Kit Siang ketika memberikan reaksi serangan blogger Umno dengan
penyebaran gambar untuk memburukkan reputasinya.
Dyana merupakan antara nama yang disenarai pendek oleh DAP untuk
mewakili Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Kecil Teluk Intan yang akan
berlangsung pada 31 Mei.
calon Barisan Nasional.
mencari platform dan mengatur strategi dengan baik dengan melibatkan
diri dengan organisasi atau kumpulan yang menghargai bakat dan usaha.
calonnya bagi pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan pada Sabtu ini.
lepas.
majoriti 7,313 undi.
Dyana Sofya tak gelabah isu 'gambar berbikini'
Walaupun baru saja diura-urakan sebagai calon untuk pilihan raya kecil parlimen Teluk Intan, pemimpin muda Dyana Sofya Mohd Daud terus menjadi sasaran serangan kempen untuk memburuk-burukkannya.
Setiausaha politik pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang itu dikesan menjadi sasaran penulis blog pro-Umno yang menyebarkan gambar seorang wanita berpakaian bikini yang seiras wajahnya.
Dyana, 27, yang baru menyertai DAP dua tahun lalu, bagaimanapun nampaknya tidak tertekan dan tidak memandang serius serangan peribadi seperti itu.
Beliau juga mampu berseloroh apabila para pengikutnya bertanya mengenai gambar tersebut di laman sosial.
"Saya sudah (baca). Sebab itu saya kata saya harap ada badan sebegitu. Perlu lebih kerap ke gimnasium," tulis beliau di Twitter.
Menurutnya lagi, beliau turut menerima panggilan dan pesanan yang bersifat kasar, namun tidak gelabah dengan tekanan seperti itu.
"Beratus panggilan dan mesej kasar yang diterima sejak semalam. Jimatkan kredit anda. Saya tak berganjak. Ini Dyana lah," tulis beliau.
Gambar berkenaan dikesan dimuatkan di blog jomgelakfm.my dan theflyingkick.blogspot.com sejak semalam. Semakan Malaysiakini mendapati gambar berkenaan masih kekal disiarkan di blog berkenaan hari ini.
Gambar itu juga didapati dimuatkan di blog khairulryezal.blogspot.com dan bukti penyiaran gambar tersebut berjaya dirakam oleh pengguna laman sosial semalam.
Gambar wanita seiras wajah Dyana yang berpakaian bikini itu didapati telah dipadamkan hari ini dari blog berkenaan, namun bukti penyiarannya berjaya dirakam pengguna Internet.
Kalangan penulis blog Pakatan Rakyat pula, termasuk darisungaiderhaka.blogspot.com pula menyiarkan beberapa gambar yang menunjukkan bahawa individu dalam gambar tersebut adalah seorang pelakon Filipina, Pauleen Luna dan bukannya Dyana.
Sementara itu, tulisan di blog pro-Umno khairulryezal.blogspot.com turut mempersoalkan pendirian Dyana dan prinsip parti DAP yang didukung peguam muda tersebut dengan mengaitkan kelulusan Dyana dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Penulis blog tersebut mengaitkan UiTM sebagai institusi Bumiputera yang diperjuangkan Umno dan kontras dengan DAP.
Blog tersebut juga mendakwa ibu Dyana adalah orang kuat Wanita Umno di Ipoh Barat.
"Tidak tahu di mana silapnya, Diyana Sofea (Dyana Sofya) sekarang merupakan pejuang cauvinis DAP," blog khairulryezal.blogspot.com dipetik.
Blog berkenaan juga memuatkan satu gambar Dyana berpakaian jubah peguam, gambarnya ketika sedang berkempen untuk DAP dan juga gambar merakamkan beliau menerima satu anugerah dari bekas menteri kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah.
MK
haha cantik dia ni..
BalasPadamini pun leh jadi isu ke..
macai umno kalau buat cerita memang hot...
tuan tnah berbesar hati sgt2 kalau tuan dapat vlink kan blog saya ni dalam list biaq betul tuan tu.
http://macamlawak.blogspot.com/
haha...hebat dyana...saya salute keberanian Awak...
BalasPadamAda brains, ada bakat, ada looks
BalasPadamHebat dyana.
BalasPadamDyana biar buta mata jangan buta hati fikir lah.
BalasPadamSy bukan penyokong mana2 parti politik..sy tak suka BN mahupun Pembangkang kerana kedua2 pihak lebih auta dan drama demi kuasa dan wang..parti / pemimpin politik berjuang utk rakyat? ha ha..slogan politik aje tu..gambar model ini mencuri perhatian sy kerana sy yakin ramai perempuan dan lelaki yg kenal muka ini..bentuk muka diana mungkin ada persamaan, tapi iras diana mmg jauh sgt lah..agak bebal org yg cipta kebodohan ni..dan org ini mungkin saja org BN dan mungkin org PR..politik murahan zaman sekarang, semua bnda pun boleh jd..
BalasPadam