Sabtu, Julai 28, 2012
Puasa, Ayam Goreng Dan Kegilaan Berbelanja
Ramadan sudah masuk seminggu. Daripada seminggu itu, tiga hari berbuka di kedai mamak; atau lebih sopannya ‘restoran India Muslim’. Sebagai anak kelahiran Pulau Pinang Darul Mamak, sepatutnya saya tidak rasa bersalah. Tapi tak apalah. Pokoknya sudah tiga hari berbuka puasa dengan nasi putih panas, ayam goreng rangup, sayur kubis yang dimasak dengan apa entah sampai jadi kuning menyala, kuah kari campur (kuah kambing lebih sikit) dan papadom.
Menu tidak berubah. Tetap makan benda serupa. Senang begitu, supaya tak perlu jenuh fikir apa nak makan. Cumanya walaupun menu serupa, tetapi harga tak sama. Ini sebenarnya tidak begitu pelik. Kalau di Pulau Pinang, zaman juruwang kira guna jari, udang seekor boleh berubah harga dalam beberapa jam sahaja. Tengah hari harga lain, malam harga lain. Udang yang sama.
Tetapi dalam kes saya ini, tidak melibatkan udang. Adalah kesilapan besar untuk makan udang dan sotong di kedai nasi kandar. Ini kesilapan biasa para warga Kuala Lumpur yang beriya mahu makan nasi kandar yang konon paling power setiap kali singgah ke Pulau Pinang. Dasar pelancong. Memang nak kena sembelih. Tapi itu cerita lain.
“Ayam satu ketul lima ringgit”
Kes saya ini melibatkan ayam. Memandangkan itulah satu-satunya benda yang saya makan, maka saya dapat melihat indeks naik turun harga ayam goreng dengan lebih dekat dan jitu. Hari pertama, ‘mapley’ yang cedok kuah jerit kepada juruwang “sembilan lapan”. Ya, RM9.80 untuk hidangan yang telah saya sebut di atas. Kali kedua, turun jadi “tujuh dua” dan baru petang semalam, dia laungkan “lapan anam”.
Saya tidak pandai matematik, maka saya tidak mahu berhujah panjang. Tetapi saya mahu tahu juga, menatang apa yang saya makan sampai jadi mahal begitu? Ayam belanda? Atau NFC ada bikin projek ternak ayam daging istimewa yang saya tak tahu?
“Kepala otak hang,” bisik hati sanubari saya yang semakin hari semakin tertekan dengan kenaikan harga barang yang menggila ini. Sejak bila ayam goreng seketul jadi lima ringgit?
Saya melihat perihal kenaikan harga barang makanan ini sebagai suatu fenomena akhir zaman. Ya, akhir zaman; di saat manusia bertuhankan wang dan harta serta diperhambakan hutang dan harga kereta. Puitis betul – harta, kereta. Namun ini pokok pangkal permasalahan umat manusia akhir zaman. Dan melihat perkara ini terjadi di kala Ramadan adalah sesuatu yang amat mengharukan.
Ada sekeping gambar yang dikongsikan di laman Facebook siang tadi. Kapsyennya menceritakan bahawa seorang ulama Arab Saudi yang sedang berbicara dalam forum secara langsung di kaca televisyen, menerima panggilan telefon dari Somalia. Adatnya mahu bertanyakan soalan hukum hakam agamalah, seperti kelaziman manusia menelefon ulama yang sedang bercakap di televisyen.
Soalan berbunyi, “Adakah puasa saya diterima sekiranya saya tidak bersahur dan tidak juga berbuka?” Sang Ulama lantas terus terdiam menitiskan air mata mengenangkan nasib umat manusia di Somalia yang sedemikian sengsara menahan lapar dahaga.
Ini pelik sebenarnya kerana kita sedia tahu bahawa umat manusia di Semenanjung Tanah Arab berbuka puasa dengan hidangan nasi mandy dan kambing panggang seekor yang dikongsi lima orang, atau mungkin tiga – kerana dua lagi sudah tertidur kekenyangan. Di saat negara tanduk Afrika itu mengharungi Ramadan dengan lapar dan dahaga yang berkepanjangan; ada segerombolan besar cukong minyak kaya raya terbongkang kenyang di tepi talam briyani dengan perut sebesar gunung Uhud.
