Isnin, Disember 26, 2011
BAKAL PENGANTIN KENA CEKUP
LEDANG – “Saya tak nak perkara ini heboh dan kami akan kahwin bulan depan.”
Itu permintaan seorang lelaki apabila dicekup berkhalwat bersama tunangnya oleh Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Ledang (PPADL) dalam sebuah hotel di sini, awal pagi semalam.
Lelaki berusia 27 tahun dan pasangannya berusia 24 tahun ditahan dalam serbuan kira-kira jam 2 pagi itu, ketika sedang berdua-duaan dalam bilik di sebuah hotel.
Lelaki itu mendakwa, dia berada di bilik hotel tersebut sekadar untuk menemani tunangnya dan akan pulang ke rumah ibunya di Sagil sebaik sahaja hujan berhenti.
“Tunang saya tiba dari Masai kira-kira jam 5.30 petang dan dia datang ke sini kerana mahu menghadiri majlis pertunangan adik perempuan saya hari ini (semalam).
“Saya bawa dia ke hotel ini kerana dia tidak mahu tidur di rumah ibu saya disebabkan malu dengan ahli keluarga yang lain,” katanya ketika disoal siasat penguat kuasa yang turut disertai Sinar Harian.
Mereka sudah bertunang sejak setahun lalu dan bakal mendirikan rumah tangga pada Januari tahun depan.
“Sementara menunggu hujan teduh, saya tertidur dan tidak sangka penguat kuasa akan memeriksa bilik ini,” katanya.
Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, berdasarkan aduan orang awam, sepasukan anggota yang diketuai Pegawai Penguat Kuasa, Mohd Zainal Kadiran memeriksa hotel berkenaan.
Menurutnya, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang lelaki berbaju T dan berseluar pendek membuka pintu.
“PPADL terpaksa menunggu hampir 15 minit sebelum lelaki berkenaan membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dijalankan.
“Pemeriksaan lanjut menemui seorang wanita memakai baju-T dan berseluar sedang bersembunyi di sebalik langsir bilik hotel berkenaan” katanya kepada Sinar Harian.
Katanya, pasangan itu kemudiannya ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri.
“Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke Pejabat Agama untuk siasatan lanjut dan dijamin dengan jaminan keluarga masing-masing,” katanya.
Katanya, mereka ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
SH
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE
Blog Archive
-
▼
2011
(1908)
-
▼
Disember
(120)
- PESTA KONDOM TAHUN BARU 2012
- “Reezal Merican ugut saya, keluarga…” – Adam Adli
- Berita Pelik: Ahli perniagaan hadapi tuduhan menip...
- Pakatan cat flat RM360 ribu, PM janji RM1.2 juta
- MPAJ TAK TAU ADA TARIAN TIANG YANG GHAIRAH DI PAND...
- SHAHRIZAT UGUT DEDAH SKANDAL BN LAIN?
- JAGA 7 SUNNAH RASUL
- BERITA GEMBIRA UNTUK RAKYAT: KEDAH LUPUS HUTANG PI...
- Jamil perlu tampil beri penjelasan isu penyalahgun...
- PARLIMEN BUBAR 17 FEBRUARI, PENGUNDIAN 11 MAC 2012?
- GADIS TEMPATAN DIMANDIKAN OLEH LELAKI NIGERIA (Eks...
- MAMAT SEKOQ NI HANGPA TAK MAU LUDAH??
- Video pembongkaran aset NFC di Singapura
- BERASMARA DI DALAM BILIK MANDI MASJID
- TERIMA SOGOKAN RM100,000 SEBULAN?
- Tawar gaji RM6,000 tonton aksi onani
- PANAS!!! AHLI POLITIK DITANGKAP KHALWAT
- RISALAH LUCAH ANWAR-SAIFUDDIN DI UITM
- Pegawai polis kena tetak ketika serah saman
- KISAH GHAIB MEROBOH STRUKTUR AYAH PIN
- BAKAL PENGANTIN KENA CEKUP
- Siapa pula selepas Khir Toyo?
- Penuntut UITM Rentung
- Tidak tahan diganggu hantu Kak Limah
- Misteri pertikaman lidah Hasan-Mustafa
- TIDURI ISTERI KAWAN
- GADIS DICEKUP BERKEMBAN DENGAN MAT INDON
- LAWAK AHAD: PELACUR
- Utusan bohong lagi, fitnah mahasiswa pula
- SAMUN RM20 PENJARA 36 BULAN,SAMUN RM3 JUTA PENJARA...
- Wanita Ini Mempunyai 2 Kemaluan Dan 2 Rahim
- ANTARA TURUN GAMBAR DAN KENCING GAMBAR
- Juara Dunia Onani – 9 Jam 58 Minit!
- Garis Panduan Pelaburan Emas - Majlis Fatwa Kebang...
- TUAN LEMBU BILA NAK TANGKAP BEB?
- Gambar lucah Adam Adli? Disebar pencacai UMPORNO..
- Sewa bilik RM50 untuk maksiat
- KHAIRY GAGAL HALANG SAMAN FITNAH ANWAR
- DEMONSTRASI MEMAKI PINTU PAGAR UPSI
- NFC BELI KONDO MEWAH DI SINGAPURA?
