Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Oktober 15, 2013

HARIMAU CUKUP MAKAN


Oleh Aziman Rosdi

PENYERANG sensasi Norshahrul Idlan Talaha muncul penyelamat apabila menjaringkan gol penyamaan bagi mengikat Bahrain 1-1, pada perlawanan kelayakan Piala Asia sekali gus menghidupkan peluang untuk memburu tempat ke pusingan akhir di Australia 2015.

Satu mata yang diraih di Stadium Shah Alam pada perlawanan ketiga Kumpulan D itu membolehkan Malaysia menduduki tangga ketiga kumpulan dengan empat mata di belakang pendahulu Bahrain dengan tujuh mata dan Qatar enam mata.
Percubaan pemain sayap Azammuddin Akil pada minit ke-20 ditangkap kemas penjaga gol Bahrain Sayed Mohamed Jaafar Mohamed malah rembatan leret kapten Safiq Rahim di minit ke-43 juga mudah dibaca.

Bahrain pula yang dikendalikan jurulatih muda dari England, Anthony Hudson membuka jaringan sulung sebelum babak pertama tamat menerusi Abdulla Ahmed Saleh Abdulla Aman.


Harimau Malaya bersemangat apabila Norshahrul yang gagal menjaringkan gol di pentas antarabangsa tahun ini meledak gol penyamaan pada minit ke-70 menerusi sepakan kencang menerjah ke gawang.


Harimau Malaya akan meneruskan kempen kelayakan dengan bertandang ke Riffa untuk menentang Bahrain sekali lagi pada 15 November, Qatar di Shah Alam (19 November) dan Yaman (5 Mac 2014).

MALAYSIA: Khairul Fahmi Che Mat, Aidil Zafuan Radzak, Amiridzwan Taj Tajudin, K Reuben, Asraruddin Putra Omar (Fitri Omar), K Gurusamy, S Kunanlan (Ahmad Fakri Saarani, Safiq Rahim (kapten, Azammuddin Akil (Nazrin Nawi), Amri Yahyah, Norshahrul Idlan Talaha

BAHRAIN: Sayed Mohamed Jaafar (kapten), Waleed Al Hayam, Saleh Abdul Hameed (Dawood Saad), Abdulla Khaled Mohamed (Mohamed Salmeen), Abdulla Ahmed Saleh, Sayed Dhiya Saeed, Abdul Wahab Ali, Sayed Ahmed, Abdul Wahad Al Malood, Isa Ahmed Muthanna, Sami Mohamed Al Husaini (Ali Tayeb)

PENGADIL: Ryuji Sato (Jepun)

HM






P-A-N-A-S-S-S !! ... Rahsia 'BESAR' Suami Saya... 

2 ulasan:

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive