Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Mei 18, 2014

BERANIKAH KERAJAAN HARAMKAN PENJUALAN TINTED GELAP?

KUALA LUMPUR - Aktivis sosial Tan Sri Lee Lam Thye hari ini menyarankan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) agar mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang menjual produk cermin gelap menyalahi spesifikasi ditetapkan oleh agensi itu.

Ini kerana kata Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia itu ada peniaga yang menipu pelanggan dengan mendakwa produk mereka diluluskan oleh JPJ.

Tindakan penguatkuasaan perlu dibuat secara menyeluruh, bukan sahaja terhadap pengguna tetapi juga kepada pembekal dan peniaga, katanya ketika dihubungi Bernama, di sini.

Selain itu, Lam Thye berkata siasatan juga perlu dilakukan ke atas kereta import terpakai yang telah siap dipasang cermin gelap dan lulus pemeriksaan Pusat Kenderaan Berkomputer (Puspakom) untuk tujuan pendaftaran.

Bagaimana kenderaan ini boleh diluluskan jika cermin gelap yang dipasang itu melanggar undang-undang, katanya.

10 ulasan:

  1. Tanpa Nama19/5/14 8:09 PG

    Simple saja.Saya luhat sendiri cermin di buka dan di tukar . Selepas lulus pemeriksaan dipasang semula.Bukan dengar tetapi saya lihat sendiri cermin belakang Alphard recond di tukar cermin sebelum di hantar ka Puspakum.Ini terjadi di Skudai Johor

    BalasPadam
  2. Menteri je yg tau panas matahari boh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Beres boh...nok buat lagu mano...ore bawoh tak leh boh....org besar ja yg boleh....gilo gapo..

      Padam
  3. Cermin gelap lebih selamat.....kalau golgan wanita yg bawa kereta samseng jln raya buat target la.

    BalasPadam
  4. ape salah cermin tinted? kesalahan boleh terjadi wlupon cermin tak tinted, tu belum lagi kesalahan2 yg lebih besar spt membunuh manusia lebih2 lagi anak kecil, merompak sehingga membunuh org dsbnyer... ini setakat bercermin tinted itu pon org buat utk keselamatan diri dan juga kesihatan. Ambil anak dari sekolah pun kesian dengan anak2 yg kena tahan haba panas... ni semuanyer idea nak menyusahkan rakyat dan menyedut duit rakyat lagi ni... itu je alasannye.

    BalasPadam
  5. Negara maju tk brmasalah pun dgn cermin gelap,alasan je nk kuat kuasa undang2 cermin gelap, sebenarnya nk kutip duit saman dari rakyat,nk prbodohkn rakyat lh tu....kiri kanan nk saman, tol dn gst pun nk sapu...minyak naik harga,apa lagi mahu?Buat undang2 pintu rumah,pintu bilik, pintu tandas, pintu hotel pakai cermin lh, kalau tk buat,saman...boleh buat alasan takut tk nmpk jenayah brlaku,.Stupid government dn pembangkang tk bolehpakai, isu sampah mcm nie pun tk settle2....staff jpj dn polis pun sama masih pakai cermin gelap, sbb apa? Sbb boleh kau Tim.....Undang2 konon.cam sial.

    BalasPadam
  6. Menteri takut panas matahari kerana takut disambar api neraka. Hanya menteri dan penguatkuasa saja yang boleh pakai cermin tinted. Orang biasa/ rakyat tak boleh. PRU akan datang kita pastikan kerajaan ini tumbang, rakyat boleh pakai tinted, kenderaan kerajaan tak boleh, Sebab rakyat nak tengok samada mereka ada rasuah atau tidak. Amacam ? LIKE ?

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive