Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Januari 11, 2014

NAHAS PESAWAT CESSNA: 3 ORANG DITEMUI SELAMAT

Operasi menyelamat mangsa pesawat Cesna yang dilaporkan hilang Jumaat petang. Pesawat terbabit telah dijumpai di sekitar Empangan Batu, Selayang kira -kira 5 pagi tadi. -Foto Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat.

KUALA LUMPUR - Tiga individu yang menaiki pesawat Cessna 172 yang terhempas berhampiran Empangan Batu, Ulu Yam setelah dilapor hilang Jumaat petang ditemui selamat kira-kira 5 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah yang mengesahkan perkara itu ketika dihubungi hari ini berkata ketiga-tiga mangsa itu ditemui dengan bantuan masyarakat Orang Asli di kawasan itu.

Beliau berkata dua orang cedera parah manakala seorang lagi cedera ringan dan kesemua mereka dihantar ke Hospital Selayang pada pukul 7.45 pagi untuk rawatan.

"Maklumat penuh mengenai mereka belum kami peroleh," katanya.

Pesawat itu dilapor terputus hubungan dengan menara kawalan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) ketika di kawasan Batu Caves kira-kira 5.15 petang semalam.

Bagaimanapun juruterbang pesawat itu dari Kelab Penerbangan Diraja Selangor (KPDS) yang hanya dikenali sebagai Kapten Saiful dilapor berjaya menghubungi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk memaklumkan lokasi, sebelum terputus panggilan dipercayai kehabisan bateri telefon. - Bernama


SH



KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive