Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Oktober 29, 2013

MANSUH SUBSIDI GULA, TAIKUN UNTUNG RM 1 BILION

Syarikat taikun gula termasuk Central Sugar yang dimiliki jutawan Syed Mokhtar Al-Bukhary, boleh mencapai keuntungan hampir RM1bilion ekoran penghapusan subsidi gula dalam Bajet 2014 yang diumumkan Jumaat lalu, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga bekas menteri kewangan berkata ekoran penghapusan subsidi itu juga, industri gula itu akan dimonopoli satu lagi syarikat, Malaysian Sugar Manufacturing, yang dimiliki Felda Golbal Ventures.

NONEMembahaskan Bajet 2014 di Dewan Rakyat hari ini, Anwar berkata pendapatan kasar industri gula sekitar RM4 bilion setahun dan pada kebiasaannya keuntungan sebelum cukai syarikat gula adalah sekitar sembilan peratus.

"Setelah kemasukan syarikat dimiliki Tan Sri Mokhtar ke dalam sektor ini, keuntungan sebelum cukai telah melonjak naik kepada 15 peratus.

"Dengan penghapusan subsidi, keuntungan sebelum cukai syarikat-syarikat di dalam sektor ini, dijangka melonjak ke 20 hingga 25 peratus, dengan pengumpulan keuntungan hampir RM1 bilion, akibat pengukuhan monopoli oleh kedua syarikat ini," katanya.

Sehubungan itu, Anwar mempersoalkan mengapa syarikat korporat mendapat keuntungan berganda akibat penghapusan subsidi gula, sedangkan rakyat dibebankan dengan kenaikan harga barang makanan itu

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Jumaat lalu, mengumumkan penghapusan sebanyak RM551.25 juta subsidi gula dalam Bajet 2014 dan menyebabkan kenaikan harga gula sebanyak 34 sen bagi sekilogram.

'Segan' umum pengurangan subsidi minyak masak

Sehubungan itu, Anwar mencadangkan supaya liberalisasi gula dilakukan untuk mengelakkan monopoli berterusan yang boleh mengekang kenaikan harga gula akibat pengurangan subsidi dengan kemasukan syarikat-syarikat pembekal baru.

Dalam perbahasannya juga, Anwar turut membidas berhubung pengurangan subsidi sebanyak RM505.356 juta untuk minyak masak melalui Skim Penstabilan Harga Minyak Masak oleh Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Anwar mempersoalkan mengapa Najib dalam ucapan bajetnya "segan" mengumumkan kenaikan minyak masak yang hampir sama dengan pengurangan subsidi gula yang dihapuskan.

"Kita sedia maklum, bahawa syarikat pengeluar minyak masak yang dibarisi Felda, Sime Darby dan sebagainya semestinya juga mendapat keuntungan yang banyak kerana syarikat-syarikat ini memiliki ladang-ladang kepada sawit yang banyak.

"Mengapa kerajaan pilih untuk mengurangkan subsidi dan menyembunyikan kesan pengurangan subsidi minyak masak? Di dalam keadaan semasa, di mana pengeluaran minyak mentah kelapa sawit dunia berada pada tahap yang tertinggi," katanya.

Dengan memberi contoh, Anwar berkata negara Indonesia telah memperuntukkan subsidi minyak kelapa sawit (CPO) sebanyak dua liter kepada setiap isi rumah dan juga subsidi biofeul.

"Mengapa kerajaan Malaysia tidak pilih inisiatif sebegini untuk mengeluarkan CPO yang berlebihan sebaliknya membebankan rakyat dengan harga minyak yang bakal dinaikkan?

"Jelas apabila dilihat kepada pengurangan subsidi bahan makanan seperti gula dan minyak masak ini, yang rugi dan terus dibebankan adalah rakyat. Sebaliknya korporat-korporat besar terus dibelai dan dilindungi daripada kerugian," katanya.

Malaysiakini

2 ulasan:

  1. LAKHANATULLAH TU LAKI BINI TU PERGI LONDON JOLI SAKAT YANG MISKIN HINA DIMALAYSIA DOK CERTA PASAL GULA NAIK

    BalasPadam
  2. Keep on working, great job!

    my website - Papyrus

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive