Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Jun 01, 2014

DYANA KALAH CIPUT JE



Suasana sebak menyelubungi suasana di pusat operasi kempen DAP Teluk Intan selepas keputusan yang diperolehi malam ini memihak kepada BN.
Para penyokong calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud,
dilihat berpelukan dan mengalirkan air mata semasa
menenangkan antara satu sama lain.
Dyana sendiri ketika berdepan dengan kira-kira 200
orang penyokong tersebut pada malam ini berkata ini
bukanlah penamat bagi beliau dalam politik.
"Ini bukanlah penamat bagi Dyana Sofya, saya tidak
akan kecewakan anda,” kata Dyana yang kelihatan
tenang.
Peguam muda itu, yang mengenakan baju kurung warna
kundang dan selendang berwarna hitam pada malam ini
berkata beliau tidak hanya berusaha untuk bertanding
kerusi Parlimen, tapi untuk mencapai tujuan lebih besar.
“Kita perlu menghentikan politik kaum. Saya tidak hanya
menentang (Datuk) Mah (Siew Keong), namun seluruh
jentera (BN).
"Mah hanya menang (kira-kira) 200 undi,” katanya yang
menambah beliau akan terus berkhidmat untuk Teluk
Intan walaupun tewas dalam pilihan raya kecil tersebut.
Beliau ditemani penasihat DAP Lim Kit Siang,
setiausaha agung Lim Guan Eng dan juga para
pemimpin DAP lain yang hadir untuk menyatakan
penghargaaan kepada para penyokong.
Kerusi tersebut berjaya dirampas semula oleh bekas
penyandangnya, presiden GERAKAN dengan majoriti tipis
238 undi.
Sebelum itu, suasana berbeza dapat dilihat di luar
pusat operasi kempen GERAKAN, apabila Mah disambut
dengan sorakan gembira oleh para penyokongnya.
Beliau turut mengambil peluang menyindir “parti
tertentu” yang menurutnya tidak sabar-sabar membuat
pengumuman kemenangan.
Dalam ucapan ringkasnya kepada para penyokong di
bangunan tersebut, Mah berkata beliau berharap agar
penyokongnya bersabar jika pengiraan semula
dilakukan.
"Sebab keputusan tidak rasmi sudah keluar tapi pihak
lawan sudah cabar keputusan itu," katanya.
"Jika SPR akan membuat kiraan semula dalam
beberapa jam lagi dan kita sabar, tak macam satu parti,
dia tak sabar dia tulis di Internet semua dia menang.
"Kita hormati undang-undang, kita sabar sikit," kata
Mah lagi yang disambut tepukan oleh para
penyokongnya.

MK


8 ulasan:

  1. Tanpa Nama1/6/14 8:14 PG

    alhamdulillah yg penting kalah kecil ke besar ke tak penting

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang betul, kalah kecil ke besar ke tak penting, Yang penting kalah Ke?
      Tetapi bagaimana dengan perbezaan kertas undi yang melebihi dari mereka yang keluar mengundi ia itu sebanyak 384 itu?. Di sini sudah ada gambaran bahawa penipuan itu ujud. Andai kata ia nya ujud maka kalah ke menang sudah tidak punyai apa apa erti.

      Padam
  2. adam sulaiman1/6/14 10:36 PG

    kalau tak tipu ...bukan bn....

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama1/6/14 11:55 PG

    Kalau kalah kita kalah je maknanya BN menipu. BN penipu selamanya.

    BalasPadam
  4. Salam. Kenapa ramai sangat yang tak turun mengundi? Pertambahan undi untuk BN sangat kecil, tak sampai 200 undi pun. Mana perginya undi DAP yang lain. Adakah PAS yang boikot undi? Kalau betul begitu, mana perginya setiakawan PAS kepada DAP?

    BalasPadam
  5. Gagal pertambahan kerusi melayu di parlimen.kenapa perlu kita gagal menambah kerusi melayu diparlimen.ketuanan melayu sila jawab.mengapa ketuanan melayu bertungkus lumus memenangkan apa lagi cina mau.dok canang ler ketuanan melayu.alih alih ketuanan melayu menghinakan diri menjadi barua cina gerakan.aper citer bro.dari tpm hingga rakyat jelata,ketuanan melayu mengkhianati melayu.melayu,melayu....rupa nya cerodik buah pelior.ketuanan melayu kunun.porah.

    BalasPadam
  6. Menang undi pos jer..jd la krjaan post office

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama3/6/14 6:34 PTG

    Tapi kena ingat..dyana masih blm mtg berpolitik..terlebih sudu dr kuah..sendiri mau hpskn keistimewaan melayu yg cina pun tk pernah sentuh spt isu uitm dan RAMD..

    Aku pun penyokong pembgkg...tp apabila budak mentah ni bersikap mcm ni..bg aku kalah..padan dgn muka.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive