Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Oktober 16, 2013

SIARAN LANGSUNG SIASAT BELANJA K-POP

Menteri mahu siaran langsung siasatan belanja K-Pop

Radio Televisyen Malaysia (RTM) sedia menyiarkan prosiding Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) secara langsung jika diberi kebenaran, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata tanggapan PAC selama ini bersidang 'secara rahsia' dengan hanya pengerusi dibenar mengeluarkan kenyataan perlu ditukar, dan siaran langsung prosiding berkenaan mampu menepis persepsi negatif sedemikian selain mempertingkat integriti jawatankuasa itu.

"Ada beberapa perkara yang perlu diubah dalam siasatan itu di mana mungkin ada perkara yang melibatkan perbincangan yang lama yang tak dapat disimpulkan dengan hanya kenyataan beberapa minit oleh pengerusi PAC.

"Sekarang RTM sudah mengorak langkah dengan siaran langsung sesi soal jawab Parlimen setiap pagi, dan selepas itu disiarkan melalui IPTV (Televisyen Protokol Internet) di mana semua orang boleh menonton, jadi isu yang berkaitan dengan kerahsiaan sepatutnya tidak timbul lagi," katanya mengulas tanggapan siasatan PAC terlalu rahsia dan tidak akan membawa sebarang perubahan.

Ahmad Shabery berkata sebagai permulaan, beliau akan memohon kepada Dewan Rakyat agar membenarkan prosiding membabitkan dirinya berhubung isu bayaran RM1.6 juta untuk persembahan artis K-Pop dalam acara Hari Belia Negara 2012 bersiaran secara langsung.

Beliau bagaimanapun tidak pasti sama ada hasrat itu bercanggah dengan peraturan sedia ada namun berpendapat jika sudah dianggap lapok, ia perlu ditukar.

Ahmad Shabery berkata seperti menteri lain, beliau tidak boleh memperjelas setiap perkara yang dibangkitkan dalam laporan Audit Negara di luar, dan kesempatan menjawab kepada PAC dan disiar secara langsung boleh mengubah persepsi negatif dalam kalangan masyarakat.

Selain itu, beliau berharap masyarakat tidak tersalah tafsir dengan menganggap apa yang terdapat dalam laporan audit negara sebagai jenayah kerana kebanyakannya lebih menjurus kepada isu perbelanjaan berhemah atau keputusan yang dibuat.

"Saya tak fikir ia boleh dikaitkan dengan jenayah, tetapi saya terbuka untuk menjelaskan persoalan rakyat berhubung integriti dan amanah saya dengan keputusan yang dibuat," katanya.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2012, Kementerian Belia dan Sukan membelanjakan RM2.94 juta untuk Hari Belia Negara 2012, termasuk RM1.6 juta untuk bayaran artis K-Pop dari Korea sempena Himpunan Jutaan Belia 2012. 

- Bernama

Malaysiakini

3 ulasan:

  1. http://pendekar-perak.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. http://pendekar-perak.blogspot.com/

    BalasPadam
  3. http://pendekar-perak.blogspot.com/

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive