Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengumumkan satu mekanisme baru akan diperkenalkan kerajaan pada pertengahan tahun ini bagi membolehkan bahan bakar RON95 hanya dinikmati oleh golongan berpendapatan rendah.
Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan memastikan semua subsidi kerajaan dinikmati rakyat Malaysia yang layak sahaja, pendekatan itu diambil meskipun pelaksanaan sebelum ini menemui jalan buntu.
"Kami mahu mengenakan kenaikan hanya kepada mereka yang mampu. Seseorang mungkin memandu (Toyota) Alphard atau pun Mercedes (Benz) tetapi mereka masih menggunakan petrol RON95.
"Malah negara jiran dari Singapura dan Thailand serta warga asing yang bekerja di negara ini juga sedang menikmati kadar bahan api dengan harga subsidi," katanya seperti dilapor MStar Online.
Tengku Adnan berkata, cadangan itu masih di bawah seliaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar selepas menemui mekanisme yang tepat untuk diguna pakai di Malaysia.
Katanya, inisiatif kerajaan ini dilakukan demi masa depan negara dan tidak menggunakan pendekatan populis yang bakal memusnahkan masa depan negara.
"Walaupun perkara ini dicadangkan beberapa kali pada masa lalu tetapi kita akan melaksanakannya sekarang selepas kami mencari kaedah betul untuk menggunakannya.
"Kami melakukan ini untuk masa depan negara. Kita boleh menerima pakai pendekatan populis dan menyelesaikan masalah hari ini tetapi ia mungkin berakhir dengan membunuh masa depan kita sebagai sebuah negara," katanya.
Pada masa ini harga RON95 adalah RM2.10 seliter iaitu 63 sen disubsidikan kerajaan manakala RON97 berada pada kadar RM2.80 seliter bergantung kepada apungan terurus harga bulanan ditentukan oleh kuasa pasaran.
Awal bulan ini, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan menafikan khabar angin bahawa kerajaan akan mengurangkan subsidi petrol RON95.
Ahmad menerusi akaun Twitternya berkata: "Tiada penurunan subsidi 20 sen untuk RON95 malam ini sebagaimana berita yang tersebar".
Pada hari sama, khabar angin di internet termasuk di laman sosial memetik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata Putrajaya akan menaikkan harga RON95 sebanyak 20 sen.
Ahmad berkata, Malaysia masih lagi mengekalkan harga petrol bersubsidi berbanding dengan negara lain di dunia. - 24 Januari, 2014.
Themalaysianinsider
Cadangan npk mcm cantik aje, tp sukar nk dilaksanakan. Byk halangan serta kegawatan yg akan dihadapi selepas dilaksanakan. Tk caya tunggu dan lihat
BalasPadammalam ini jgn lupa tengok maharaja lawak mega di astro warna dan astro mustika hd
BalasPadamRibuan kereta Spore ka Johor setiap hari untuk mengisi minyak.Ini sumber untuk menjana ekonomi.Naikkan harga minyak RON97.Mereka juga mengenakan bayaran $20 sehari untuk kereta Malaysia memasukki Spore
BalasPadamBagaimana pula na elakkan orang2 yg layak guna RON95 menjual semula kapada orang yg ta layak. Taukey Cina pun boleh dpt tanah reserve Melayu.Ini kan setakat setong minyak.Contohnya macam mana Lim Goh Tong fpt ribuan hectare tanah untuk buat Genting Casino
BalasPadam