Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Jun 11, 2012

Polis halang bapa Chong Wei terjun dari Jambatan Pulau Pinang


AH CHAI...beri keterangan dua kali. - Gambar fail

GEORGETOWN: Bapa pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei berjaya diselamatkan daripada cubaan untuk terjun dari Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 2, menghala tanah besar di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 4 pagi itu, Lee Ah Chai, 61, pada mulanya dilihat menangis di tepi laut berhampiran pusat beli-belah Queensbay Mall, Bayan Lepas.

Orang awam yang melihat kejadian itu memaklumkan kepada polis sebelum anggota peronda bergegas ke lokasi berkenaan untuk memujuknya pulang ke rumah di Taman Serumpun, Butterworth.

Menurut sumber, selepas hampir tiga jam dipujuk, Ah Chai memberitahu dia mahu pulang ke rumah dan polis mengiringi kereta dipandu lelaki itu untuk memastikan keselamatannya terjamin.

HM


MSN harap Chong Wei tangani masalah peribadi

Majlis Sukan Negara (MSN) sedia membantu Datuk Lee Chong Wei mengatasi apa jua masalah peribadi yang dihadapinya bagi memastikan pemain nombor satu dunia itu dapat membuat persediaan secukupnya bagi menghadapi temasya Sukan Olimpik London bulan depan.

"Masalah-masalah peribadi seperti ini tidak dapat kita elakkan, saya berharap Chong Wei dapat menanganinya dengan sebaik mungkin," kata Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zolkples Embong ketika mengulas mengenai bapa Chong Wei, Lee Ah Chai, 59, yang dilaporkan cuba membunuh diri semalam.

Menurut Zolkples, beliau ada menghantar mesej melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) kepada Chong Wei pagi ini meminta supaya menggunakan kebijaksanaannya menyelesaikan masalah yang dihadapi itu.

"Saya juga menawarkan bantuan saya sekiranya diperlukan," kata Zolkples ketika ditemui pemberita hari ini.

"Sebagai seorang anak yang bertanggungjawab, Chong Wei mempunyai
tanggungjawab yang besar terhadap keluarganya," katanya.

Chong Wei dilaporkan masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan yang dialami baru-baru ini walaupun membuat persediaan bagi Sukan Olimpik.

- Bernama


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

1 ulasan:

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive