 Persetujuan   kabinet Najib untuk mewujudkan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) mengenai  Lynas    menjelaskan bahawa projek mengeluarkan nadir bumi (Lynas)  di Gebeng,  Pahang itu  bermasalah. Kalau   tidak ada masalah dan selamat, untuk apa jawatankuasa khas   untuk  menilai tahap keselamatannya lagi? Jadi munasabahlah kalau  kumpulan hak  asasi manusia dan oposisi menentang  projek berkenaan  kerana dikatakan  tidak selamat kepada manusia dan alam  sekitar. Najib  dalam mengulas penubuhan jawatankuasa itu berkata ianya perlu  untuk  mendapat pandangan umum berhubung projek berkenaan. Peliknya di  sini  kenapa jawatankuasa atau kepedulian itu dibuat setelah projek itu  sudah  bermula. Jawatankuasa  PSC itu dianggotai sembilan  anggota itu yang terdiri   daripada empat  wakil dari Barisan Nasional,  tiga daripada pembangkang  dan seorang  anggota bebas, akan diketuai  Menteri Pengajian Tinggi  Khaled Nordin  demikian menurut Nazri Aziz. Dengan  wujudnya jawatan kuasa itu dakwaan sesetengah pakar "mulut  renyuk"  memberi jaminan dari segi profesional mereka projek itu selamat  termasuk  seorang pakar dari Pas tidak boleh dipakai lagi. Orang juga akan mempersoal sejauh manakah wibawa pakar-pakar berkenaan. Walaupun   PSC kata Najib tidak boleh membuat kata putus berhubung  projek itu   tetapi moral ianya telah merosakkan imej kerajaan sendiri.  Walaupun PSC   tidak mempunyai kuasa mutlak untuk menutup tetapi  perjuangan para anti   Lynas dikira sudah berjaya apabila kerajaan  sendiri meragui akan  keselamatannya. Sudah lama terpampang dalam benak saya  kenapa bersungguh benar  kerajaan hendak bangun projek berkenaan? Apakah  wang pelancar untuk  projek berkenaan sudah pun diambil? Baik kerajaan  menjelaskan saja yang  mereka telah terperangkap pihak tertentu dengan  projek berkenaan. Teringat kata Daim Zainuddin UBN tidak  perlu adakan 'stok BN'  atau 'stok Umno" untuk cari dana pilihan raya.  Parti itu katanya ada  cara dan sumber sendiri. Apakah salah satu  sumbernya komisyen  itu. sumber

  Tubuh PSC Isu Lynas Hanya Gimik Pilihan Raya 
 Sebelum itu di Kuantan, Kepimpinan Himpunan Hijau berpendapat penubuhan Jawatankuasa  Khas Parlimen (PSC) mengenai Lynas seperti diumumkan Menteri di Jabatan  Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz semalam adalah tidak perlu. Pengerusinya, Wong Tack (foto) berkata, penubuhan PSC dianggap satu gimik  untuk mengheret isu itu sehingga selesai pilihan raya akan datang. Menurutnya, jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berpegang  kepada moto ‘rakyat didahulukan’, sekarang adalah masa sesuai untuk  beliau berdiri dan membuat keputusan kerana rakyat sudah menyatakan  pendirian jelas berhubung isu Lynas yang berlanjutan hingga setahun itu. “Kita tahu Lynas dibenarkan beroperasi di negara ini disebabkan  berlakunya kelemahan undang-undang alam sekitar, selain kemungkinan  wujudnya amalan rasuah. “Kenapa baru sekarang jawatankuasa itu ditubuhkan, sedangkan semua  fakta dikemukakan dengan jelas sebelum ini. Manakala, rakyat juga sudah  membuat keputusan untuk menolak projek tersebut,” katanya dalam satu  kenyataan, kelmarin. Wong Tack berkata, tindakan itu menunjukkan kerajaan masih tidak  mengambil berat mengenai isu yang membimbangkan rakyat selama ini. “Ia juga menunjukkan kerajaan gagal menjalankan tugas mereka untuk melindungi kesejahteraan rakyat dan negara,” katanya. Beliau berkata, berapa lama lagi kerajaan mahu melihat rakyat terus  dibelenggu kebimbangan berhubung isu itu dan apa lagi yang rakyat perlu  lakukan sehingga mereka boleh ‘didahulukan’. Menurutnya, hanya satu perkara rakyat mahu Perdana Menteri lakukan  iaitu tampil membuat kenyataan bahawa Lynas perlu keluar dari negara  ini.

