagumkan. Secara jelas  Ismail Adnan menukilkan  bahawa "Pihak Inggeris telah berjaya  mempengaruhi pemikiran rakyat  Tanah Melayu bahawa seorang manusia Melayu  beragama Islam yang kuat  pegangan agamanya bernama Mat Indera itu  adalah seorang penderhaka  kepada negara, membelakangkan ajaran agama  Islam serta menjadi  pengganas komunis yang kejam dan tidak  berperikemanusiaan". Di akhir  biografi ringkas Mat Indera, penulis ada  menyebut "Adakah Mat Indera  seorang petualang atau pejuang? 
 ...Dia tidak  mempunyai kepentingan  peribadi. Dia juga tidak mempunyai niat jahat  terhadap bangsa dan  negaranya. Dia rela mempertaruhkan nyawanya demi  memperjuangkan hak  kedaulatan sebuah negara yang terbelenggu oleh rantai  penjajahan.  Justeru Mat Indera sewajarnya diabadikan namanya sebagai  seorang  pejuang, bukan seorang petualang". Kenyataan ini saja sudah  membuatkan  saya tertanya-tanya, adakah Yayasan Warisan Johor juga mahu  menjadi  pengkhianat seperti Mat Sabu? Bilakah pula agaknya Utusan  Malaysia  ingin mengisytiharkan Yayasan Warisan Johor sebagai  pengkhianat ?   yusofembongKONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK
 
apa plak geng tue nak cakap...depa nie semakin putar belit aku nampak..
BalasPadamEntri Terhangat!! :
Oh Kemaluan Wanita Dan Onani!!
HOT!!Apa Kata Artis Kita Tentang Aurat!!
bila tanya bekas kominis melayu dorang kata, kalo jumpa askar melayu dorang bla je takmau bertempur pon.. dan kalo baca crita prajurit melayu yang dibukukan oleh tentera kita memang kebanyakan pertempuran berlaku dengan komunis cina bukannya sayap regimen melayu komunis tu
BalasPadam