- PERTANDINGAN MELUDAH KEBANGSAAN
- PANGLIMA LUDAH KENA EJEK
- ADUN DAP Bukit Gasing meninggal dunia
- SURAT BUAT ABANG LUDAH
- BAJET TEMBERANG KERAJAAN
- BIL AIR 20 SEN..?
- GENGSTER LEMBU PALING TAKSUB DI DUNIA
- Ajal dalam van jenazah
- Skandal NFC: Dua Lot Tanah di Putrajaya Belum Tuka...
- Pembongkaran Mahathir Fitnah Anwar Tentang IMF
- SELAPUT DARA TIRUAN
- VIDEO OF THE YEAR GENG LEMBU
- Umno joli duit KWSP
- PKR dedah pautan bantuan Bank Dunia pada Dr M
- VIDEO PANGLIMA LUDAH UMNO MENGAMUK !!!!
- GAMBAR PONTIANAK KULIM HITECH
- LAWAK AHAD: TALIAN BANTUAN
- UMNO NAK BERKOPIAH PUTIH KAH! KAH! KAH!
- Remaja Dipaksa MELACUR Seminggu
- BUDAK KECIK TAKUT HANTU KUBOQ
- Acara Mr.Muscle Beach di Melaka mencemar agama dan...
- Terkejut rakam wajah misteri
- 6 Sifat Perempuan Yang Menjijikkan
- GUA CHAT DENGAN PUTERI UMNO
- Mat sabu beri laluan kpd Umno untuk ceramah Di pen...
- MAAF INI BUKAN FILEM PORNO KELUARAN UMPORNO
- Pencuri Wanita Dibogel dan Dimalukan Depan Khalayak
- Berasmara dalam relung air
- KAKI FITNAH KENA BAYAQ SAMAN LAGI
- 15 siswa ditahan di KL Sentral
- Parti goyang Tekno Batam di Melaka
- NGO desak Taib dan keluarga ditangkap
- Najib dicabar bertanding di kerusi 1Malaysia
- GAMBAR BANJIR DI KL PETANG TADI
- Hanya satu masjid?.. bunyi pulak dah...
- Gambaran Saiz Baju Nabi Adam
- Skandal NFC: Dedah agenda Muhyiddin guling Najib?
- REMIX NAJIB FT NG YEN YEN
- Tragedi NFC: Muhyiddin tak layak jadi PM
- SAAT SAYA MULA SOKONG ANWAR DAN KENAPA ANWAR PERLU...
- Video Penceramah UMNO Diserang 'Sawan'?
- INI TAK ADIL...GUA PUN NAK NAIK KAPAL SELAM BEB
- Apa rahsia blogger pro-UMNO naik kapal selam?
- Contohi semangat 'Angry Birds', lawan kezaliman
- Jatuh sakit selepas gigit testis biri-biri
- LAWAK AHAD: SAINTIS KATAK
- Gempar langsuir bertenggek
- SAKSIKAN PUAK-PUAK JAHIL MENGHINA HUDUD
- Kenapa Shahrizat agih RM2 juta melalui BN?
- GERHANA BULAN PENUH
- KENYATAAN ABU
- Lelaki bogel berjalan di atas palang jambatan
- Aku sedang diperhatikan oleh Allah
- Sidang Media Serentak di Seluruh Negara - Pelancar...
- KISAH KENA SEMBELIH DI LEBUHRAYA PLUS
- Misteri huruf V di kota Nabi Daud
- Syabas tarik balik saman terhadap MB Selangor
- LEMBU PUN BOLEH MENGUNDI KAH! KAH! KAH!
- Soi Lek dituntut minta maaf
- Jogging sambil curi coli
-
▼
Disember
(120)
Hang tangkaplah berjuta pasangan sekali pun....anak luar nikah dah berjuta di Malaysia nih...Baik tangkaplah yang wat maksiat terang-terangan di khalayak ramai yang boleh merangsang couple2 buat onar...bukan buka pekung dan war-warkan di media macam nih....cover aib sesama muslim tu lebih baik...Akan tetapi cegah maksiat yang dikhalayak tu lebih utama utk cover keindahan dan kemuliaan Islam. - Aku yang cetek ilmu.
BalasPadamitu yg kita nak buat hudud bagi pesalah zina & mukaddimah zina...
BalasPadamKelakar2. Tangkap org yg berkhalwat ok je cuma antara org yg ditangkap dgn yg menangkap je la,tk perlu heboh2,tu kan membuka aib diorg. Lg satu seperti kata tanpa nama,nk tangkap yg buat terang2 pun lg memalukan Islam sbb nnt depa kata tu-artis,filem,drama-adalah contoh terbesar nk buat maksiat. So that's it.
BalasPadamHiburan mungkin tkde zina tp mukaddimah zina terlalu byk. Pdhal dlm Alquran Allah kata لا تقربوا الزنا
BalasPadamJgn kamu DEKATI zina.
yang buat maksiat dan difilemkan tu yg kena tangkap dulu baru ada akai..
BalasPadam