Surat "Stop Work Of Order" Perlulah Di Keluarkan
  Satu surat "stop work of order" untuk memberhentikan segala operasi  membabitkan kilang pemprosesan nadir bumi Lynas perlu dikeluarkan supaya  Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) yang bakal diusulkan esok dapat  melaksanakan tugas mereka. Itu syarat diberikan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh (foto) sebelum  bersetuju dengan penubuhan jawatankuasa itu yang bakal disertai empat  wakil Barisan Nasional (BN), tiga wakil Pakatan Rakyat (PR) dan satu  wakil Bebas. Menurutnya, tindakan itu bertujuan memastikan kajian membabitkan  operasi kilang tersebut di kawasan perindustrian Gebeng  berlangsung tanpa gangguan. “Sebarang aktiviti berkaitan ataupun operasi kilang tersebut perlu dibekukan buat sementara waktu. “Tidak guna mengadakan kajian jika segala operasinya masih berjalan seperti biasa,” katanya. Fuziah berkata, kerajaan juga perlu memberikan ‘term of reference’  iaitu rujukan buat ahli jawatankuasa membabitkan aspek tempoh kajian,  tugasan dan laporan yang perlu disediakan. Ditanya adakah penubuhan jawatankuasa itu menunjukkan kerajaan takut  dengan desakan rakyat, Fuziah menafikan sebaliknya tekanan dalaman  memaksa kerajaan bertindak sedemikian.“Sebenarnya, ia adalah desakan komponen BN sendiri iaitu MCA yang semakin tenggelam dan kehilangan sokongan rakyat. “Ini memaksa MCA menekan kerajaan kerana komponen terbabit takut hilang  kuasa dan ingin menjuarai rakyat dengan penubuhan jawatankuasa itu,”  katanya. Fuziah merujuk kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang menyokong dan memuji penubuhan jawatankuasa itu. Menurutnya, ia berikutan biarpun sudah banyak desakan dan bantahan  dilakukan rakyat sebelum ini, kerajaan tetap tidak mengambil serius  mengenai kerisauan orang ramai.

[Langkah kerajaan menubuhan PSC dikala isu Lynas semakin hangat diperkatakan jelas membutikan mereka telah melakuan satu kesalahan yang cukup besar kepada seluruh rakyat Malaysia amnya dan Kuantan amnya. Kenapa jawatankuasa khas itu tidak ditubuhkan sejak dari awal-awal projek itu dibawa masuk ke negara ini?. Kenapa selepas mendapat tekanan yang bertalu-talu daripada rakyat barulah kerajaan terhegeh-hegeh mahu menubuhkan PSC. Ternyata projek ini memang ada yang tida kena dan ada bukti jelas pihak-pihak tertentu telah mendapat habuan lumayan atas projek berisiko ini. Lantaran itulah kita tidak hairan Lynas mendapat perlepasan cukai selama 12 tahun. Kerajaan memang tidak mendapat cukai secara rasminya, tetapi ada piha-pihak tertentu yang mendapat cukai tersebut terus ke poket mereka. Sebab itulah, mereka tidak mahu projek ini dibatalkan dalam apa jua cara sekali pun. ini, satu-satu cara yang terbaik ialah mengajak rakyat mengubah kerajaan yang ada sekarang. Jika ia berjaya, maka tidak mustahil projek ini akan dibatalkan].
pahangdaily
KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

 Catatan
Catatan
 
 0 KOMEN
0 KOMEN 

.jpeg) 