Petunjuk masalah sosial
Ini petunjuk besar kepada kesialan perangai manusia yang mengaut kekayaan berlebihan dan melupakan tanggungjawab sosial. Ini masalah kapitalisme jahat yang harus diperangi habis-habisan. Ya memang tidak salah untuk melantak sampai pengsan, itu hak masing-masing. Tetapi celah mana hilangnya unsur besar Ramadan yang bertujuan mendidik kesederhanaan dan pemilihan jalan tengah moderat dalam melakukan apa sahaja tindakan.
Ini juga kedapatan dalam budaya masyarakat Malaysia. Meski mengeluh tak ada duit mahu berbelanja, bila sampai bab makan dan berbuka puasa dia tetap tak mahu mengalah. Lihat sahaja gejala budaya berbuka puasa di hotel secara bermewah-mewah yang semakin menjadi kelaziman masyarakat, walaupun ia sedar diri bahawa ia sebenarnya tidak ada kemampuan itu. Malangnya dia sengaja membiarkan diri dipujuk oleh sekalian kapitalis tamak yang menjadikan kelaparan sebagai modal untuk mengaut untung berlipat ganda di bulan mulia ini.
Kenapa biarkan diri tertipu? Kenapa wajib sangat berbuka secara bufet di hotel mewah untuk melantak kambing golek dan roti jala RM5 sekeping? Bukankah ini satu kegilaan dan kepelikan yang jelas nyata? Lapar sangat kah? Apakah kebab RM3 di pasar ramadan tidak mencukupi?
Setipa orang Islam berpuasa kerana mematuhi ajaran agama. Tetapi apabila agama menganjur supaya jangan membazir, ada pula yang tidak mahu ikut. Apabila agama menganjur supaya bersedekah dan melangsaikan tanggungjawab sosial kepada fakir miskin, ada yang bersikap lantak saja sang fakir yang mengemis sambil berselawat di tengah-tengah kesibukan pasar Ramadan.
Yang penting nasi kerabu mesti dibeli. Mesti bergegas untuk dapatkan nasi kerabu, kalau lambat nanti telur asin habis. Kalau boleh biar dua tiga bungkus. Kalau ada duit lebih sikit, enjoy saja bufet Ramadan di hotel-hotel.
Mengagungkan nafsu ini adalah mentaliti yang dibentuk dengan cemerlangnya oleh kapitalis jahat supaya konsumsi manusia kekal malar atau semakin bertambah pada waktu yang sepatutnya dia belajar bersederhana dan berjimat cermat. Fikiran yang mengundang kepada semangat mementingkan tembolok inilah yang menghancurkan ramai pemuka United Malays National Organisation; maka perangai ini harus malah wajib dijauhi.
Betapa rancak panah-panah kapitalis itu dilancarkan dari busur-busur ketamakan mereka yang dibayangi dogma kononnya Ramadan bulan menjana ekonomi Islam. Berselindung di sebalik agama untuk mengaut untung berlipat ganda. Yang keluar duit siapa? Kamu! Yang kutip duit siapa? Dia! Kamu dapat kenyang dan kemudian terbongkang tak pun pergi sembahyang. Dia seronok kira wang. Ini kezaliman dalam mengambil kesempatan terhadap kelaparan dan kegampangan manusia yang mudah tertipu dengan godaan makanan dan hawa nafsu.
Kebendaan sembahan baru
Dari segi sosial, amalan Ramadan, Hari Raya dan duit sudah tidak dapat dipisahkan. Ulama UMNO sepatutnya tegas bersuara dan memfatwakan bahawa semua ini bid’ah yang sesat belaka. Ini langsung tidak kena dengan anjuran Perdana Menteri supaya berwasatiyah dan mengambil jalan tengah, sifat sederhana sebagaimana yang telah dianjurkan DAP – parti yang tidak mencampuradukkan agama dan politik.
Hairan juga dengan satu jenis manusia yang melolong memekik kononnya Melayu Pulau Pinang tertindas tetapi dengan muka selamba menabur wang membazir syok sendiri dengan bufet Ramadan mewah dan rumah terbuka Hari Raya yang niatnya meraikan Datuk Datin Tan Sri Puan Sri Tun Toh Puan, sedangkan mereka yang fakir hanya meleleh air liur mengenangkan puasa bersahur air sejuk dan berbuka dengan sebutir kurma.
Jadi ketamakan, kapitalisme kroni dan kebankrapan budaya yang menjadi tunjang keberadaan UMNO inilah yang mesti dibetulkan. Hanya dengan itu kita boleh menstabilkan ekonomi negara supaya bebas dari sebarang ketirisan.
Mungkin selepas UMNO ini meninggalkan kursi Putrajaya, barulah kedai nasi kandar boleh jual ayam goreng seketul seringgit setengah; macam waktu saya sekolah rendah dulu. Atau campur tolak kadar inflasi sekarang, setakat dua ringgit pun masih masuk akal lagi.
Oleh Izmil Amri – Roketkini.com
KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK
0 KOMEN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE
Blog Archive
-
▼
2012
(1452)
-
▼
Julai
(138)
- MAJLIS BERBUKA PUASA TERLAMPAU
- Apa yang serupa di antara UMNO dan PAP?
- LIVE: MALAYSIA VS MANCHESTER CITY
- Status terakhir BB isteri ditemui mati
- JANJI DITEPATI JADI TEMA MERDEKA TANDA BN DAH NAK ...
- TERKEJUT BEWAK!!! LIRIK LAGU JANJI DITEPATI TELAH ...
- LOGO MERDEKA PALING SERABAI
- MP Tuaran keluar BN, sokong Pakatan
- Bila Perempuan Tak Hargai Daranya
- Lagu Tema Janji Ditepati Ciplak Ke Bhai?
- LAWAK AHAD: PAK PANDIR UJI ANAK
- PEMENANG LOGO MERDEKA TERIMA HADIAH LAMBOGHINI
- Puasa, Ayam Goreng Dan Kegilaan Berbelanja
- Cukai kenderaan boleh dihapus jika keborosan Najib...
- TV HARAM
- Bukti Saintifik Kebenaran Al Quran – Big Bang & Bi...
- SAPA TIRU SAPA?
- Awang Adek dimalukan dengan isu KGT
- EXCO ARAH PANTAU KOPITIAM MASAK KATAK
- Gempar: Orang Ramai Terkejut, Pelacur Tiba-Tiba Bo...
- Umat Islam tanpa segan silu beli juadah tengah hari
- BN mungkin hilang separuh daripada kerusi Sabah
- Kisah Benar | Pengantin Mati Ketika Sujud Dalam Solat
- Kecoh ikan gergasi masuk kampung
- WAJAH PEROMPAK RM3JUTA
- Tamrin mahu MT Umno tunjuk sebab
- Kurangkan harga kereta jadi manifesto Pakatan
- LIVE: MALAYSIA VS ARSENAL
- Jatuh longkang di Taman Putra Ampang ,mayat dijump...
- Mahkamah putuskan BERSIH entiti yang sah
- BANYAK BUKTI BN BERKAWAN KOMUNIS
- Pengerusi BN Tuaran Letak Jawatan
- GEMPAR! LAJIM UKIN JUMPA NIK AZIZ
- UMNO HINA ARTIS?
- Hebat Abe Soh!!! 19 kali kahwin, 46 anak, 100 cucu
- PENGENDALI BLOG TUNTUT TUNGGAKAN GAJI
- Bob Lokman Mungkin Bertanding Pada PRU 13
- Ura-ura pilihanraya September semakin kuat
- LAWAK AHAD: PANCING BAIK PUNYA
- Nahas helikopter: Dua mayat ditemui, seorang penum...
- WAKTU BERBUKA PUASA 2012
- Selangor usaha pecat CEO, pengerusi SYABAS
- LIVE: KELANTAN VS QPR
- Kait pembangkang dengan pengganas, JI diselar
- INFO PENTING IBADAH PUASA
- “Raja Komando” Mahu Saman Umi Hafilda
- Kerajaan Selangor Serah Notis Ambil Alih Syabas
- MUFSIDUN DAN K-POP APA ADA HAL
- PRU 13 setelah Anwar dipenjara
- Berita Panas: Fitnah Melampau Puak Pakatan Terhada...
- Konstabel maut terjun dari menara komunikasi
- Bongkar!! Jom Kenali Siapa Pewaris Sebenar Pusat J...
- Nurul Izzah: Mengapa Tiada Tindakan Ke Atas Papagomo?
- Leka mandi berbogel
- Kantoi! Tujuan Papa Gomo cipta fitnah liwat 3 terb...
- Mirzan digesa tinggalkan bisnes ‘arak’ sempena Ram...
- Sikap biadab bongkar rahsia diperkosa abang
- Najib hanya mampu cakap besar bukan menang besar
- MEDIA TROOPERS KA MEDIA TEROMPAH? KAH! KAH! KAH!
- Fuyooo...Makcik Tunggang Motorsikal Sejauh 260 km ...
- Seorang Lagi Selebriti Bersama PAS - Yatt Hamzah
- Kelibat UFO gemparkan China
- Rakaman Audio ucapan Timb. Ketua Pengarang Utusan ...
- LAWAK AHAD: MALAM PERTAMA YANG KANTOI
- KEPUTUSAN LIGA SUPER 14/7/2012
- LIVE: KELANTAN VS SARAWAK
- GAMBAR HIMPUNAN OREN 14 JULAI 12
- BETOI KA ADA DALANG AMUK SAMURAI DI PUTRAJAYA?
- Dah nak tergolek baru panggil kami
- Polis benar Himpunan Oren berarak
- BERHATI-HATI BILA MANDI DI HOTEL
- Sepuluh Ceritera Menjelang Ramadhan
- AYAQ NAIK KEPALA PASAI NAK JADI MB SELANGOR
- Tayangan Dunia Akhir Zaman
- Konon mansuh Akta Hasutan bukti Najib demokrat pal...
- Isteri Projek Dengan Mat Bangla Di Ruang Tamu Keti...
- GEDEBE FAM GEDEBE
- LAWAK PAGI BUTA
- GADIS 13 TAHUN HAMIL SELEPAS BERENANG DI KOLAM
- Pelik, Tiada Ahli Keluarga & Sahabat Hadir Di Upac...
- Peminat bola sepak yang mustahil
- Remaja Keluar Ikut Tingkap Untuk Dirogol "Awie"
- 31 ditangkap di depan pejabat MB Pahang
- (Video) Ramai lagi artis akan sertai PAS - Dato' T...
- KEPUTUSAN LIGA SUPER 10/7/2012
- Celcom Ingat Boleh Buat Ikut Suka Hati Mak Bapak D...
- Dua Anggota Polis Didakwa Samun Empat Warga Bangla...
- VIDEO AMUK PEDANG SAMURAI DI JPM PUTRAJAYA
- CERITA SEBENAR KEJADIAN AMUK DI JPM PUTRAJAYA
- LELAKI PEDANG SAMURAI SERANG JABATAN PERDANA MENTE...
- TERKINI: 2 Suspek Bawa Pedang Samurai Ceroboh Komp...
- 7 Cara Kempiskan Perut Buncit
- Ugutan polis: Isteri mangsa ISA buat laporan polis
- PESERTA DEBAT BERGADUH,ACU PISTOL
- Penahanan Uncleseekers: Komuniti online timbulkan ...
- Sekarang Kita Dikuasai Mafia
- Isteri Berzina Dengan Majikan Sendiri
- Presiden Mesir disamakan dengan FIRAUN???
- LAWAK AHAD: KISAH MALAM PERTAMA,JANGAN CABUT SAMPA...
- APA LOJIKNYA ANWAR MAHU BERSARA DARI POLITIK?
-
▼
Julai
(138)