Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata dana RM60 juta untuk memelihara beruang panda dari kerajaan China itu lebih bermanfaat jika disalurkan untuk membantu golongan tidak bernasib baik.
Katanya, jumlah RM60 juta yang perlu dibelanjakan untuk menempatkan haiwan tersebut sepatutnya boleh digunakan untuk membantu ibu tunggal dan janda yang dalam kesusahan.
"Apa manfaat yang boleh didapati negara? Ikut bancian 2010, lebih 880,000 orang janda dan ibu tunggal ada di negara ini.
"Kerajaan Malaysia lebih pentingkan panda dari janda? " katanya dengan nada berjenaka dalam sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.
Tambahnya, kerajaan sebelum ini mendakwa kedatangan pasangan haiwan tersebut akan menguntungkan Malaysia dan juga menjadi tanda hubungan dengan China.
"Tetapi kita kena bayar RM60 juta dan China tak bayar apa-apa," katanya.
Oleh yang demikian, tindakan tersebut Mahfuz menyifatkan kerajaan Malaysia sebagai "kerajaan bahlol" kerana membuat perjanjian seperti itu.
"Ini perjanjian paling tolol dari kerajaan bahlol," kata beliau lagi.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G Palanivel minggu lalu mengumumkan, jumlah kira-kira RM60 juta itu termasuk kos untuk pembinaan rumah untuk haiwan berkenaan yang berjumlah RM25 juta.
Selain itu ia turut meliputi RM20 juta untuk tempoh sewaan selama empat tahun dan RM15 juta untuk kos penyelenggaraan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini turut menjelaskan kedatangan Fengyi dan Fuwa merupakan menjaadi tanda sambutan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik kedua-dua negara 31 Mei depan.
Kedua pasangan panda itu dipinjamkan kerajaan China kepada Zoo Negara Malaysia bagi tempoh 10 tahun menerusi Program Penjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi.
MK
Pinjam..tp kene bayar..najib xmo pinjam kancil aku ke..tp bayar laa sebulan 2 ribu..setahun br 24 ribu..pinjam laa 10 thun..xpe..tp jgn lupe pulang balik laa..sebab pinjam jeee kan
BalasPadamJgn pinjam bini sudah la. Kesian penyokong2 BN yg miskin2 , pm beri tumpuan pd panda yg x pernah vote bn pun. Penyokong2 BN kalau nak senang tukar jadi panda..
BalasPadamHe..he..ha..ha
China bagi Panda SBB nk ambil hati Malaysia...SBB China dh buat kesalahan besar tertembak pesawat mas mh370 ketika tentera laut china menjalani latihan peluru pandu.
BalasPadamBtul ke bro....say pon Ada dgr gak hal ni.....
PadamBetul LA....SBB saya terbabit DLM hal ni... China mohon rahsiakan..segala kos...China akn tanggong..demi maruah negara China..
PadamThanks bro....xpA LA...bend dh jadi...xsengaja..malapetska...jnji China bayar tanggong smua ya..sabar jer la
PadamSkrg no ssya di China beijing bersama rombongan P.M..utk menyelesaikn hal ni......shut your mouth
Padamgunakan hak kita sebagai rakyat untuk bercakap dengan hati yang ikhlas dan berprasangka baik sesama manusia. kalau tidak tak kan umno bersama MCA dan pas bersama DAP.
BalasPadam