Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Februari 29, 2012

NFCorp terlibat perniagaan pasaraya mewah di Singapura



(Oleh: Sidiqin Omar)


 


PETALING JAYA 28 Feb: KEADILAN hari ini mendedahkan National Feedlot Corporation(NFCorp) turut terlibat dalam perniagaan pasaraya mewah di Singapura, selain tiga buah restoran dan pelaburan RM44 juta kondominium di republik itu.


Menurut Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli, perniagaan itu dikendalikan syarikat Farmhouse Supermarkets Pte Ltd yang dimiliki suami Datuk Seri Shahrizat Jalil – Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan dua anak mereka, Wan Shahinur Izram Salleh dan Wan Izrarana Fatimah Zabedah.


Siasatannya mendapati Farmhouse Supermarkets Pte Ltd menjadi penyewa utama kepada kompleks pasaraya mewah Star Vista, di kawasan elit berdekatan Nanyang Technology University.


“Pasaraya yang diusahakan oleh Farmhouse Supermarkets Pte Ltd ini dijangka mula beroperasi dalam suku ketiga tahun ini, apabila kompleks Star Vista siap,” jelas beliau dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini.


Syarikat itu juga, katanya, telah menandatangani perjanjian sewaan dengan pemaju, CapitalMalls bagi 28 unit ruang kedai di kompleks tersebut.


Sewa ruang kedai yang setiap satu berkeluasan 3,000 meter persegi itu dianggar mencecah S$900,000 sebulan atau RM2.2 juta, mengikut harga pasaran semasa.


“Sudah tentu perniagaan pasaraya ini akan dibiayai oleh dana awam yang disalurkan bagi tujuan penternakan lembu seperti yang dimandatkan oleh NFC, seperti yang berlaku di dalam pembelian-pembelian aset mewah lain sebelum ini,” tegasnya.


Sehubungan itu, katanya, KEADILAN mendesak NFC menjelaskan komitmen kewangan yang telah dibuat melalui Farmhouse Supermarkets Pte Ltd, termasuk perjanjian sewaan yang telah dimeterai.


“Tindakan tegas perlu dilakukan segera untuk merampas kembali kesemua dana yang telah diselewengkan secepat mungkin dan mendakwa individu terbabit di mahkamah atas tuduhan pecah amanah dan jenayah perdagangan.


“Jika ini tidak berlaku dalam minggu ini, KEADILAN akan melakukan pendedahan setiap minggu hinggalah Dewan Rakyat bersidang pertengahan bulan Mac ini,” tegas beliau.

-KD



KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive