Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Oktober 12, 2013

SURENDRAN SAHUT PELAWAAN KETUA POLIS NEGARA

IGP pelawa Surendran ikut ops berdepan penjenayah
  
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar telah mempelawa Ahli Parlimen PKR, N Surendran untuk menyertai operasi polis berdepan dengan penjenayah.
Khalid membuat pelawaan tersebut melalui Twitter malam tadi.
Menurutnya, MP Padang Serai itu akan disediakan dengan perlindungan yang mencukupi dalam bentuk perisai badan sekiranya beliau menerima pelawaan tersebut.
Ketika dihubungi,  Surendran yang juga naib presiden PKR memberitahu Malaysiakini bahawa beliau tidak pasti sama ada ketua polis negara itu serius dalam membuat pelawaan tersebut.
Bagaimanapun, Surendran (kanan) berkata beliau tidak ragu-ragu untuk menerima pelawan tersebut.
"Jika beliau serius, maka saya bersedia untuk menerimanya," katanya sambil menambah bahawa beliau bersedia berdepan dengan risiko sepertimana yang dihadapi oleh anggota polis.
"Saya bersedia untuk melakukan ini demi kepentingan mewujudkan sistem keadilan jenayah yang lebih baik," katanya.
Surendran, seorang peguam yang menjadi ahli politik, lantang mengkritik pihak polis berkaitan dengan penggunaan kekerasan yang berlebihan.
Sementara itu, ketika ditanya sama ada beliau serius membuat pelawaan tersebut, Khalid memberitahu Malaysiakini: "Ya... kenapa tidak? Jika beliau (Surendran) mahu."
Dengan itu, tambah Khalid, Surendran boleh melihat sendiri apa yang anggotanya perlu berdepan dan risiko yang mereka hadapi untuk memastikan negara ini selamat.
Bagaimanapun, tawaran itu bergantung kepada kesediaan Surendran menandatangani perjanjian indemniti jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.
Malaysiakini




1 ulasan:

  1. Apa sangat Surendran boleh lakukan dalam menghadapi saat ketegangan berhadapan dengan penjenayah licik? Walau pun dia seorang peguam tidak bererti beliau berketangkasan dibidang kepolisian dan adalah kerja mengarut untuk turut serta menghadapi situasi gawat dalam fokus meleraikan penjenayahan. Beliau sekadar bikin kecuh menonjolkan pandangan berbau politik dan seolah-olah mencabar kewibawaan polis yang jauh berpengalaman dan berketangkasan dalam apa jua disiplin kepolisian. Surendran sekadar mengandaikan sangkaannya tapi agak emosi dan tidak telus dalam memberi komen kerja-kerja polis dalam saat berhadapan dengan penjenayah.Beliau setakat mencari sokongan untuk mempopularkan dirinya sahaja!

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive