Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Mei 26, 2014

BABI DAH MASUK DALAM PERUT MANA BOLEH TARIK BALIK DAH

DEY MACHA!!!
KASI HARAM TERUS INI PRODUK
JANGAN DOK BAGI MUKA SANGAT
BERAPA JUTA ORANG ISLAM DAH TERKENA 
TAKKAN TAK SERIK-SERIK LAGI 
JOM PAKAT BOIKOT INI BARANG




SHAH ALAM – [DIKEMASKINI] Syarikat pengeluar produk berasaskan coklat, Cadbury Dairy Milk hari ini menarik balik dua produknya yang didakwa mengandungi DNA babi serta-merta.

Antara produk terbabit ialah Hazelnut Cadbury Dairy Milk dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond.

Tindakan itu dibuat susulan daripada penemuan DNA babi (porcine) yang terdapat dalam produk Coklat Susu Cadbury dengan Kacang Hazelnut dan Coklat Susu Cadbury dengan Kacang Badam oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Dalam satu kenyataan hari ini, Cadbury Confectionary Malaysia Sdn Bhd memberi jaminan akan menarik semula produknya dari pasaran dengan serta-merta.

Menurut kenyataan itu, tiada coklat Cadbury dipengaruhi oleh ujian tersebut.

Dalam pada itu, pihaknya sedang menjalankan kajian penuh rantaian bekalan bagi memastikan semua standard kualiti terus dipenuhi.

"Kami memberi jaminan kepada pengguna kami bahawa coklat Cadbury yang dikeluarkan oleh Malaysia adalah disahkan halal oleh Jakim termasuk lokasi dan bahan mentah yang digunakan dalam pengeluaran produk tersebut.

"Kami menggunakan prosedur kualiti yang ketat untuk memastikan bahawa produk kami mematuhi standard tertinggi kualiti dan keselamatan kami," katanya.

Pendedahan itu dibuat KKM dan mengesahkan bahawa dua dari tiga sampel Coklat Cadbury yang diambil telah diuji dan didapati positif porcine.

SH

8 ulasan:

  1. Kena tarik balik semua jenama Cadbury. Ini kerana mesin yang sama mesti telah digunakan untuk membuat coklat jenis lain untuk jenama yang sama. Kena samak seluruh kilang dan mesin dulu baru boleh jual coklat semula.

    BalasPadam
  2. Betul tu samak dulu

    BalasPadam
  3. Betul tu perlu samak dulu

    BalasPadam
  4. Perut kita nak samak macamana ? JAKIM tolong jawab ......

    BalasPadam
  5. dr lmn blog lain, laporan ujikaji tersebut bertarih 27 Feb 2013. tp knp bulan mei baru wartakan???

    BalasPadam
  6. Haram terus jenama dan syarikat ini

    BalasPadam
  7. Jgn makan product yg dibuat oleh bukan islam. Yg syubhah juga ditinggalkan. cap pulau pinang perlu edar risalah keseluruh negara. Walaupun ada tentangan dr tangan ghaib tapi jgn peduli. Islam perlu berani

    BalasPadam
  8. This is What Women Really Like !!
    Kenikmatannya Terasa Hingga ke Subuh !! >>> CLICK HERE !!

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive