Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Jun 04, 2013

LEBIH 50,000 UNDI 'HILANG' DI SELURUH NEGARA

Lebih 50,000 undi ‘hilang’ di seluruh negara, pengundi lapor polis




PETALING JAYA, 3 JUN: Seorang pengundi, Mohd Azlan Mohd Sharif membuat enam laporan polis menuntut siasatan berhubung keputusan pilihan raya umum ke-13 yang digazetkan 22 Mei lalu berbeza dengan yang diumum pegawai pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melalui borang 16.

Beliau mendapati sebanyak 53,045 kertas undi ‘hilang’ melibatkan semua kerusi Parlimen dan DUN seluruh negara kecuali DUN Sungai Acheh, Pulau Pinang, DUN Banggi dan DUN Labuk, Sabah.
Borang 16 ialah Borang Pengisytiharan Keputusan pilihan raya daripada 222 kawasan Parlimen dan 505 kawasan Dewan Undangan Negeri di seluruh negara.

“Ia satu kesalahan jenayah mengikut seksyen 3(1)(h) dan seksyen 6 (2) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
“Maka jelas polis dan SPR yang bertugas pada hari, masa dan tempat mengundi bersubahat, membenarkan dan melakukan jenayah ini,” katanya dipetik dalam laporan polisnya yang pertama.

laporan polis

Mohd Azlan, pengundi DUN Sungai Balang dan parlimen Muar, Johor membuat semua laporan itu di balai polis Klang pada 30 Mei.

Enam laporan melibatkan kehilangan kertas undi, salah kira undi, maklumat yang sudah berubah, perbezaan kertas undi yang dikeluar di parlimen dan DUN, maklumat kerusi parlimen dan DUN berbeza sebelum dan selepas diwartakan dan kecuaian anggota polis.

laporan polis 1 jumlah undi hilang

“Saya tidak nampak, tidak tahu, tidak terdengar, tidak terbaca apa-apa berita mengatakan ada tangkapan oleh SPR atau polis terhadap mana-mana pihak yang membawa keluar atau menghilangkan kertas undi yang telah dikeluarkan,” kata Azlan.

Katanya. kemenangan semua calon bagi setiap kerusi itu pada PRU lalu adalah tidak sah dan terbatal sehinggalah kertas undi itu disemak dan disahkan semula.

“Tujuan enam laporan dibuat agar pihak berkuasa termasuk polis menyiasatnya. Sebagai rakyat Malaysia, saya menjunjung semangat Perlembagaan dan Rukun Negara khususnya Keluhuran dan Kedaulatan Undang-undang.
laporan polis 5 table bukti
Dalam laporan polisnya yang keenam, beliau mendesak Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengambil tindakan tegas terhadap pegawainya yang cuai menjalankan tugas pada PRU lalu.
“Saya minta KPN menyiasat, menangkap dan mengambil tindakan terhadap pegawai polis yang bertugas pada masa itu disebabkan terbukti cuai, tidak amanah, tidak melaksanakan tanggungjawabnya dan membenarkan jenayah berlaku didepan matanya,” katanya lagi.

KD



EJEN BISKUT RAYA - TANPA MODAL BERMINAT HUBUNGI ; PUAN HALIZA 013 4538762/0175689472

 NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?

 P-A-N-A-S-S-S!!... Rahsia 'BESAR' Suami Saya...

5 ulasan:

  1. Tanpa Nama4/6/13 2:47 PTG

    umno akan terus berkuasa di mesia sampai kiamat. Allah pon x mampu menumbangkan umno. terimalah hakikat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. apakah agama tuan? jika islam, tulisan tuan di atas membawa kepada murtad. ALLAH berkuasa kepada setiap sesuatu yang berada di langit dan bumi serta keseluruhan alam ini. mohon berhati-hati bila menulis atau ucapkan sesuatu

      Padam
  2. Tanpa Nama4/6/13 4:17 PTG

    bila dah memperjuangkan bangsa,sampai Allah dikata tidak mampu menumbangkan umno.Subhanallah

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama4/6/13 6:55 PTG

    Itu la sesat yg ternyata

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama4/6/13 9:35 PTG

    sendiri ulas sendiri balas

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive