Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Mei 13, 2013

PENCACAI YANG TAKUT SEGALA BAPAK TAKUT SILA BACA NI



Takut Malaysia sokong Israel? Takut Malaysia jadi negara Kristian? Takut cina jadi PM? Takut Malaysia gabung dengan Singapura? Takut, takut dan takut????

Ini adalah pencerahan untuk mereka yang sentiasa TAKUT. Sila buka minda anda.

Di luar ada harimau. Confirm sebab ada bekas tapak kakinya, terdengar ngaumannya bahkan ada najisnya dan bau hencing kencingnya kerana ditanda kawasan dgn air kencing (sptnya anjing). Bangkai rusa yang licin sampai ke tulang pun ada kesan dari dimamah oleh harimau. memang confirm ada harimau. Bahkan ada orang nampak harimau, bahkan ada yang sudah dikejar harimau.

Nak selamatkan diri ada sebuah rumah. Tapi orang kata dalam rumah tu ada hantu kopek. Bila ditanya ada sesiapa pernah nampak? jawabnya tak da? pernah dengar dia mengilai? tak da juga. Pernah sesiapa yang kena sembunyi dgn hantu kopek dalam rumah tu? tak ada juga. Apa bukti yang rumah itu dihuni hantu kopek? Ada sipolan cakap. bila ditanya pada sipolan jawabnya polan tu yang cakap. Akhirnya pusing pusing cakap tak tahu dari mana punca berita yang mendakwa dalam rumah ada hantu kopek.

Last-last duduk diluar rumah sebab takut pada hantu kopek yang tak real lebih dari takut kepada harimau yang real. Sanggup tanggung risiko di baham harimau dari memasuki rumah yang dimomokkan sedangkan momoknya tak wujud.

Inilah ibaratnya orang yang takut dengan segala macam takut. Takut Malaysia akan sokong Israel bahkan sampai 'nanti sama-sama bunuh bayi Palestin dengan Israel", takut Malaysia jadi negara Kristian, takut anak masuk gereja sebab jumpa perkataan Allah dalam bible, takut nanti Cina jadi PM, takut Malaysia gabung dgn Singapura, takut dan takut...

Sedang bahaya yang nyata iaitu rasuah, penyalahgunaan kuasa, pengkhianatan, mengaut harta negara untuk tembolok sendiri dan suku sakat, menyekat kebebasan bersuara, media dimilik punya, agensi kerajaan jadi harta mak bapak dia terpampang depan mata.

Anda takut dgn harimau yang real atau momokan hantu kopek?

-Prof Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor-

NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?

8 ulasan:

  1. RAKYAT JOHOR TELAH LAMA SEDAR TENTANG ISU TAKUT NI. PSAL TU RAKYAT JOHOR TAKUT JOHOR JADI MACAM SINGAPORE. DIA KATA NEGARA KEBAJIKAN TETAPI HAK2 MELAYU DI KETEPIKAN. KLU KERJA MELAYU LETAK KULI2 JER.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kenapa nak jadi macam Singapura. Lanskap politik malaysia jauh berbeza dari singapura. Yang kita mahu di malaysia ialah membersihkan malaysia daripada pelbagai daki salah guna kuasa, rasuah dan pelbagai kepincangan yang lain. Kalau berlaku pertukaran pemerintah sekalipun takkanlah begitu mudah kita jadi macam Singapura. Tengok siapa perintah singapura.

      Padam
    2. Tanah yang asalnya org melayu punya di kota tinggi... tak pernah seminit pun pr memerintah kenapa banyak yg dimiliki oleh orang cina..

      Padam
    3. Tanah yang asalnya org melayu punya di kota tinggi... tak pernah seminit pun pr memerintah kenapa banyak yg dimiliki oleh orang cina..

      Padam
  2. kalau jenis otak karat, karat juga yang dibela
    membutakan mata dan hati dari realiti

    BalasPadam
  3. rakyat Malaysia sekian lama dimomokkan cerita2 karut oleh sipemomok. teringat cerita pendekar bujang lapok....Pendekar Mustar :"anak pakcik kena culik!!!"...Ramlee, Ajis, Sudin : "Cobaan...Cobaan......Pendekar Mustar : "anak pakcik dilarikan oleh orang jahat!!!"...Ramlee, Ajis, Sudin : "Cobaan...Cobaan... Pendekar Mustar : "Kepala hotak engkau punya cobaan!!!"

    BalasPadam
  4. orang kita terutama yang otak benggap malas membaca dan kaki topang rokok siang malam lepak kedai kopi, terutamanya memang suka cerita cerita takut dalam kepala otak mereka. orang benggap memang bangga dapat membenggapkan seramai orang lain yang tak benggap menjadi seperti mereka.

    ini mentaliti ketam dalam bakul yang famous dikalangan orang melayu, dulu kini dan selamanya, padahal tiada apa pun yang ditakut melainkan malaikat maut yang datang bawak ke kubur.

    anak anak muda sekarang nih dah banyak belajar membaca samapi tak di makan takut, cerita cerita takut ini, sampai orang tua yang takut sampai mati. itulah orang tua tua banyak undi di bahalol yang kaya tak takut, tapi kerjanya macam pak karut yang takut.

    di sangka bahalol tu takut dan papa, tidak diketahui pula si bahalol tu kaya yang mempapa kan orang kampong yang takut.

    maka bukan semua bahalol itu takut, tetapi sudah tentu yang takut itu bahalol. orang kita melayu ini kena renungi dalam dalam pasal 'bahalol dan takut' sehingga Tun Teja hidup balik di zaman moden nih.

    BalasPadam
  5. Kita ditakut2kn jd mcm kat sgpura..tp tau tak stiap hari beribu2 rakyat kita mngemis cari rezeki kat sana..ada krjaan kesah

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive